NEW
Font size
WorksheetsRBT T2 BAB 2.2 Rekabentuk Mekanikal [Bah A]
Total questions: 15
Worksheet time: 30mins
Antara berikut yang manakah kelebihan sistem mekanikal?
Mengurangkan tenaga mekanikal manusia dalam melakukan sesuatu pekerjaan
Membolehkan manusia melakukan pelbagai kerja dalam satu masa
Kuantiti pengeluaran dapat dilakukan dalam skala yang besar
Mengurangkan kos upah yang perlu dibayar kepada pekerja
Antara berikut yang manakah benar tentang sistem mekanikal?
I Suatu kaedah yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah
II Mekanisme yang digunakan bagi mendapatkan sesuatu hasil pengeluaran
III Suatu sistem yang menggantikan manusia dalam melakukan sesuatu tugas
IV Sebagai penghantar bagi menyelesaikan sesuatu tugas yang telah diprogramkan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut yang manakah fungsi bagi gear?
Mesin ringkas
Memindahkan kuasa
Menukarkan gerakan linear kepada gerakan berputar
Penghubung sesuatu komponen bagi melengkapkan suatu sistem
Rajah 1 menunjukkan sejenis gear.
Apakah gear tersebut?
Gear taji
Gear miter
Gear heliks
Gear serong
Rajah 2 menunjukkan satu contoh alatan mekanikal.
Antara berikut gear manakah yang diaplikasikan dalam alatan tersebut?
Gear belitan
Gear serong pilin
Gear tulang hering
Gear rak dan pinan
Antara berikut alatan manakah yang menggunakan gear taji?
Rajah 3 menunjukkan kelas bagi suatu tuas.
Antara berikut alatan manakah yang menggunakan tuas kelas di atas?
Joran
Playar
Penyapu
Kereta sorong
Rajah 4 menujukkan satu alatan yang mengaplikasikan konsep tuas.
Maklumat berikut menerangkan fungsi suatu komponen mekanikal.
menghubungkan takal pemacu yang dipasang pada enjin atau motor elektrik dengan takal dipacu
Antara berikut komponen mekanikal yang manakah menerangkan fungsi di atas?
Takal
Tali sawat
Aci engkol
Aci sesondol
Antara berikut komponen mekanikal yang manakah digunakan dalam kenderaan bermotor?
I Takal
II Aci engkol
III Gelongsor
IV Aci sesondol
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Antara berikut komponen mekanikal yang manakah terdapat pada bahagian roda basikal?
Tuas
Gear
Rantai
Galas bebola
Apakah aspek yang perlu diambil kira semasa menghasilkan lakaran perkembangan idea?
I Kos
II Prinsip reka bentuk
III Elemen reka bentuk
IV Jenis bahan pembinaan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Susun mengikut urutan yang betul bagi proses penghasilan suatu produk.
I Melakukan analisis
II Mengenal pasti idea inovasi
III Menghasilkan lakaran idea akhir
IV Menghasilkan lakaran perkembangan idea
I, II, III, IV
II, IV, III, I
III, I, IV, II
IV, III, I, II
Antara berikut yang manakah aspek yang perlu dinilai untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan menarik perhatian pembeli?
I Kemasan
II Prinsip reka bentuk
III Elemen reka bentuk
IV Reka bentuk komponen
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan jika prototaip berjaya melepasi tahap kelulusan ujian yang ditetapkan?
Produk tersebut akan ditambah baik supaya menjadi lebih menarik
Produk tersebut akan diharamkan daripada dipasarkan kepada pengguna
Produk tersebut akan dikeluarkan secara besar-besaran dan sedia untuk dipasarkan
Produk tersebut akan dihantar kepada pihak tertentu untuk dinilai semula sebelum dipasarkan
