Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENJODOH BILANGAN

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di atas.


Mak Leha membeli beberapa __________ ayam kampung untuk dibuat __________ sebagai memenuhi permintaan anak bongsunya.

a)

kawan ... minuman

b)

reban ... hidangan

c)

ekor ... masakan

d)

kandang ... makanan

2.

Pak Mail menggunakan beberapa __________ papan cengal untuk membuat __________ pada binaan mimbar masjid itu.

a)

keping ... ukiran

b)

lembar ... ciptaan

c)

bidang ... lorekan

d)

gulung ... lukisan

3.

Pemidato kedua membacakan dua __________ pantun lama bagi mengakhiri __________ dalam pertandingan bahas peringkat daerah itu.

a)

baris ... olahan

b)

kerat ... ulasan

c)

patah ... kupasan

d)

rangkap ... hujahan

4.

Jururawat itu menggantung __________ darah dan memberi __________ ubat penahan sakit kepada pesakit itu.

a)

sepaket ... sebiji

b)

setitik ... sebutir

c)

sekotak ... sebotol

d)

sebungkus ... sepapan

5.

Adik cuba mengambil __________ rantai mutiara dan __________ jam tangan yang berada di bawah meja itu.

a)

sekalungan ... segelung

b)

segugus ... sebentuk

c)

selingkar ... seurat

d)

seuntai ... seutas

6.

Encik Riduan menempah seribu __________ sate ayam untuk mengadakan __________ dalam majlis kesyukuran keluarganya.

a)

cebis ... ratahan

b)

cucuk ... jamuan

c)

ketul ... kecapan

d)

bilah ... jemputan

7.

Puan Asiah membungkuskan dua __________ kek coklat kepada suaminya sebagai __________ ke pejabat.

a)

keping ... sajian

b)

kerat ... sarapan

c)

cebis ... hidangan

d)

potong ... bekalan

8.

Kelihatan __________ lembu sedang meragut rumput di atas __________ tanah itu.

a)

sekumpulan ... setimbun

b)

sekawan ... sebidang

c)

sepasang ... sekeping

d)

sekelompok ... selonggok

9.

Bakhtiar menjolok __________ kelapa di kebunnya menggunakan __________ buluh.

a)

sebiji ... seruas

b)

sebutir ... sebilah

c)

setandan ... sebatang

d)

segugus ... sepuntung

10.

Mak Timah membeli __________ serai dan tiga __________ bunga kantan di gerai sayur-sayuran Pak Said.

a)

serumpun ... kuntum

b)

sepucuk ... jambak

c)

secekak ... tangkai

d)

seikat ... kaki

11.

Para pelancong dari luar negara telah diberi __________ bunga dan __________ risalah tempat-tempat menarik di Malaysia.

a)

sekuntum ... sehelai

b)

sejambak ... sepucuk

c)

setangkai ... segulung

d)

sekarangan ... sekeping

12.

Puan Azlina menjemput beberapa __________ tamu istimewa ke majlis __________ sempena dengan kenaikan pangkat suaminya.

a)

angkatan ... santapan

b)

kawan ... hidangan

c)

orang ... jamuan

d)

pasang ... sajian

13.

Encik Amin mengambil beberapa __________ buluh untuk membuat __________ lemang sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri.

a)

batang ... kandungan

b)

ruas ... isian

c)

kerat ... simpanan

d)

potong ... tabungan

14.

Di atas __________ sawah di tepi bukit itu terdapat __________ dangau.

a)

sekeping ... sepapan

b)

serelung ... sebuah

c)

sepetak ... sederet

d)

sebidang ... sebiji

15.

Pesilat yang sedang menjalani latihan itu menghunuskan __________ badik lalu menikam __________ pokok pisang.

a)

sebuah ... serumpun

b)

sebilah ... sebatang

c)

sebentuk ... sederet

d)

sepucuk ... sebuah

16.

Pak Leman menyediakan lima puluh __________ buluh basah untuk membuat __________ lemang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

a)

ruas ... isian

b)

keping ... muatan

c)

batang ... bungkusan

d)

rumpun ... kandungan

17.

Pihak berkuasa tempatan menulis dua __________ surat rasmi untuk menyampaikan __________ kepada penghuni rumah pangsa itu tentang penjagaan kebersihan.

a)

naskhah ... tegahan

b)

pucuk ... arahan

c)

helai ... larangan

d)

lembar ... suruhan

18.

Mak Limah membeli beberapa __________ ayam daging untuk menyediakan __________ sempena majlis bercukur cucu pertamanya.

a)

kerat ... makanan

b)

potong ... santapan

c)

ekor ... hidangan

d)

ketul ... ratahan

19.

Datin Farida memakai __________ gelang emas dan __________ baju kebaya ketika menghadiri majlis keraian itu.

a)

sebentuk ... selembar

b)

seuntai ... sekeping

c)

seurat ... sepasang

d)

seutas ... sehelai

20.

Tentera laut itu telah menggunakan __________ meriam ketika membedil ke arah __________ lanun.

a)

sepucuk ... segerombolan

b)

selaras ... sekumpulan

c)

sebatang ... sepasukan

d)

sebuah ... sekawan