wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pembukaan Kota Makkah

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Pembukaan Kota Mekah atau dikenali sebagai ___________ ialah peristiwa penting pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan dan cengkaman jahiliah.

a)

Mekah Al-Mukarramah

b)

Masjidil Haram

c)

Fathu Mekah

d)

Al-Munawwarah

2.

Pihak musyrikin quraisy di Mekah telah ___________ perjanjian Hudaibiyah yang telah dipersetujui mereka.

a)

memenuhi

b)

menentang

c)

menerima

d)

mengkhianati

3.

Mengikut perjanjian Hudaibiyah pihak musyrikin quraisy dan pihak islam __________ membuat perjanjian dengan mana-mana pihak.

a)

bebas

b)

suka hati

c)

tawar hati

d)

bekerjasama

4.

Apabila mendapat berita ini, nabi Muhammad S.A.W memerintahkan kaum muslimin membuat ____________ untuk berangkat ke Mekah.

a)

perjanjian

b)

persiapan

c)

peperangan

5.

Nabi Muhammad S.A.W ___________ tujuan dan pergerakan mereka daripada pihak musyrikin Quraisy.

a)

mendedahkan

b)

memberitahu

c)

merahsiakan

d)

mewar-warkan

6.

Pada bulan _________________ tahun ke lapan hijrah Nabi Muhammad S.A.W bersama kaum muslimin berangkat menuju ke Mekah.

a)

Rejab

b)

Sya'ban

c)

Ramadhan

d)

Syawal

7.

Bilangan kaum Muslimin yang berangkat ke Mekah seramai _____________.

a)

10 ribu orang

b)

11 ribu orang

c)

12 ribu orang

d)

13 ribu orang

8.

Nabi Muhammad memerintahkan kaum muslimin memasukki Mekah melalui jalan yang ______________.

a)

sama

b)

sehala

c)

berbeza

9.

Kaum muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah _____________ tetapi akhirnya mereka berjaya masuk ke Kota Mekah.

a)

ditangkap

b)

diserang

c)

dikejar

d)

dicabar

10.

Nabi Muhammad S.A.W masuk ke Kota Mekah dengan menundukkan kepala tanda merendah diri dan bersyukur kepada _____________ atas nikmat kemenangan umat Islam.

a)

Allah Taala

b)

Musyrikin Quraisy

11.

Baginda memberi jaminan keselamatan kepada penduduk Mekah iaitu sesiapa yang _________________. (tandakan 2 sahaja)

a)

masuk ke rumah masing-masing

b)

masuk ke Masjid Nabawi

c)

masuk ke rumah Abu Sufian

d)

masuk ke rumah Abu Lahab

12.

Apabila baginda tiba di Baitullah, baginda telah melakukan tawaf dan memusnahkan ____________ yang terdapat di dalam dan di sekeliling Kaabah.

a)

300 buah berhala

b)

320 buah berhala

c)

340 buah berhala

d)

360 buah berhala

13.

Nabi Muhammad S.A.W berucap dikhalayak ramai tentang kebebasan dan ______ yang diberi kepada musyrikin quraisy atas kesilapan yang lalu.

a)

kemaafan

b)

hukum

c)

denda

14.

Pengajaran daripada peristiwa pembukaan Kota mekah ialah:(tandakan 2 sahaja)

a)

kita perlu membuat perancangan teliti sebelum melakukan sesuatu.

b)

kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan.

c)

kita tidak perlu menjadi seorang yang pemaaf.

d)

kita tidak perlu mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W

15.

Pembukaan kota Mekah berlaku dengan ________. Selepas peristiwa itu, agama Islam semakin berkembang luas.

a)

aman

b)

kacau bilau

c)

pergaduhan

d)

peperangan

16.

Pembukaan Kota Mekah berlaku pada tahun ke ________ hijrah

a)

7

b)

8

c)

9

d)

10

17.

Apakah faktor yang menyebabkan kepada berlakunya pembukaan Kota Mekah

a)

Tentera Islam semakin ramai

b)

Mendapat sokongan daripada luar

c)

Tentera Islam mempunyai senjata Yang lengkap

d)

Pihak Musyrikin Di Mekah melanggar perjanjian Hudaibiyah

18.

Tentera Islam bermalam di _______

a)

Mina

b)

Taif

c)

Mar az zhahran

d)

Ma'u Zamzam

19.

Rasulullah saw telah mendirikan khemah dan _______ untuk menggerunkan musuh.

a)

menggali parit

b)

menyalakan obor

c)

membina kubu

d)

membina tembok

20.

Tentera Islam memasuki Kota Mekah melalui ________ penjuru

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

21.

Rasulullah SAW telah menghantar ________ untuk berunding dengan Abu Suffian.

a)

Saiyyidina Usman

b)

Abbas Bin Abdul Mutalib

c)

Saiyyidina Umar

d)

Zain Bin Sabit

22.

Berikut adalah langkah Yang dilakukan oleh Rasulullah SAW selepas pembukaan Kota Mekah kecuali..

a)

Memusnahkan berhala sekeliling kaabah

b)

Menawan orang Mekah

c)

Melakukan tawaf

d)

Melaungkan azan

23.

Apakah faktor kejayaan Rasulullah SAW yang menyebabkan kepada pembukaan Kota Mekah

a)

Strategi yang baik dan terancang

b)

Tentera Islam yang ramai dan kuat

c)

Bantuan yang banyak daripada pihak luar

d)

Tentera Musyrikin Yang sedikit

24.

Penyataan di bawah adalah kesan daripada peristiwa pembukaan Kota Mekah kecuali

a)

Penduduk Mekah beramai-ramai memeluk Islam

b)

Dakwah Islam semakin berkembang

c)

Kaum Musyrikin Mekah hidup dalam penindasan

d)

Masyarakat Mekah hidup aman

25.

Apakah pengajaran daripada peristiwa pembukaan kota Mekah

a)

Jaminan keselamatan oleh Rasulullah SAW

b)

Membuat perancangan dengan teliti sebelum melakukan sesuatu

c)

Mendidik masyarakat supaya berdisiplin

d)

Berhati-hati dalam urusan tadbir negara