NEW
Font size
WorksheetsPraktis Sistem Bahasa 4Z
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mandi-manda di pantai kerana banyak ______ ditemukan di sepanjang pantai itu.
labi-labi
ubur-ubur
kura-kura
kelip-kelip
Wanita itu ______ ramah walaupun kami tidak mengenalinya.
nian
agak
benar
sekali
Petani itu sedang _______ anak-anak padi di sawahnya.
ditanam
tanaman
menanam
tertanamkan
Pokok-pokok _____ ditanam di sepanjang jalan itu.
tebal
renek
pendek
panjang
Beberapa buah rumah _____ dibaiki setelah mengalami kerosakan akibat ribut petir malam tadi.
perlu
belum
masih
pernah
Rahim sahaja yang dapat menjawab soalan yang sukar itu keranan dia ______.
otak cair
otak kering
otak lembu
otak udang
Kamal sering menasihati adiknya agar mengubah sikapnya yang malas belajar tetapi dia enggan. Usaha Kamal itu seperti _________________________________.
kacang lupakan kulit
mencurah air ke daun keladi
lempar batu sembunyi tangan
menatang minyak yang penuh
Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terpaksa merobohkan sepuluh struktur sambungan haram di sebuah kawasan perumahan.
Pilih perkataan sinonim bagi merobohkan.
merebahkan
meruntuhkan
membubarkan
memusnahkan
Hamid berasa takut apabila melihat wajah lelaki itu menahan kemarahan.
Pilih perkataan antonim bagi takut.
kuat
gagah
tabah
berani
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Siapakah yang menemani ayah pulang ke kampung?
Ayah dan saya memang akan pulang ke kampung.
Ayahlah yang menemani saya pulang ke kampung.
Ayah memerlukan saya ketika pulang ke kampung.
Saya yang akan menemani ayah pulang ke kampung.
