NEW
Font size
WorksheetsSistem bahasa
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Hanis sedang mengulang kaji pelajarannya pada malam itu, tiba-tiba dia terdengar orang sedang ________ mancis api dari luar rumahnya.
mencalit
mencoret
mencelup
mencalar
Istana Alam Shah yang terletak di Bandar Diraja Klang ialah tempat ________ Sultan Selangor sebelum berpindah ke Istana Kayangan, Shah Alam.
bersemayam
bersiram
bertabal
beradu
Uniform sekolah yang dipakai oleh budak lelaki itu sudah terlalu ________ dan hampir ________ jahitannya.
comot ... terputus
pudar ... tertatal
lusuh ... meretas
kusam ... mengoyak
Keadaan di lebuh raya pada malam itu ___________ kerana tiada kenderaan yang lalu-lalang.
kelam
gelap
sunyi
senyap
Umar menunggu kawannya ___________ pukul tiga hingga empat petang.
daripada
pada
dari
di
Kebanyakan nelayan tidak turun ke laut pada musim tengkujuh tetapi mereka sibuk ____________ jala yang koyak.
mencuci
menenun
menyirat
menjala
Orang ramai bersorak ketika Syabil _________ piala kemenangan selepas menjurai kejohanan bola sepak itu.
menjulang
memikul
mengelek
menjinjing
Para penduduk di taman perumahan itu terpaksa __________ banjir untuk menyelamatkan harta benda mereka.
menyeberang
menongkah
menyusur
meredah
Pemain bola itu berjaya membuat tendangan yang _______________ gawang gol.
membolos
melepasi
melewati
menepati
Razi ______________ keluar batu-batu kecil
yang terlekat pada kasutnya.
mencolek
mencucuk
mencuit
mencungkil
Mak Minah duduk di bawah rumah sambil ___________ lidi untuk dibuat penyapu
meraut
melarik
mengikis
menghiris
“__________ mahu semua rakyat bersatu padu demi menjaga keharmonian
negara,” titah , Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena sambutan
Hari Kemerdekaan negara.
patik
beta
tuanku
baginda
Hujah-hujah bidasan pihak pembangkang amat __________ sehingga sukar untuk ditangkis oleh pihak pencadang.
bestari
baik
padu
bernas
Cikgu Azizi terpaksa memakai cermin mata gelap untuk mengelakkan
__________ cahaya matahari semasa beliau menunggang motosikal.
biasan
sinaran
kiasan
panahan
Pak Mamat menggunakan _____________ untuk membuat ukuran pada bingkai tingkap.
sesiku
kekisi
kekuda
jejari
PILIH AYAT YANG BETUL.
i)Puan Maizura membawa anak bongsunya ke klinik desa
untuk periksa doktor.
ii)Tuan hakim telah menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman penjara seumur hidup.
iii) Pendingin hawa di makmal komputer itu sedang dibaiki oleh Encik Alex Young.
iv) Berbagai barangan keperluan harian dijual dengan
harga yang murah di ekspo itu.
I dan II
II dan III
iii dan iv
i dan iv
Setelah ibu selesai _____________ nasi, ibu ___________ air pula.
menanak ... menjerang
memasak ... mendidihkan
menanak ... merebus
mengukus ... menjerang
Pandangan Pak Yusof _________ setelah kepalanya terhantuk pada bucu tiang garaj keretanya itu.
bersinar-sinar
berpinar-pinar
berbalam-balam
berpusing-pusing
Rakyat Malaysia meletakkan ______________ yang tinggi terhadap Lee Chong Wei agar muncul sebagai juara dalam Kejohanan Badminton All England.
sasaran
wawasan
harapan
impian
Pada tahun ini durian, rambutan, dokong dan manggis di dusun Haji Abdul Aziz _____________ lebat buahnya.
nian
betul
benar
paling
Puan Naemah lebih suka menggunakan kad telefon _________ syarikat tersebut kerana liputan taliannya yang lebih meluas.
prabawa
pracukai
prabayar
prasyarat
"Hamba hanya ____________ titah perintah baginda tuanku," kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
menurut
menjunjung
mematuhi
merafak
Harapan pasukan hoki sekolah Farid untuk menjulang piala pada tahun ini agak ____________ kerana pasukan lawan mempunyai banyak pemain yang handal.
tipis
nipis
kecil
sedikit
Kita hendaklah sentiasa bersenam ________ makan makanan yang menyihatkan __________ tidak mahu mendapat penyakit.
dan ... jika
serta ... ketika
dengan ... jika
lalu ... sekiranya
Encik Sulaiman menghadiahkan ___________ cincin berlian kepada isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka.
seutas
sebutir
sebilah
sebentuk
Kasihan Amri. Sudahlah bas sekolah meninggalkannya, tayar basikalnya pula pancit. Peribahasa yang sesuai ialah
sudah jatuh ditimpa tangga
biar lambat asal selamat
sudah terhantuk baru terngadah
nasi sudah menjadi bubur
________________ itu mengenakan pakaian tradisional Melayu daripada fabrik songket dalam suatu pertunjukan fesyen.
Seniwati
Peragawati
Pramugari
Biduanita
Beberapa kuntum bunga ros di halaman rumah Fatin telah ______________ serta mengeluarkan bau yang sungguh harum.
mekar
rimbun
kuncup
kembang
Petani itu sedang ________ anak-anak padi di sawahnya.
ditanam
tertanam
menanam
penanaman
Pilih perkataan antonim bagi takut.
kuat
tabah
berani
tabah
Rozi sahaja yang dapat menjawab soalan yang sukar itu kerana dia _____
otak kering
otak cair
otak udang
otak lembu
Pilih perkataan sinonim bagi merobohkan
merebahkan
meruntuhkan
membubarkan
membuang
Encik Adam kelihatan _________ di hadapan pintu bilik pembedahan itu.
lalu-lalang
mundar-mandir
umbang-ambing
lenggang-lenggok
________ guru tahun enam sedang bermesyuarat sejak pukul 2 petang.
segala
sekalian
semua
setengah
Dato' Haikal meminta _______ untuk menyukat tanah pusakanya.
jurumudi
juruaudit
juruukur
jururunding
