Font size
WorksheetsBAB 5 TERMOKIMIA TINGKATAN 3
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pembakaran lilin ialah tindak balas eksotermik.
YA
Tidak
Antara yang berikut, yang manakah bukan contoh bagi tindak balas eksotermik...
Pembakaran Kertas
Respirasi
Membuat kek
Melarutkan garam ammonium dalam air
Tindak balas endotermik diaplikasikan dalam pek...
panas
sejuk
Membuat kek bukan tindak balas eksotermik kerana....
haba diserap
haba dibebaskan
Nyatakan satu alat pengukur yang sesuai digunakan untuk mengenal pasti tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik.
(a)
Pengaratan besi merupakan contoh bagi tindak balas ...
endotermik
eksotermik
Nyatakan 3 bentuk tenaga apabila natrium dimasukkan di dalam air?
Tenaga bunyi, tenaga haba, tenaga suria
Tenaga bunyi, tenaga cahaya, tenaga haba
Tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga kinetik
Apakah yang menunjukkan tindak balas eksotermik?
Bekas menjadi panas
Bekas menjadi sejuk
Apakah yang menunjukkan tindak balas endotermik?
Bekas menjadi panas
Bekas menjadi sejuk
Apakah nama tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran?
Tindak balas endotermik
Tindak balas eksotermik
Termokimia
Apakah nama tindak balas yang menyerap haba dari persekitaran?
Tindak balas eksotermik
Tindak balas endotermik
Termokimia
Pilih aktiviti yang mengalami tindak balas eksotermik
Membuat kek
Bancuhan detergen dengan air
Bagaimanakah pemanasan global dapat dikurangkan melalui penanaman semula pokok?
Pokok menyerap haba dari pemanasan global
Pokok membebaskan oksigen yang menyejukkan bumi
Pokok menyerap gas karbon dioksida yang terdapat dalam faktor pemanasan global
Pek sejuk segera ini adalah contoh sesuai bagi tindak balas....
Eksotermik
Endotermik
Pek panas segera ini adalah contoh sesuai bagi tindak balas....
Eksotermik
Endotermik
Ais kering mengalami pemejalwapan apabila ia berubah daripada pepejal kepada gas. Ia adalah proses....
Eksotermik
Endotermik
Apabila badan menjadi sejuk menunjukkan bahawa sel badan mengalami tindak balas....
Endotermik
Eksotermik
Nyatakan benar atau palsu bagi pernyataan:
"Kondensasi adalah contoh penghasilan air hujan dari wap air adalah proses bebaskan haba"
Benar
Palsu
Nyatakan benar atau palsu bagi pernyataan;
"Penyejatan adalah proses pembebasan haba"
Benar
Palsu
Proses manakah tidak melibatkan penyerapan tenaga haba dari persekitaran?
Fotosintesis
Pengekstrakan besi dari bijih besi
Peneutralan
Menggoreng telur merupakan satu contoh tindak balas (a) (eksotermik/endotermik).
Persembahan itu menunjukkan satu contoh tindak balas (a) (eksotermik/endotermik).
Suhu awal : 27⁰C
Suhu akhir : 45⁰C
Berdasarkan data keputusan di atas, apakah jenis tindak balas yang telah berlaku?
Tindak balas endotermik
Tindak balas eksotermik
Antara yang berikut, manakah bukan merupakan ciri-ciri suatu tindak balas endotermik?
Tindak balas yang menyerap tenaga haba daripada persekitaran.
Suhu sekeliling meningkat.
Perubahan tenaga haba adalah positif.
Kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih tinggi daripada tenaga bahan tindak balas.
Contoh aktiviti yang melibatkan tindak balas endotermik
Tumbuhan hijau menyerap tenaga cahaya matahari semasa proses fotosintesis.
Respirasi membebaskan tenaga haba.
Pembakaran kertas membebaskan tenaga haba dan cahaya.
Natrium hidrogen karbonat dalam serbuk penaik menyerap tenaga haba semasa pembuatan kek.
Rajah menunjukkan satu tindak balas kimia.
Apakah kemungkinan suhu larutan ammonium klorida itu?
20 0C
26 0C
30 0C
35 0C
Persamaan antara tindak balas endotermik dan eksotermik ialah
Suhu sekeliling akan menurun kerana tindak balas menyerap haba dari persekitarannya
Merupakan tindak balas kimia
Melibatkan perubahan tenaga haba
Bacaan termometer menaik selepas tindak balas.
Alia tidak sihat. Ibunya meletakkan satu tampalan di atas dahinya seperti ditunjukkan dalam rajah.
Bagaimanakah tampalan itu berfungsi?
Membekal air sejuk kepada badan.
Menyerap haba dari badan.
Mengurangkan kesakitan
Merangsang perpeluhan.
Rajah menunjukkan penambahan ammonium klorida ke dalam air. Apakah jenis tindak balas kimia tersebut dan perubahan haba yang berlaku?
Tindak balas kimia:Endotermik
Perubahan haba:Haba diserap dari persekitaran
Tindak balas kimia:Endotermik
Perubahan haba:Haba dibebaskan ke persekitaran
Tindak balas kimia:Eksotermik
Perubahan haba:Haba diserap dari persekitaran
Tindak balas kimia:Eksotermik
Perubahan haba:Haba dibebaskan ke persekitaran
Rajah menunjukkan pemadam api berisi serbuk ais kering. Yang manakah BENAR?
ais kering menyerap haba dari persekitaran merupakan tindak balas endotermik
ais kering melebur menjadi air merupakan tindak balas endotermik
ais kering menyerap oksigen dari persekitaran merupakan tindak balas endotermik
ais kering menutupi permukaan bahan api untuk memutuskan bekalan oksigen
