NEW
Font size
Worksheetstatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Songkok yang berbentuk ______________ menjadikan penari tarian zapin itu kelihatan segak.
bujur
bulat
leper
tirus
Swee Ling membentangkan _____________ apabila sampai di kawasan perkelahan itu untuk meletakkan barang-barang yang dibawa.
terhampar
hamparan
sehanparan
menghamparkan
Seorang pelanggan pasar raya sedang menggunakan __________ setelah keletihan membeli-belah.
kerusi roda
kerusi urut
kerusi rehat
kerusi malas
4 Mak Yati : Qamila, hari hendak hujan __________________
angkat kain jemuran dan _______________
biarkan adik kamu berhujan, nanti demam.
Qamila : Baiklah, ibu
Sila ... harap
Minta ... usah
Harap ... tolong
Tolong ... jangan
Sultan bertitah kepada Bendahara, “--------------------------- berkenan untuk beradu di istana hinggap.”
Beta
Patik
Tuanku
Hamba
Dia mendengar muzik itu sebagai _________________ sebelum tidur.
telinga nipis
pasang telinga
halwa telinga
telinga lintah
Walaupun sudah tua tetapi petani itu masih rajin bekerja seperti ________________.
menarik rambut dalam tepung
anai-anai makan kayu
bulan jatuh ke riba
kera kena belacan
Pihak tentera telah menjumpai beberapa __________ senapang di hutan tersebut.
ruas
bilah
laras
batang
Beberapa orang pustakawan ditugaskan untuk membalut buku-buku yang berkulit lembut sahaja.
Pilih perkataan antonim bagi lembut.
kenyal
keras
kuat
kental
Buku yang ditulis oleh Zaidi meriwayatkan sejarah hidup seorang tokoh terkenal.
Pilih perkataan sinonim bagi meriwayatkan.
mengisahkan
menyatakan
mendedahkan
menggambarkan
