WorksheetsKUIZ BAHASA MELAYU
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
" Tuanku dipersilakan untuk menikmati santapan yang telah _____________sediakan ," kata dayang kepada sultan.
beta
hamba
patik
Para_____ itu sedang memperagakan pakaian yang cantik di atas pentas.
olahragawati
peragawati
pramugari
sukarelawati
Wajah kakak kelihatan berseri-seri apabila menerima hadiah se______ anting-anting daripada ibu.
biji
rawan
pasang
Laluan berbukit dan hutan tebal_______ pasukan penyelamat untuk tiba dengan cepat ke tempat tragedi helikopter terhempas itu
menyukarkan
sukar
kesukaran
Aiman _________ke pentas apabila namanya dipanggil untuk menyampaikan syarahan.
muncul
tampil
timbul
Mak Cik Hanim ______bakul berisi sayur-sayuran untuk dijual di pasar.
mengelek
menjunjung
menjulang
Sofa yang baru dibeli oleh ayah itu sungguh____________
lembut
empuk
lembik
Kaki Zairul terasa _________kerana bersenam terlalu lama semalam.
letih
lenguh
lembik
Wartawan itu sedang membuat __________tentang nahas udara yang berlaku di Sarawak
litupan
ujaran
ucapan
liputan
Pelbagai artifak tinggalan sejarah dipamerkan di ____________________
Tugu Negara
Muzium Negara
Arkib Negara
__________seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta yang terletak di Subang Jaya.
Beliau
Dia
Baginda
Pencuri itu________pintu rumah yang berkunci dengan sebatang besi.
mengopek
mengorek
mengumpil
Puan Norma_________ akan anaknya yang belajar di luar negara
hormat
rindu
murka
Malik mula mempercayai Lokman ________sikapnya yang tidak lagi mungkir janji.
tetapi
lantaran
lantas
"Komik yang abang beli semalam ada________ kakak",beritahu Fatini kepada abangnya
akan
dengan
pada
Pemberian biasiswa kepada murid yang berkelayakan dibuat secara_________ oleh guru.
rawak
tulus
telus
Faris _______ kerana tidak berhati-hati semasa menuruni tangga yang licin itu.
terjunam
terlentang
tergelincir
Aizat dan adik-beradiknya yang lain menangis __________ apabila melihat ibu mereka masih tidak sedarkan diri di hospital
teresak-esak
tersedu-sedu
terbatuk-batuk
Ikhmal membeli ______untuk menambah nilai telefon bimbitnya yang kehabisan kredit
kad debit
kad kredit
kad prabayar
Syamilah ________ membantu ibunya di dapur supaya juadah yang ingin dimasak dapat disiapkan dengan cepat.
ramah
licik
rajin
