wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Akaun Tingkatan 5 (Modul 6)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah pendapatan modal bagi sebuah kelab dan persatuan?

a)

Derma bina dewan serbaguna

b)

Yuran pertandingan

c)

Jualan minuman

d)

Yuran ahli

2.

Apakah istilah yang digunakan untuk mewakili ekuiti pemilik bagi sebuah kelab dan persatuan?

a)

Dana terkumpul

b)

Modal akhir

c)

Modal awal

d)

Lebihan

3.

Persatuan Pengakap Daerah Kuala Muda Yan telah mengubah suai bangunan untuk menampung jumlah ahli yang semakin bertambah. Perkara ini akan direkodkan sebagai...

a)

belanja bukan operasi

b)

belanja operasi

c)

belanja modal

d)

belanja hasil

4.

Akaun Perdagangan Kantin Kelab Riadah Taman Star menunjukkan untung berjumlah RM2 450. Untung tersebut akan dipindahkan ke...

a)

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

b)

Akaun Penerimaan dan Pembayaran

c)

Akaun Untung Rugi

d)

Akaun Yuran

5.

Apakah yang dimaksudkan dengan Yuran Belum Terima Awal?

a)

Yuran tahun hadapan yang belum diterima

b)

Yuran tahun hadapan yang diterima awal

c)

Yuran tahun semasa yang belum diterima

d)

Yuran tahun lepas yang belum diterima

6.

Persatuan Penduduk Setia Alam telah menerima derma untuk membina bangunan persatuan. Apakah kesan urus niaga tersebut?

a)

Mengurangkan pendapatan modal

b)

Menambahkan pendapatan modal

c)

Mengurangkan pendapatan hasil

d)

Menambahkan pendapatan hasil

7.

Urus niaga yang manakah merupakan pendapatan modal bagi kelab dan persatuan?

a)

Keuntungan daripada aktiviti perniagaan kelab

b)

Menerima komputer sebagai derma

c)

Menerima yuran pertandingan

d)

Faedah simpanan tetap

8.

Maklumat berikut diperoleh daripada Buku Tunai Kelab Sukan Sihat pada 31 Januari 2008.


Yuran Ahli RM4 000

Kadar bayaran RM150

Upah cuci gimnasium RM200

Bayaran masuk RM300


Berapakah baki akhir tunai?

a)

RM4 650

b)

RM3 950

c)

RM3 750

d)

RM3 350

9.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kelab Usahawan Muda SMK Damas.


Akaun Belum Terima 1 Januari 2009 RM1 600

Akaun Belum Terima 31 Disember 2009 RM2 400 Jualan tunai RM3 500

Kutipan daripada Akaun Belum Terima RM4 650


Berapakah hasil jualan kelab tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2009?

a)

RM8 950

b)

RM8 150

c)

RM5 450

d)

RM3 500

10.

Maklumat berikut diperoleh daripada Kelab Taman Serai pada 1 Januari 2012.


Bank RM1 230

Lengkapan RM3 200

Inventori cenderamata RM800

Yuran belum terima RM150

Akaun Belum Bayar cenderamata RM740


Berapakah Dana Terkumpul pada tarikh tersebut?

a)

RM4 640

b)

RM4 520

c)

RM4 320

d)

RM4 220

11.

Maklumat berikut menunjukkan penerimaan dan pembayaran Kelab Penduduk Taman Pangkalan Jaya sepanjang bulan Januari 2015.


Baki 1 Januari 2015 RM200

Penerimaan

Yuran RM200

Derma RM120

Yuran masuk RM150


Pembayaran

Alat tulis RM40

Belanja am RM20

Perabot baru RM250


Berapakah baki Akaun Penerimaan dan Pembayaran pada 31 Januari 2015?

a)

RM470

b)

RM410

c)

RM360

d)

RM160

12.

Urus niaga manakah merupakan pendapatan modal bagi Kelab Kebudayaan Melaka?

a)

Menerima derma untuk belian alatan muzik kebudayaan

b)

Keuntungan daripada aktiviti persembahan kebudayaan

c)

Menerima yuran pertandingan festival kebudayaan

d)

Menerima bayaran sewa alatan muzik

13.

Apakah akaun yang perlu disediakan bagi kelab dan persatuan yang memiliki restoran untuk mencari untung atau rugi restoran?

a)

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

b)

Akaun Perdagangan Restoran

c)

Akaun Untung Rugi Restoran

d)

Akaun Penerimaan

14.

Antara berikut, manakah merupakan perbelanjaan hasil sebuah kelab dan persatuan?

a)

Bayaran guaman pembelian premis

b)

Belanja pengubahsuaian bangunan

c)

Elaun kehormat

d)

Peralatan sukan

15.

Maklumat di bawah adalah perbezaan antara kelab dan persatuan dengan entiti perniagaan.


Kelab dan Persatuan

Lebihan aset daripada liabiliti ialah dana terkumpul


Entiti Perniagaan

Lebihan aset daripada liabiliti ialah modal.


Apakah aspek perbezaan bagi maklumat di atas?

a)

Pendapatan dan Perbelanjaan

b)

Penerimaan dan Pembayaran

c)

Sumber Maklumat

d)

Ekuiti Pemilik