NEW
Font size
WorksheetsSemester 3 STPM - Pragmatik: Kesantunan Berbahasa (Siri 2)
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Yang manakah yang berkaitan dengan kajian pragmatik?
I -- Konteks budaya masyarakat
II -- Melalui hubungan yang sebenar
III -- Tanda atau lambang tentang makna
IV -- Penggunaan yang berdasarkan bidang
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Aspek yang manakah TIDAK termasuk dalam kajian pragmatik?
Penggunaan peribahasa
Pemilihan ragam bahasa
Penggunaan rujukan kehormat
Pemilihan perkataan yang bersinonim
Unsur yang manakah yang termasuk dalam kajian tentang kesantunan berbahasa?
I -- Kata-kata hikmat
II -- Ungkapan bahasa terbalik
III -- Bentuk sapaan dan panggilan
IV -- Penggunaan rujukan kehormat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah mengandungi gelaran keagamaan?
Doktor Malik bertugas di Johor.
Mereka mahu berjumpa dengan Haji Husin.
Budak-budak itu mahu menemui bapa saya.
Kedudukan Dato' Johari semakin selesa sekarang.
Yang manakah BUKAN kurniaan daripada kerajaan negeri?
Dato'
Tan Sri
Toh Puan
Datuk Patinggi
Asri, anak Puan Sri Rohani, baru dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.
Yang manakah rujukan kehormat untuk Asri?
Yang Berusaha
Yang Berhormat
Yang Berbahagia
Yang Berhormat Senator
Pasangan gelaran yang manakah yang kedua-duanya termasuk dalam kategori gelaran kekeluargaan ikatan perkahwinan?
Pak Uda -- Biras
Menantu -- Besan
Mak Usu -- Pak Lang
Mentua -- Mak Anjang
Yang manakah BUKAN ciri kesantunan berbahasa?
Ungkapan bertatasusila
Kata ganti nama diri
Intonasi dan gaya
Bahasa kecil
Ungkapan bertatasusila terdiri daripada yang berikut, KECUALI
Menggunakan bahasa halus
Menggunakan panggilan kehormat
Menggunakan ungkapan yang sopan
Menggunakan unsur daripada bahasa Arab
Ayat yang manakah yang menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai?
"Aku baru pulang," kata Omar kepada isterinya.
"Patik baru sahaja berdatang sembah," Ahmad berkata kepada ibunya.
"Maaflah, hamba belum lagi menyelesaikan tugasan itu," kata Hasni kepada ketua jabatannya.
"Dua hari lepas saya menelefon puan, tetapi puan tiada di pejabat," ujar Hamidah kepada ketuanya.
Siapakah yang memiliki gelaran ikhtisas?
Hamid -- dianugerahi darjah kebesaran
Rashidah -- baru sahaja mendapat menantu
Maimunah -- menerima ijazah sarjana lanjutan
Kamarudin -- memenangi pilihan raya di negerinya
Roslan baru pulang dari rumah Pak Johan.
Siapakah Pak Johan?
Bapa saudara Roslan
Bapa kepada ayah Roslan
Orang yang sebaya dengan ayah Roslan
Orang yang menjadi besan kepada ayah Roslan
Yang manakah sapaan yang BETUL untuk isteri Datuk Seri Jamil?
Datin Seri
Toh Puan
Puan Sri
Tan Sri
Marina ketua jabatan. Beliau belum berkahwin.
Apakah sapaan atau panggilan yang perlu digunakan oleh pegawai bawahan Marina ketika di pejabat?
Cik Marina
Puan Marina
Datin Marina
Saudari Marina
Mahmood bersara semasa menjadi profesor di Universiti Z. Pihak universiti memberikan gelaran penghargaan kepadanya.
Apakah gelaran yang diterima oleh Mahmood?
Profesor Diraja
Profesor Kanan
Profesor Doktor
Profesor Emeritus
Apakah sapaan yang sesuai untuk seseorang yang baru dikenali, dan sama taraf dengan penutur?
Tuan
Puan
Encik
Saudara
Yang manakah BUKAN gelaran kekeluargaan pertalian darah?
Ipar
Datuk
Abang
Mak Ngah
Yang manakah termasuk dalam kategori keturunan orang-orang besar?
Raja
Megat
Daeng
Syeikh
Yang manakah BUKAN keturunan dari Nusantara?
I -- Dayang
II -- Raden
III -- Mas Ayu
IV -- Engku
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah mengandungi gabungan gelaran kurniaan + keagamaan + warisan?
Tan Sri Dato' Che Wan
Puan Sri Hajah Tengku
Datin Seri Prof. Dr. Hajah
Toh Puan Prof. Dr. Dayangku
