NEW
Font size
WorksheetsKuiz Simpulan Bahasa 4UPM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Siti membawa _____ semasa melawat Nurul di hospital.
buah hati
besar hati
buah tangan
bekas tangan
Haikal selalu _____ apabila ketuanya tiada di pejabat.
ambil angin
kecil hati
putih mata
curi tulang
Afif berasa _________ untuk berniaga lagi kerana sering mengalami kerugian.
tawar hati
iri hati
ada hati
sedap hati
Cikgu Liana sentiasa menasihati Aiman yang ________ supaya menjadi murid yang baik.
naik kepala
keras kepala
besar hati
sakit hati
Pencuri itu membuka ______ apabila dikejar oleh sekumpulan penduduk kampung.
langkah kanan
langkah seribu
langkah kiri
Perbelanjaan untuk menghantar Haris ke luar negara adalah hasil ______ bapanya yang bekerja sebagai kerani.
titik peluh
mandi peluh
ringan tulang
jejak langkah
Wafi merupakan _______ bagi pasukan bola sepak sekolahnya.
tulang besi
berat tulang
ringan tulang
tulang belakang
Kejayaan pasukan badminton negara tewas dalam pertandingan itu menjadi ________ orang ramai.
buah hati
buah mulut
buah fikiran
buah tangan
Semua orang bergotong-royong membersihkan kelas tetapi Nani hanya ______ sahaja.
angkat kaki
makan suap
berpeluk tubuh
berganding bahu
Azli terpaksa menjadi _____ untuk menggantikan tempat Zaki yang sakit secara tiba-tiba.
alim kucing
bidan terjun
anak angkat
ayam tambatan
Lelaki yang ______ itu berjalan terhuyong-hayang kerana mabuk.
kali lima
kaki ayam
kaki bangku
kaki botol
Kedua-dua orang penjenayah itu _________ kepada pihak polis setelah dikepung.
membawa diri
merendah diri
menyerah diri
membangga diri
Puan Kalsom _______ apabila melihat banyak beg tangan berjenama yang dijual dengan harga murah di kedai itu.
rambang mata
menjolok mata
putih mata
cuci mata
Mak Munah menyambut para tetamu dengan ____________.
bulat hati
bekas tangan
tangan terbuka
murah hati
Ibu _______ apabila melihat pasu bunga yang dibeli dari Sarawak telah pecah.
cangkul angin
naik angin
atas angin
mkan angin
Elly ______ untuk meneruskan pelajaran apabila permohonan biasiswanya ditolak.
tawar hati
tebal muka
telinga nipis
campur tangan
Orang kampung tidak mempercayai wanita tua yang digelar _______ kerana dia tidak tahu menyimpan rahsia.
mulut murai
berat mulut
banyak mulut
mulut tempayan
Ayah dan ibu terlalu _____ kepada adik sehinggakan segala kehendak adik dituruti.
manis muka
berat mulut
beri muka
hati perut
Suhana memang _____ kerana asyik membaca buku di mana-mana sahaja dia berada.
manis muka
ulat buku
ringan tulang
pasang telinga
Alif ______ apabila mendengar orang mengutuk dan menghina kawan baiknya, Ahmad.
panas hati
berat hati
ada hati
iri hati
Encik Ammar tidak menyangka beliau telah mendapat ______ setelah memenangi cabutan bertuah itu.
titik peluh
putih mata
durian runtuh
batu loncatan
Adik Rayyan memang ______ kerana dia sudah pandai membaca walaupun belum bersekolah lagi.
mata hati
keras hati
besar hati
terang hati
Siti berasa _______ terhadap kawan-kawannya yang menuduhnya suka berlagak.
iri hati
ada hati
jauh hati
besar hati
Walaupun perempuan jelita itu disukai ramai tetapi dia _________.
mata duitan
mata hati
mata kotak
mata angin
Murid-murid sedang ______ untuk menjawab soalan-soalan Matematik itu.
otak cair
perah otak
otak udang
kepala otak
