Font size
WorksheetsII BAHASA MELAYU II
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
___________ ialah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia.
Tembok Besar China
Menara Condong
Menara Kembar Petronas
Bandar Raya Beijing
Pada minggu lepas, Ayunie telah menghadiri Minggu Penulis Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh ___________ di Primaland, Port Dickson.
Dewan Pelajar
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewan Sastera
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Encik Harun telah dilantik sebagai ____________ yang baharu untuk menjaga keamanan dan kebajikan penduduk kampungnya kerana beliau seorang yang jujur, bijak dan berjiwa rakyat.
ketua operasi
ketua keluarga
ketua pasukan
ketua kampung
Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan Festival _________ peringkat kebangsaan pada 16 Mei 2020 di Putrajaya.
Hari Guru
Hari Malaysia
Hari Pekerja
Hari Ibu
Pada 29 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ___________ atas jasa beliau yang telah mengetuai usaha untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah British.
Bapa Perpaduan
Bapa Pemodenan
Bapa Kemerdekaan
Bapa Pembangunan
___________ telah menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada lelaki itu kerana terbukti bersalah dalam kes ragut yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Hakim
Peguam
Polis
Tentera
Kapten Norashikin binti Onn ialah wanita pertama di Malaysia yang dilantik sebagai __________ komersial.
jurutulis
juruhebah
juruterbang
jurugambar
Sebelum menjadi jurutera, Wan Nazri merupakan seorang __________ pengajian kejuruteraan sivil di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
mahasiswa
mahaguru
mahasiswi
mahaduta
Kementerian Belia dan Sukan menggerakkan semula 25 orang ___________ MYCorps di bawah naungannya untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
dermawan
cendekiawan
jutawan
sukarelawan
Rumah _________ merupakan rumah tradisi kaum Iban yang mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi keselamatan dan kebudayaan.
banglo
teres
panjang
pangsa
Bilik tidur Amzar dihias dengan perabot baharu supaya dia lebih bersemangat untuk belajar.
Pilih perkataan sinonim bagi bilik
pejabat
kamar
ruang tamu
dapur
Cadangan supaya kelas tambahan Matematik diadakan pada hari Sabtu ini dikemukakan oleh Safwan.
Pilih perkataan sinonim bagi cadangan
larangan
pelawaaan
saranan
bangkangan
Bengkel pengucapan awam yang dikendalikan oleh Tuan Jafri ialah landasan terbaik murid memantapkan kemahiran berpidato.
Pilih perkataan sinonim bagi landasan
tempat
cara
peluang
teknik
Perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat ialah resipi utama untuk mengekalkan keharmonian negara.
Pilih perkataan sinonim bagi perkataan masyarakat
organisasi
kakitangan
persatuan
komuniti
Pemimpin negara mestilah mengutamakan kebajikan rakyat berbanding dengan matlamat peribadi.
Pilih perkataan sinonim bagi kebajikan
keuntungan
kebaikan
kegusaran
ketenangan
"Kalian hendaklah membuang bahan cecair ke dalam singki selepas melakukan eksperimen ini" kata Cikgu Dini kepada murid-muridnya .
Pilih perkataan antonim bagi cecair
lendir
bongkah
pepejal
serbuk
"Pemuda yang bertubuh tegap itu ialah atlet bina badan negara ", kata Farhan kepada Ain.
Pilih perkataan antonim bagi pemuda
pemudi
wira
pejuang
pengemudi
Pujian harus diberikan kepada peserta yang tewas dalam pertandingan bercerita itu sebagai motivasi kepada mereka
Pilih perkataan antonim bagi pujian
sanjungan
kritikan
kehormatan
sindiran
Dia masih meneruskan kerja-kerja menulis novel meskipun sudah keletihan.
Pilih perkataan antonim bagi keletihan
kelayuan
kesegaran
kemampuan
kekuatan
Pelantikan Hisham sebagai pengarah baharu di syarikat itu amat disenangi oleh semua pekerja.
Pilih perkataan antonim bagi pelantikan
pemilihan
pertabalan
pelucutan
penyingkiran
Ketibaan baginda Sultan Mahmud ke __________ diiringi Bendahara Wak Raja untuk bertemu dengan utusan dari Rom.
kamar beradu
balairung seri
kamar bersiram
taman larangan
"Mengapakah beliau memperoleh __________ darjah Seri Paduka Mahkota Perak ?"
gelaran
penghargaan
pemberian
anugerah
Mak Inang membawa __________ ke kamar beradu tuan puteri untuk menerangi kamar baginda pada waktu malam.
keris
dian
kaus
obor
Pertabalan Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah tidak disetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana baginda bukan anak ___________.
raja
putera
puteri
gahara
"Patik _________ yang hina ini amat terhutang budi kepada tuanku", kata hamba itu kepada Sultan Mudir.
pacal
hamba
adinda
kakanda
"____________ sudah menunggu ketibaan Zamri di sini sejak dua jam yang lalu, tetapi kelibatnya masih belum kelihatan", kata Rafiq kepada Aiman
Kamu
Kita
Kami
"_______ berasa amat dukacita atas kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kerana baginda seorang sahabat yang sangat jujur dan baik hati", titah Sultan Nadzrin.
Patik
Aku
Beta
"___________ berasa sangat bangga akan sikap toleransi dan perpaduan kaum yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia", kata Perdana Menteri sewaktu menyampaikan ucapan perasmian bersempena dengan Hari Sukan Negara.
Beta
Saya
Kita
"Saya sangat yakin bahawa pasukan ragbi sekolah ___________ akan menjadi juara pada kali ini ", ujar Rahimi kepada Azri.
kita
hamba
kami
"_________ tidak pernah berimpian untuk tinggal di rumah sebesar ini bersama kakanda", ujar Mayang Sari kepada Aduka Kencana.
Saya
Hamba
Adinda
"Cis, berani _________ kembali ke kampung ini setelah 10 tahun menghilangkan diri!", kata Ketua Kampung Pasir Ujong kepada bekas penagih dadah itu.
anda
awak
engkau
"Tugasan Bahasa Melayu yang telah saya berikan pada minggu lepas perlu ________ hantar pada hari ini juga," kata Cikgu Shahrul kepada murid-murid Tahun Empat Cemerlang.
kalian
engkau
awak
"Tahniah, ___________ baru sahaja memenangi wang tunai sebanyak RM5,000 untuk peraduan teka bunyi lagu!" kata juruhebah radio itu kepada Fuad.
saudara
awak
anda
"Adakah ________ berasa yakin untuk memenangi pertandingan deklamasi sajak ini?" tanya Cikgu Halim kepada Ikhwan.
kalian
kamu
kita
"Hamba mendengar khabar angin bahawa Hang Tuah akan dijatuhi hukuman mati oleh Sultan Melaka. Benarkah berita itu __________?" tanya Hang Jebat kepada Bendahara Tun Perak.
tuanku
awak
tuan hamba
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang pemimpin yang adil, malahan _________ juga sangat bijak mengatur strategi untuk mengekalkan keamanan negara.
baginda
beliau
tuanku
Adam Corie Abdullah telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor baru-baru ini atas sumbangan ____________ dalam kegiatan dakwah di Malaysia.
dia
beliau
mereka
" Ibu dan ayah saya sudah meninggal dunia. ________ terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak kira-kira lima tahun yang lalu," kata Aidil kepada sahabat karibnya.
Mereka
Beliau
Kami
" Banyak sungguh kambing di sini, _________. Apakah jenis baka kambing ini?," tanya seorang wartawan kepada usahawan kambing itu.
saudara
encik
beliau
" Kakak saya pernah bekerja sebagai akauntan di Australia selama lima belas tahun. Kini, _______ sudah pulang ke Malaysia dan membuka firma sendiri."
beliau
baginda
ia
