wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 5 (Modul 3)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

a)

Merekodkan baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank

b)

Menyelaras baki Buku Tunai dan baki Penyata Bank

c)

Mengawal penerimaan dan pembayaran wang dengan cek

d)

Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang

2.

Maklumat berikut diperoleh daripada sebuah perniagaan.


Zaman ingin menyediakan Belanjawan Tunai perniagannya untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2008. Jualan dianggarkan berjumlah RM20 000 setiap bulan di mana 40% daripadanya diberi tempoh kredit.


Berapakah anggaran jualan tunai pada bulan November?

a)

RM28 000

b)

RM20 000

c)

RM12 000

d)

RM8 000

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan?

a)

Satu sistem yang mengandungi prosedur untuk mengawal penerimaan dan pembayaran tunai

b)

Satu penyata yang digunakan untuk merekod urus niaga penerimaan dan pembayaran tunai

c)

Satu penyata yang disediakan untuk memastikan tunai perniagaan sentiasa mencukupi

d)

Satu anggaran penerimaan dan pembayaran tunai dalam sesuatu tempoh tertentu

4.

Butiran manakah yang diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?

I Pinjaman bank

II Kadar bayaran

III Peruntukan hutang ragu

IV Susut nilai alatan pejabat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Antara yang berikut, yang manakah fungsi penyediaan Belanjawan Tunai?

I Mengukur kemampuan tunai perniagaan

II Sebagai alat kawalan aliran tunai perniagaan

III Jaminan perniagaan memperoleh pembiayaan bank IV Membandingkan prestasi perniagaan semasa

dengan yang lepas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Pilih butiran yang direkod dalam Buku Tunai yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank.


I Pindahan kredit

II Faedah atas overdraf

III Cek belum dikemukakan

IV Deposit belum dikreditkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Sistem kawalan tunai diamalkan bertujuan untuk memastikan perniagaan...

a)

mendapat keuntungan

b)

memperoleh jualan yang maksimum

c)

menyimpan tunai yang banyak di tangan

d)

mempunyai aliran tunai yang mencukupi

8.

Mengapakah tugas pengendalian tunai diasingkan daripada tugas merekod urus niaga tunai?

a)

Memastikan perniagaan mendapat keuntungan maksimum

b)

Menjimatkan masa merekod ke dalam buku-buku perakaunan

c)

Memudahkan kerja merekod ke dalam buku-buku perakaunan

d)

Mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan wang tunai

9.

Apakah butir yang direkodkan dalam buku tunai yang dikemaskini?


I Deposit yang belum dikreditkan

II Cek yang belum dikemukakan

III Pindahan kredit

IV Caj bank

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Pilih butiran yang direkod dalam Buku Tunai yang menyebabkan berlakunya perbezaan antara baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank.


I Pindahan kredit

II Faedah atas overdraf

III Cek belum dikemukakan

IV Deposit belum dikreditkan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Anggaran belian berikut dimiliki oleh Perniagaan Wawasan.


Januari RM1 800

Februari RM2 000

Maklumat tambahan: 60 % daripada belian adalah secara tunai dan bakinya dibayar pada bulan berikutnya.


Berapakah bayaran pada bulan Februari?

a)

RM2 280

b)

RM2 000

c)

RM1 920

d)

RM1 200

12.

Antara yang berikut, yang manakah butir pembayaran dalam Belanjawan Tunai Kedai Buku Lestari?

a)

Modal tambahan

b)

Susut nilai mesin fotostat

c)

Faedah atas pinjaman bank

d)

Kutipan daripada Akaun Belum Terima

13.

Urus niaga manakah yang akan diambil kira dalam penyediaan Penyata Belanjawan Tunai?

a)

Susut nilai kenderaan

b)

Ansuran bulanan kenderaan

c)

Kenderaan dibeli secara kredit

d)

Membawa masuk kenderaan sebagai modal

14.

Encik Ariffin bercadang memulakan projek ternakan ikan pada Januari 2018. Maklumat berikut diperoleh daripada belanjawan tunai beliau.


Modal: Tunai di bank RM50 000, Peralatan RM20 000 Penerimaan RM175 000

Pembayaran RM83 000


Berapakah baki akhir bulan Januari 2018?

a)

RM92 000

b)

RM12 200

c)

RM142 000

d)

RM162 000

15.

Sistem kawalan tunai diamalkan bertujuan untuk memastikan perniagaan

a)

mendapat keuntungan

b)

memperoleh jualan yang maksimum

c)

menyimpan tunai yang banyak di tangan

d)

mempunyai aliran tunai yang mencukupi