wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Formula dan Persamaan Kimia

Total questions: 10

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Tindak balas antara aluminium dengan kuprum(II) oksida menghasilkan kuprum dan bahan P. Apakah formula kimia bagi P?

a)

AlO

b)

AlO2

c)

Al2O3

d)

Al3O2

2.

Berapakah bilangan atom dalam 0.5 mol gas sulfur dioksida, SO2?

[Pemalar Avogadro = 6.02 × 1023 mol-1 ]

a)

6.02 × 1023

b)

0.5 × 6.02 × 1023

c)

0.5 × 2 × 6.02 × 1023

d)

0.5 × 3 × 6.02 × 1023

3.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik plumbum(II) oksida.

Penyataan manakah yang menerangkan mengapa kaedah ini tidak sesuai untuk menentukan formula empirik plumbum(II) oksida?

a)

Plumbum adalah logam yang kurang reaktif

b)

Plumbum terbakar dengan perlahan dalam oksigen

c)

Plumbum meletup apabila dipanaskan

d)

Plumbum kurang elektropositif daripada magnesium

4.

22.0 g oksida R diturunkan untuk membentuk 12.4 g logam R. Apakah formula empirik bagi oksida R?

[Jisim atom relatif: O=16, R=31]

a)

RO

b)

R2O

c)

R3O2

d)

R2O3

5.

Rajah menunjukkan formula struktur bagi sebatian T.

Berapakah peratus nitrogen mengikut jisim dalam sebatian T?

[Jisim atom relatif: H=1; C=12; N=14; O=16]

a)

14.00%

b)

28.00%

c)

46.67%

d)

53.33%

6.

Rajah menunjukkan susunan radas untuk menentukan formula empirik magnesium oksida.

Antara pernyataan berikut yang manakah benar bagi penutup diangkat dan ditutup dengan cepat sekali sekala semasa pemanasan?

a)

Untuk mengelak mangkuk pijar dari retak

b)

Untuk mengelak wasap putih daripada terbebas keluar

c)

Untuk mengelak tekanan dalam mangkuk pijar

d)

Untuk mengelak wap air daripada memasuki mangkuk pijar

7.

Manakah sebatian yang mempunyai formula empirik CH3O?

a)

CH2OHCH2OH

b)

C6H5COOH

c)

HCOOC2H5

d)

CH3CHO

8.

Satu sebatian berformula X2CO3 mempunyai jisim formula relatif 138. Berapakah jisim atom relatif bagi X? [Jisim atom relatif: C = 12 dan O = 16]

a)

39

b)

69

c)

78

d)

110

9.

Veronal ialah ubat pelali yang digunakan untuk merangsang pesakit mental untuk tidur. Formula molekul bagi veronal ialah C4H2N2O3(C2H5)2. Tentukan jisim molekul relatif bagi veronal. (Jisim atom relatif; H=1, C=12, N=14, O=16)

a)

186

b)

184

c)

180

d)

182

10.

Formula bagi garam nitrat M ialah MNO3. Apakah formula bagi garam fosfat M?

a)

M3PO4

b)

M2PO4

c)

MPO4

d)

M2(PO4)3