wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENGAJIAN AM SEMESTER 1

Total questions: 50

Worksheet time: 43mins

Name
Class
Date
1.
Ciri negara berdaulat adalah mempunyai
a)
A. penduduk yang menetap
b)
B. sempadan yang jelas
c)
C. kerajaan yang jelas
d)
D. identiti sendiri
2.
**Bapa Joseph merupakan pemastautin tetap tetapi belum memperoleh kewarganegaraaan
**Ibu Joseph merupakan warga Australia
**Joseph dilahirkan di Sarawak
Apakah taraf kewarganegaraan Joseph ?
a)
A. Warganegara secara kuatkuasa undang-undang
b)
B. Warganegara secara percantuman wilayah
c)
C. Warganegara secara kemasukan
d)
D. Warganegara secara pendaftaran
3.
Yang manakah benar berkaitan hak individu terhadap harta?
I. Harta seseorang perlu diwartakan
II. Harta seseorang boleh diambil untuk negara
III. Harta seseorang tidak boleh digunakan secara paksa
IV. Harta tidak boleh diambil sewenang-wenangnya tanpa pampasan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
4.
Yang manakah terletak di bawah Senarai Bersama dalam pembahagian kuasa perundangan?
a)
A. Pendidikan
b)
B. Perumahan
c)
C. Pertanian dan perhutanan
d)
D. Panggung wayang dan tempat hiburan awam
5.
Yang manakah jawatan di bawah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan rundingan dengan Majlis Raja-Raja?
a)
A. Jemaah Menteri
b)
B. Peguam Negara
c)
C. Ketua Audit Negara
d)
D. Ketua Setiausaha Negara
6.
Yang manakah antara berikut merupakan peranan Peguam Negara dalam Mahkamah Khas Raja-Raja?
a)
A. Menjadi pemerhati
b)
B. Menjadi peguam bela
c)
C. Memulakan pendakwaan
d)
D. Mencabar keputusan mahkamah
7.
Yang manakah merupakan bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat?
I. Menyediakan laporan lengkap perbahasan Dewan
II. Mengeluarkan penyata rasmi bagi persidangan dan prosedur
III. Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang tidak mematuhi peraturan dewan
IV. Menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya jika timbul kekosongan kerusi Dewan Rakyat
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
8.
Yang manakah merupakan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam persekutuan?
a)
A. Ketua kerajaan
b)
B. Ketua Setiausaha Negara
c)
C. Ketua Setiausaha Kementerian
d)
D. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam
9.
Yang manakah kesalahan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya yang boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong tanpa melalui tribunal?
I Menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
II Menjadi Penasihat Persatuan Pesara Tentera
III Memegang jawatan Pengerusi Belia Felda Malaysia
IV Memegang jawatan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
a)
A I dan II
b)
B I dan IV
c)
C II dan III
d)
D III dan IV
10.
Yang manakah menentukan pembahagian persempadanan kawasan Pilihan Raya?
a)
A. Jumlah pertambahan penduduk
b)
B. Jumlah premis perniagaan
c)
C. Jumlah panjang jalan raya
d)
D. Jumlah rumah kediaman
11.
Yang manakah berikut benar mengenai Ketua Setiausaha Negara?
a)
A. Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri
b)
B. Setiausaha Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia
c)
C. Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan
d)
D. Setiausaha Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara
12.
Yang manakah merupakan hasil Kerajaan Negeri ?
I Hasil hutan
II Hasil cukai tanah
III Hasil duti eksport kayu balak
IV Hasil denda Jabatan Pengangkutan Jalan
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
13.
Tadbir urus yang baik perlu memberi tumpuan kepada aspek
a)
A. prestasi
b)
B. ketelusan
c)
C. modal insan
d)
D. kecekapan kerajaan
14.
Yang manakah pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan pinjaman Pihak Berkuasa Tempatan?
a)
A. Perbendaharaan
b)
B. Kerajaan Negeri
c)
C. Kerajaan Persekutuan
d)
D. Majlis Kewangan Negara
15.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.


a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

16.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2014)

I. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

II. Memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya

III. Menjalankan urusan semakan daftar pemilih pilihan raya

IV. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya


a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

17.

Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan (STPM2014)

a)

A Dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil

b)

B Dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan

c)

C Dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya

d)

D Tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat

18.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihanraya? (STPM2015)

a)

A Mendengar petisyen pilihan raya

b)

B Menyemak sempadan pilihan raya

c)

C Meminda undang-undang pilihan raya

d)

D Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya

19.

Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana (STPM2018)

a)

A Rombakan kabinet

b)

B Kematian Setiausaha Dewan Negara

c)

C Kemuflisan Ahli Dewan Undangan Negeri

d)

D Peletakan jawatan Setiausaha Dewan Rakyat

20.

Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos? (STPM2015)

a)

A Pegawai pilihanraya yang menjalankan tugas pada hari mengundi

b)

B Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi

c)

C Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi

d)

D Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

21.

Yang manakah benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2016)

a)

A Lantikannya oleh Perdana Menteri

b)

B Saraannya di bawah peruntukan Parlimen

c)

C Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri

d)

D Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara

22.

Yang manakah sebab seseorang calon yang kalah dalam pilihan raya membuat petisyen pilihan raya? (STPM2017)

a)

A Calon yang menang tidak berdaftar sebagai pengundi

b)

B Calon yang menang mempunyai jentera pilihan raya yang ramai

c)

C Calon yang menang tidak patuh terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

d)

D Calon yang menang gagal menghantar penyata piihan raya dalam tempoh yang ditetapkan

23.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya? (STPM2017)

a)

A Membuat kajian dan pesempadan kawasan Pilihan Raya

b)

B Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya

c)

C Meluluskan persempadanan kawasan pilihan raya

d)

D Mengadili petisyen pilihan raya

24.

Yang manakah menggambarkan sistem pemilihan kerajaan di Malaysia? (STPM2018)

I. Perlembagaan Persekutuan menentukan sistem pemilihan kerajaan.

II. Ketua Negara menetapkan tarikh pemilihan kerajaan.

III. Kerajaan dipilih oleh rakyat lima tahun sekali.

IV. Perdana Menteri dipilih melalui pilihan raya.

a)

A I dan III

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D II dan IV

25.

Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?

a)

Dilantik sebagai Menteri Besar

b)

Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah

c)

Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri

d)

Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara

26.

Yang manakah penyataan yang benar tentang keperluan diadakan mesyuarat Kabinet? (STPM2014)

I. Membincangkan sesuatu dasar awam negara

II. Meluluskan segala perbelanjaan Kerajaan Persekutuan

III. Meneliti senarai nama dan melantik Menteri dan

Timbalan Menteri

IV. Meluluskan draf rang undang-undang sebelum dibawa

ke Parlimen

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

27.

Kuasa pihak berkuasa tempatan ialah?

a)

menutup premis perniagaan yang kotor

b)

mengeluarkan lesen syariakt perniagaan

c)

mengkompaun kesalahan bahasa di papan iklan

d)

menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri

28.

<>* mengawal keadaan inflasi

<>* menilai semula kaedah atau sistem pemberian subsidi


pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Majlis Ekonomi Negara

b)

Majlis Kewangan Negara

c)

majlis Tindakan Negara

d)

majlis Pembangunan Negara

29.

Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah? (STPM2013)

I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya

II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya

III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi

IV. Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan.


a)

A I dan II

b)

B I dan III

c)

C II dan IV

d)

D III dan IV

30.

Pernyataan manakah yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan persekutuan menjadi asas kepada undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

31.

Dewan Undangan negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh (STPM2016)

a)

Writ pilihan raya dikeluarkan

b)

Keputusan pilihan raya diwartakan

c)

Persidangan pertama Dewan Undangan Negeri

d)

Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah jawatan

32.
  • Bilangan penduduk melebihi 300 000 orang
  • Sumber kewangan melebihi RM80 juta
  • Diketuai oleh DAtuk Bandar

Pernyataan diatas berkaitan dengan.....

a)

Majlis Perbandaran

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Bandaraya

d)

Majlis Daerah Luar Bandar

33.

Antara yang berikut, manakah berkaitan dengan Ketua-ketua Negeri di Malaysia?

I Dipilih oleh Majlis Raja-raja

II menjadi Ketua Agama negeri masing-masing

III merupakan sebahagian daripada Badan Perundangan

IV menolak cadangan pembubaran Dewan Undangan Negerimengikut budi bicara Negeri

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

34.
**Encik K didapati bersalah atas tuduhan membunuh di negeri Sarawak**
Pihak yang akan menjadi pengerusi bagi mengampunkan kesalahan di atas ialah
a)
A. Yang diPertua Negeri Sarawak
b)
B. Yang diPertuan Agong
c)
C. Ketua Hakim Negara
d)
D. Ketua Menteri 
35.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang peranan dan tugas Pihak Berkuasa Tempatan mengikut Akta 171?

a)

Kuasa memungut cukai tanah

b)

Membentuk dan menyelaras dasar Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Mewujudkan One Stop Centre di setiap Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Mengurus dan mengawal lalu lintas

36.

Yang manakah sumber kewangan Pihak Berkuasa Tempatan?

a)

Lesen kedai kopi

b)

Cukai tanah

c)

Kutipan zakat dan fitrah

d)

Hasil jualan harta karun

37.

Berikut ialah tujuan penubuhan kerajaan tempatan KECUALI

a)

membantu kerajaan negeri dalam bidang pentadbiran

b)

menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan

c)

menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk setempat

d)

memberikan peluang kepada penduduk tempatan mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang didiami

38.
  • Bilangan penduduk melebihi 300 000 orang
  • Sumber kewangan melebihi RM80 juta
  • Diketuai oleh DAtuk Bandar

Pernyataan diatas berkaitan dengan.....

a)

Majlis Perbandaran

b)

Majlis Daerah

c)

Majlis Bandaraya

d)

Majlis Daerah Luar Bandar

39.

Yang manakah antara berikut merupakan bidang tugas Pihak Berkuasa Tempatan?

I.Memungut cukai tanah

II.Meluluskan pelan pembinaan bangunan

III.Mengeluarkan lesen penjaja pasar malam

IV.Meluluskan pembinaan bangunan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Peruntukan kewangan kerajaan persekutuan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan kepada

I.Luas kawasan

II.Bayaran royalti

III.Jumlah penduduk

IV.Panjang jalan raya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

41.

Yang manakah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?

I.Mengeluarkan lesen pembalakan

II.Meluluskan lesen meneroka tanah

III.Mengeluarkan permit pertunjukan hiburan

IV.Menyediakan tempat untuk tanah perkuburan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

42.

Yang manakah berikut benar mengenai Ketua Setiausaha Negara?

a)

A. Pengerusi Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri

b)

B. Setiausaha Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia

c)

C. Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan

d)

D. Setiausaha Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara

43.
Yang manakah merupakan tugas yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam negara yang berdaulat?
I Menyediakan kemudahan ekonomi
II Menentukan arah tadbir urus baik negara
III Memastikan keselamatan setiap penduduk terjamin
IV Memastikan setiap penduduk mempunyai pendapatan tetap
a)
A. I dan II
b)
B. I dan III
c)
C. II dan IV
d)
D. III dan IV
44.
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
a)
A. Semua pindaan yang dilaksanakan mesti mendapat persetujuan dua pertiga Majlis Parlimen
b)
B. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk menolak pindaan perlembagaan
c)
C. Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan perlembagaan
d)
D. Menjadi panduan kepada semua undang-undang
45.
Yang manakah kuasa Yang di-Pertuan Agong terhadap badan perundangan?
a)
A. Melantik Peguam Negara
b)
B. Melantik Perdana Menteri
c)
C. Memperkenankan Rang Undang-Undang
d)
D. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
46.
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seseorang ahli Dewan Rakyat mengambil tindakan mengosongkan kerusinya?
a)
A. Dilantik sebagai Menteri Besar
b)
B. Dituduh terlibat dalam perlakuan rasuah
c)
C. Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
d)
D. Dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara
47.
Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?
a)
A. Khalwat
b)
B. Mengamalkan ajaran sesat
c)
C. Tidak berpuasa di bulan Ramadhan
d)
D. Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
48.
Yang manakah padanan yang benar tentang klasifikasi perundangan?
I Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen
II Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak
III Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri di Semenanjung
a)
A. II- Ordinan, I - Enakmen, III - Akta
b)
B. II-Ordinan, III- Enakmen, I - Akta
c)
C. I- Ordinan, II - Enakmen, III-Akta
d)
D. III-Ordinan, II-Enakmen, I-Akta
49.
I. Proses kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
II. Dipersetujui secara kolektif oleh Jemaah Menteri
III. Kementerian merangka dasar Rang Undang-undang
Susun perkara-perkara di atas mengikut urutan yang betul dalam proses penggubalan undang-undang negara.
a)
A. III,II,I
b)
B. I, III, II
c)
C. III, I, II
d)
D. II, I, III
50.
  • * Dipengerusikan oleh Perdana Menteri
  • * Membantu kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi

Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN)

b)

Majlis Tindakan Negara

c)

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)

d)

Majlis Keselamatan Negara