wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 2 (Bab 10)

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah bukti penduduk di pesisir Sabah dan Sarawak mempunyai hubungan perdagangan dengan Alam Melayu dan dunia luar pada abad ketiga sebelum Masihi?

a)

Munculnya kerajaan Santubong di lembah sungai Sarawak

b)

Munculnya pusat pembuatan tembikar di Gua Niah, Sarawak

c)

Munculnya industri peleburan bijih besi di Santubong

d)

Munculnya pelabuhan Chu-Po di utara Sabah

2.

Apakah faktor utama penyebab yang membawa kepada perkembangan pengaruh Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu di Sarawak dan Sabah?

a)

Kerana kemajuan pesat perdagangan di Sarawak dan Sabah

b)

Kerana berlaku persaingan dengan kuasa Barat

c)

Kerana kerajaan Majapahit telah merosot

d)

Kerana sikap keterbukaan masyarakat dengan dunia luar

3.

Apakah kesan daripada kebangkitan pengaruh Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak?

a)

Melemahkan kerajaan Melayu Santubong, Kalka, Samadong dan Melano

b)

Kerajaan Majapahit bangkit melawan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei

c)

Munculnya kegiatan perdagangan dengan kerajaan Siam dan China

d)

Kerajaan Santubong meluaskan pengaruhnya di Sarawak

4.

Apakah bukti agama Buddha telah tersebar di Sarawak?

a)

Penemuan patung Ganesha di Limbang

b)

Tinggalan objek-objek agama Buddha di Santubong

c)

Penemuan candi di pesisir Sabah

d)

Penemuan masjid di kawasan Sarawak

5.

Apakah faktor utama kemerosotan Kesultanan Melayu Brunei dan Kesultanan Sulu?

a)

Bersaing dengan kuasa Barat

b)

Ancaman daripada Siam

c)

Peperangan antara dua kuasa besar

d)

Kemerosotan hasil perdagangan

6.

Di manakah kawasan utama penyebaran agama islam oleh Kesultanan Sulu?

a)

Pesisir pantai Sarawak

b)

Pesisir pantai Sabah dan Sarawak

c)

Utara Sabah

d)

Pantai timur Sabah

7.

Apakah kesan ketara penyebaran islam oleh Kesultanan Melayu Brunei di Sarawak?

a)

Hubungan antara Sarawak dengan kerajaan luar menjadi bertambah baik

b)

Ramai penduduk kaum Melayu dan Melanau memeluk islam

c)

Hilangnya pengaruh agama Buddha dan Hindu

d)

Menjejaskan hubungan baik dengan kerajaan luar

8.

Berikut adalah pernyataan benar, kecuali:

a)

Santubong adalah kerajaan awal yang mempunyai pelabuhan di lembah sungai Sarawak

b)

Kerajaan Majapahit mempunyai hubungan perdagangan dengan penduduk utara Sabah

c)

Kemerosotan Majapahit telah menyebabkan perkembangan pengaruh Kesultanan Melayu Brunei

d)

Sabah tidak menerima penyebaran agama islam

9.

Apakah bukti hubungan baik antara kerajaan Majapahit dengan penduduk di utara Sabah?

a)

Jumpaan objek-objek emas di Santubong

b)

Jumpaan gendang gangsa jenis Moko di Pulau Banggi, Sabah

c)

Jumpaan patung Ganesha di Limbang

d)

Ramai penduduk Majapahit menetap di Sabah

10.

Berikut adalah kesan daripada sikap keterbukaan masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan pengaruh dunia luar kecuali:

a)

Membantu kemajuan perdagangan

b)

Menunjukkan sikap toleransi dalam menerima pengaruh agama dari luar

c)

Menjalin hubungan diplomatik antara kuasa-kuasa besar

d)

Kedudukan Sarawak dan Sabah terancam