wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan - SET 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kelebihan penggunaan sumber dalaman dalam proses pengambilan pekerja?

a)

Pekerja dapat membawa idea baru

b)

Pekerja sedia ada lebih bermotivasi

c)

Pekerja membawa kemahiran baru

d)

Tidak akan wujud kekosongan jawatan lain

2.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan.


  • Pekerja diberikan kebebasan untuk membuat keputusan
  • Pengurus kurang mengawal tingkah laku pekerja
  • Objektif mungkin tidak tercapai


Apakah gaya pengurusan berkenaan?

a)

Gaya pengurusan laissez-faire

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan sokongan

3.

Gaya pengurusan manakah yang berkaitan dengan tindakan pengurus yang mengamalkan toleransi dan menjalin hubungan yang baik dengan pekerja?

a)

Gaya pengurusan laissez-faire

b)

Gaya pengurusan autokratik

c)

Gaya pengurusan demokratik

d)

Gaya pengurusan sokongan

4.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan.


"Kerajaan telah memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan ( GST) pada kadar 6% pada 1 April 2015"


Apakah faktor luaran tersebut?

a)

Politik dan perundangan

b)

Ekonomi

c)

Sosiobudaya

d)

Teknologi

5.

Rajah di atas berkaitan dengan campuran pemasaran. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan unsur yang bertanda X?

a)

Kos pengeluaran yang tinggi akan merugikan peniaga

b)

Pembungkusan penting untuk menjamin produk tahan lama

c)

Barang perlu diedarkan ke merata - rata tempat untuk meningkatkan jualan

d)

Peniaga perlu menjalankan kegiatan pengiklanan untuk meningkatkan jualan

6.

Rajah di bawah ini berkaitan dengan analisis SWOT.


Dalaman - Kekuatan - Kelemahan

Luaran - X - Ancaman


Pernyataan manakah yang mewakili X?

a)

Jenama produk syarikat sudah dikenali di seluruh dunia

b)

Pihak pesaing syarikat berjaya memperkenalkan ciri baru dalam produk

c)

Perkembangan ekonomi meningkatkan permintaan untuk produk syarikat

d)

Undang - undang baru diluluskan oleh kerajaan untuk melindungi kebajikan pekerja

7.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kelebihan sumber manusia dalaman?


I Semangat

II Melahirkan idea baru

III Maklumat pekerja sedia ada

IV Pekerja lebih memahami budaya organisasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

"Kerajaan mengambil keputusan untuk mengenakan cukai barang dan perkhidmatan pada kadar 6% mulai 1 April 2015. Pihak peniaga telah menaik taraf perisian kewangan mereka. Hal ini telah membantu peniaga untuk mengetahui jumlah jualan harian dengan tepat. Kutipan cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk membantu para peniaga, contohnya menyediakan pelbagai jenis pembiayaan dan program pembangunan usahawan."


Apakah faktor luaran yang mempengaruhi perniagaan?

a)

Sumber manusia

b)

Kewangan

c)

Pengeluaran

d)

Politik

9.

Antara yang berikut, manakah kesan trend penurunan dalam guna tenaga?


I Permintaan untuk barang meningkat

II Pendapatan kerajaan akan menurun

III Aktiviti perniagaan akan meningkat

IV Kadar pengangguran akan meningkat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan perubahan dari aspek pasaran?


I Pembangunan dalam teknologi

II Kadar pengangguran berkurangan

III Memperkukuh pertumbuhan ekonomi

IV Perubahan fesyen dan gaya hidup pengguna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

(a)   merujuk kepada pengambilan pekerja yang sedang berkhidmat dalam sesebuah organisasi perniagaan

12.

(a)   merujuk kepada pengambilan pekerja dari luar organisasi

13.

Apakah trend persekitaran perniagaan berikut:


Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin meningkat.


Jawapan : (a)  

14.

Apakah trend persekitaran perniagaan berikut:


Menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan semakin menurun.


Jawapan: (a)  

15.

Kerajaan mengatasi masalah pengangguran kitaran dengan melaksanakan dasar (a)   dan kewangan untuk mengatasi kemelesetan ekonomi dan membolehkan operasi perniagaan berterusan.

16.

Kerajaan mengatasi pengangguran bermusim dengan memberi (a)   kepada pihak perniagaan seperti pengecualian cukai, untuk membenarkan pekerja terus bekerja.

17.

Berikut adalah agensi kerajaan yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.


MARDI menjalankan penyelidikan dalam bidang (a)   dan memperkenalkan teknologi baru untuk meningkatkan kualiti produk.

18.

Berikut adalah agensi kerajaan yang terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan.


SIRIM memastikan produk di pasaran menepati (a)   dan menjalankan aktiviti penyelidikan.

19.

Agensi berikut terlibat dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan


MPOB berfungsi dalam memajukan keluaran berasaskan (a)  

20.

Berikut adalah cara MATRADE membantu peniaga:


  • mencari dan membangunkan kawasan baru untuk produknya
  • (a)   pengimport dan pengeksport
  • mengekalkan perhubungan antarabangsa
  • merancang dan mengendalikan seminar perdagangan antarabangsa
  • mengadakan misi perdagangan ke luar negara