NEW
Font size
WorksheetsKuiz Akaun Tingkatan 5 (Modul 2)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Situasi rekod tak lengkap yang manakah boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?
Tiada kawalan tunai dalam perniagaan
Buku-buku akaun telah tercicir atau musnah
Jumlah imbangan duga tidak dihitung dengan tepat
Peniaga tidak merancang perbelanjaan dengan baik
Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan pendapatan bagi perniagaan yang tidak mengamalkan sistem catatan bergu?
I Kaedah Analisis
II Kaedah Perbandingan
III Kaedah Penilaian Semula
IV Kaedah Margin Caruman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Situasi manakah yang menunjukkan peniaga mempunyai rekod tak lengkap dalam perniagaan?
Peniaga A merekod ambilan tunai di Akaun Ambilan sahaja
Peniaga B merekod bayaran gaji di Akaun Gaji dan Akaun Bank
Peniaga C merekod jualan kredit di Jurnal Jualan dan membuat pemindahan ke lejar
Peniaga D merekod belian perabot dengan cek ke Akaun Perabot dan Akaun Bank S
Kejadian banjir besar di Bandar Kota Bahru, Kelantan telah menyebabkan sebahagian rekod perakaunan Perniagaan Batik Qaseh musnah.
Apakah kaedah yang digunakan dalam penentuan pendapatan bagi Perniagaan Batik Qaseh?
Kaedah Garis Lurus
Kaedah Perbandingan
Kaedah Penilaian Semula
Kaedah Baki Berkurangan
Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan kepunyaan Encik Ramesh yang menyimpan rekod tidak lengkap.
Modal akhir RM7 000
Ambilan RM6 800
Modal awal RM11 000
Modal tambahan RM800
Berapakah keuntungan atau kerugian perniagaan tersebut?
Untung bersih RM2 000
Untung bersih RM12 000
Rugi bersih RM2 000
Rugi bersih RM12 000
Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaan Wari Enterprise.
Modal 1 Julai 2014 RM12 000
Modal 30 Jun 2015 RM21 000
Sepanjang tempoh perakaunan, Encik Wari telah mengambil tunai perniagaan sebanyak RM2 000 dan inventori perniagaan bernilai RM700 untuk kegunaan peribadi. Beliau juga telah memasukkan modal tambahan sebanyak RM5 000.
Berapakah untung bersih bagi tahun berakhir 30 Jun 2015?
RM6 700
RM16 700
RM25 300
RM35 300
Cik Mona tidak menyimpan buku akaun dengan lengkap. Maklumat berikut diperoleh pada 31 Disember 2013.
Jan. 1 Iklan belum bayar RM280
Dis. 31 Jumlah pembayaran iklan RM540
Iklan belum bayar RM160
Berapakah jumlah iklan yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2013?
RM420
RM540
RM660
RM980
Maklumat berikut diberikan oleh Kedai Runcit Ria.
Baki Akaun Belum Terima 1 Januari 2012 RM3 000
Baki Akaun Belum Terima 31 Disember 2012 RM4 000 Penerimaan daripada Akaun Belum Terima RM8 000 Pulangan jualan RM320
Berapakah jualan kredit kedai tersebut?
RM6 680
RM7 320
RM8 680
RM9 320
Maklumat berikut diambil daripada buku Perniagaan Rama.
Modal pada 1 Januari 2012 RM42 600
Modal pada 31 Disember 2012 RM47 600
Ambilan sepanjang tahun 2012 RM3 520
Apakah yang diperoleh Perniagaan Rama pada 31 Disember 2012?
Rugi RM1 480
Rugi RM8 520
Untung RM1 148
Untung RM8 520
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Zana.
Belian tunai RM1 460
Belian kredit RM8 165
Berapakah nilai belian yang akan dipindahkan ke Akaun Perdagangan?
RM1 460
RM6 705
RM8 165
RM9 625
Bagaimanakah untung bersih dikira jika peniaga mempunyai rekod tak lengkap?
Modal akhir + Ambilan - Modal awal - Modal tambahan
Modal awal - Ambilan + Modal akhir + Modal tambahan
Modal awal + Modal tambahan - Modal akhir - Ambilan
Modal akhir - Modal awal + Modal tambahan - Ambilan
Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan Rahmat pada 31 Disember 2009.
Modal awal RM10 500
Modal akhir RM15 000
Modal tambahan RM1 500
Untung bersih 3 750
Berapakah ambilan perniagaan tersebut?
RM750
RM2 250
RM4 500
RM5 250
Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Kaar Ell.
Modal pada 1 Mei 2007 RM50 000
Modal pada 30 April 2008 RM61 000
Modal tambahan RM5 000
Ambilan RM500
Berapakah pulangan Perniagaan Kaar Ell?
Untung bersih RM15 500
Untung bersih RM6 500
Rugi bersih RM15 500
Rugi bersih RM6 500
Rumus berikut digunakan untuk mengira untung atau rugi sesuatu perniagaan.
Modal Akhir + X - Y - Modal Awal
Apakah X dan Y?
Modal tambahan dan Ambilan
Modal kerja dan Ambilan
Ambilan dan Modal tambahan
Modal dan Modal kerja
Data berikut diperoleh dari buku-buku perniagaan Puan Khalida yang menyimpan rekod perniagaan dengan tidak lengkap.
Baki Akaun Belum Bayar 1 Januari 2010 RM5 600 Bayaran kepada Akaun Belum Bayar RM17 414
Diskaun diterima RM792
Pulangan belian RM566
Baki Akaun Belum Bayar 31 Disember 2010 RM3 980
Berapakah belian kredit bagi tahun berakhir 31 Disember 2010?
RM15 794
RM17 152
RM19 260
RM20 392
