NEW
Font size
WorksheetsLatihan Tatabahasa Kata Majmuk
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Encik Fateh menyimpan wang hasil perniagaannnya di dalam sebuah ___________.
peti sejuk
peti besi
peti surat
peti undi
"Saya sekeluarga akan menaiki _________ dari KLIA2 ke Pulau Langkawi pada hari Sabtu ini," kata Noha kepada Aqilah.
kereta api
kapal layar
kereta kebal
kapal terbang
" Wah,___________ ini sangat enak dimakan bersama ayam masak merah!" kata Intan Anasuha dengan teruja.
kerak nasi
beras pulut
nasi minyak
minyak masak
"_____________ jenama Rolex yang cantik ini dihadiahkan oleh ayah saya," kata Shahir.
Baju Melayu
Jam tangan
Kasut bola
Alat tulis
Murid-murid Tahun Empat Aman sedang menjalankan __________ sains di makmal sains sambil dipantau oleh guru mereka.
uji kaji
pandu uji
temu duga
soal selidik
"Dia bukan___________Malaysia kerana dia berasal dari Singapura," kata Syahirah kepada Suria.
kakitangan
pesuruhjaya
antarabangsa
warganegara
Saya akan __________ ketua kampung tentang masalah yang dihadapi oleh petani di kampung kita ini.
beritahu
sukacita
tanggungjawab
tandatangan
Amirah Khairiah telah dilantik sebagai__________Kelab Bumi Hijau sekolah.
sukarela
kakitangan
setiausaha
pesuruhjaya
Masyarakat Melayu terkenal dengan ___________ Melayu yang berfungsi untuk memberikan nasihat.
peribahasa
peribadi
bumiputera
warganegara
"______________ dimaklumkan bahawa sekolah kita telah mendapat Anugerah Sekolah Hijau," umum guru besar semasa perhimpunan pada pagi itu.
Sukarela
Sukacita
Setiausaha
Kakitangan
