wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PEND. KESIHATAN THN 4 (AMBIL TAHU, ELAK KELIRU)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Penyalahgunaan alkohol akan memberikan kesan buruk kepada tubuh badan. Yang manakah BUKAN kesan buruk penyalahgunaan alkohol?

a)

masalah pernafasan dan kemurungan

b)

berat badan meningkat

c)

penglihatan menjadi kabur

d)

masalah koordinasi, pemikiran dan pertuturan terganggu

2.

Berikut merupakan kesan alkohol terhadap fizikal manusia dalam jangka masa panjang KECUALI

a)

menyebabkan penyakit kronik

b)

mengakibatkan kematian

c)

koordinasi dan pemikiran terganggu

d)

mengakibatkan kerosakan otak dan kehilangan memori

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan stres?

a)

keadaan yang membosankan

b)

melakukan pekerjaan yang berat

c)

keadaan resah, cemas, tegang dan fikiran terganggu

d)

tidak mendapat rehat yang cukup

4.

Terdapat dua jenis stres iaitu eustres dan _________.

a)

mistres

b)

aistres

c)

bitstres

d)

distres

5.

Stres yang tidak dikawal atau diurus dengan sempurna akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental, fizikal dan sosial. Antara berikut yang manakah BUKAN kesan stres?

a)

murung

b)

berasa gembira

c)

putus asa dan kecewa

d)

pretasi pembelajaran menurun

6.

Berikut merupakan punca-punca konflik KECUALI

a)

cepat mengalah

b)

salah faham

c)

mementingkan diri sendiri

d)

persaingan

7.

Yang manakah merupakan cara mengurus stres dan konflik dengan baik?

a)

merehatkan diri dengan kilas pinggang atau meditasi

b)

pemakanan yang tidak teratur

c)

tidak mendapat rehat yang secukupnya

d)

tidak berkongsi masalah dengan orang rakan, guru dan ibu bapa

8.

Yang manakah merupakan punca berlakunya gejala sosial?

a)

pengaruh rakan sebaya

b)

keluarga bahagia

c)

membaca Al-quran

d)

melakukan aktiviti riadah

9.

Buli merupakan salah satu contoh gejala sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja. Berikut yang manakah BUKAN contoh gejala sosial?

a)

penyalahgunaan dadah

b)

merokok

c)

melakukan aktiviti riadah

d)

ponteng sekolah

10.

Bagaimanakan cara untuk mewujudkan sokongan yang positif dalam keluarga untuk menangani gejala sosial?

a)

berkurung diri di dalam bilik

b)

tidak mengambil kisah hal keluarga

c)

mengambil bahan terlarang

d)

melakukan aktiviti bersama-sama anggota keluarga