wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Tanya dan Ayat Penyata Tahun 4

Total questions: 20

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah jenis ragam ayat dalam Bahasa Melayu?

a)

Ayat Majmuk

b)

Ayat Penyata

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Seruan

e)

Ayat Perintah

2.

Perempuan cantik itu pelakon popular.


Ayat di atas merupakah ayat:

a)

Seruan

b)

Perintah

c)

Penyata

d)

Tanya

3.

Yang manakah yang menunjukkan ayat tanya

a)

Harga buku cerita itu berapa?

b)

Nah, ambillah wang ini!

c)

Adakah kamu yang mengambil pen saya?

d)

Kakak telah berjaya memasuki universiti pada tahun ini.

4.

Yang manakah ayat penyata dan ayat seruan?

a)

Puan Radiah menidurkan anaknya.

b)

Bilakah kebakaran itu berlaku?

c)

Tolong cuci kereta itu

d)

Wah, besar sungguh rumah kamu!

5.

ayat tanya yang manakah yang ditulis tanpa kata tanya.

a)

Siapakah pemain bola itu?

b)

Bilakah majlis perkahwinan kamu?

c)

Dia tertidur di atas sofa?

d)

Bas itu sudah bertolak ke Melaka?

6.

Berikut merupakan kata tanya yang biasa digunakan dalam ayat tanya. KECUALI

a)

Siapakah

b)

Bilakah

c)

Kenapakah

d)

dan

e)

Bagaimanakah

7.

Yang mana satu ialah ayat penyata?

a)

Taman sekolah ini bersih.

b)

Taman sekolah ini cantik ?

c)

Jangan bising!

8.

Yang mana satu ialah ayat penyata?

a)

Ali sedang membaca buku.

b)

Ali dan Abu pergi ke sekolah.

c)

Kamu suka makan roti atau Kelly?

9.
Bagaimanakah keadaan nenek kamu?
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
10.
Anak perempuan Mak Usu akan berkahwin hujung bulan ini.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
11.
Di Melaka dondang sayang sering dipersembahkan untuk menceriakan sesuatu majlis
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
12.
Berapa harikah kita di sana, ayah?
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
13.
Pelajar-pelajar sedang mengulangkaji pelajaran di perpustakaan.
a)
ayat penyata
b)
ayat perintah
c)
ayat tanya
d)
ayat seruan
14.

Pilih ayat penyata yang betul.

a)

Banyak penonton yang hadir semasa pertandingan itu berlangsung.

b)

Mengapakah banyak penonton yang bertepuk tangan?

c)

Wah, banyak penonton yang hadir!

d)

Jangan bimbang sekiranya banyak penonton hadir.

15.

Bina ayat penyata daripada gambar yang diberikan.

a)

Kami berdiri di atas pentas sambil melihat robot itu.

b)

Apakah kesitimewaan robot ini ?

c)

Kami menceritakan kesitimewaan robot kepada para juri.

d)

Kami tidak dibenarkan menyentuh robot itu.

16.

Pilih ayat penyata yang betul

a)

Arun jiran Wei Han.

b)

Arun bermain bola.

17.

Pilih ayat penyata yang betul.

a)

Wei Han sedang tidur.

b)

Wei Han sedang makan.

18.

Yang manakah ayat tanya yang sesuai untuk pernyataan di bawah?


Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.

a)

Mengapakah Misya hendak belajar di luar negara pada tahun hadapan?

b)

Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?

c)

Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?

d)

Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

19.

Yang manakah ayat tanya yang sesuai untuk pernyataan di bawah?


Kehijauan hutan hujan tropika merupakan tarikan utama pelancong ke Sabah.

a)

Bagaimanakah keadaan hutan hujan tropika di Sabah?

b)

Apakah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Sabah?

c)

Siapakah yang tertarik oleh kehijauan hutan hujan tropika di Sabah?

d)

Bilakah pelancong melawat hutan hujan tropika di Sabah?

20.

Yang manakah ayat tanya yang sesuai untuk pernyataan di bawah?


Saya tinggal di Kampung Medan.

a)

Di manakah kamu tinggal?

b)

Siapakah yang tinggal di Kampung Medan?

c)

Apakah keunikan Kampung Medan?

d)

Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?