Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

F5 EKONOMI EXAM

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Ekonomi adalah kajian tentang bagaimana manusia
a)
mengatasi masalah kos lepas
b)
memenuhi kehendak yang terhad
c)
memperuntukkan sumber ekonomi
d)
mengurangkan pembaziran sumber
2.

Antara yang berikut,yang manakah benar tentang Hukum permintaan ?

a)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta berkurang

b)

Apabila harga naik,maka kuantiti diminta bertambah

c)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta berkurang

d)

Apabila harga jatuh,maka kuantiti diminta kekal

3.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang keluk permintaan (DD).


Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan


a)

kejatuhan harga barang itu

b)

kenaikan harga barang itu

c)

kenaikan harga barang penggenap

d)

kejatuhan harga barang penggenap

4.

Maklumat di atas menunjukkan suatu perubahan penentu

permintaan.

Kesan perubahan penentu permintaan di atas boleh dilihat dalam keluk ...

a)
b)
c)
d)
5.

Pernyataan manakah benar tentang hukum penawaran ?

a)

Keluk penawaran mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

b)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan

yang ingin dikeluarkan oleh firma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

c)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhdmatan yang

sanggup dikeluarkan oleh firrma pada satu tingkat harga tertentu dan dalam tempoh masa tertentu

d)

Kuantiti sesuatu barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh isi rumah pada satu tingkat harga tertentu dan

dalam tempoh masa tertentu

6.

Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh

a)

harga barang pada masa depan dijangka turun

b)

harga barang itu sendiri jatuh

c)

harga barang pengganti jatuh

d)

harga barang penggenap jatuh

7.

Pernyataan di sebelah berkaitan dengan suatu kejadian dalam ekonomi.


Apakah kesan kejadian tersebut?

a)

Lebihan permintaaan, harga cenderung untuk naik

b)

Lebihan permintaaan,harga cenderung untuk jatuh

c)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk naik

d)

Lebihan penawaran, harga cenderung untuk jatuh

8.

Apakah matlamat utama kerajaan menyediakan barang awam

a)

Menjana hasil kerajaan

b)

Memonopoli pasaran

c)

Menjaga kebajikan masyarakat

d)

Memperoleh keuntungan jualan

9.

Tingkat harga umum yang meningkat secara berterusan berlaku semasa

a)

Inflasi dan deflasi

b)

Deflasi

c)

Inflasi

d)

Kestabilan ekonomi

10.

Rajah di atas ini menunjukkan salah satu cara kerajaan mengawal selia pengeluar.

Apakah X?

a)

Cukai

b)

Kawalan pertukaran asing

c)

Subsidi

d)

Undang-undang dan peraturan

11.

Inflasi tolakan permintaan berlaku apabila ..

a)

Kos pengeluaran meningkat

b)

Harga barang import dari luar negara meningkat

c)

Jumlah permintaan terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah penawarannya

d)

Jumlah penawaran terhadap barang dan perkhidmatan melebihi jumlah permintaannya.

12.

Pengangguran kitaran berlaku apabila

a)

Keadaan ekonomi adalah lembap

b)

Perubahan struktur ekonomi

c)

Pekerja berhenti kerja

d)

Pekerja mencari pekerjaan baharu

13.

Pendapatan negara boleh digambarkan melalui

a)

Semua faktor pengeluaran

b)

Nilai barang dan perkhidmatan

c)

Faktor pengeluaran milik negara

d)

Keluaran Dalam Negara Kasar

14.

Manakah yang berikut menyumbang kepada KDNK Malaysia?

a)

Buruh asing yang bekerja di Selangor

b)

Cawangan Syarikat Ramly melabur di Indonesia

c)

TESCO di Kelantan membeli bahan mentah di Myanmar

d)

Jurutera dari China bekerja di pejabat cawangan Amerika Malaysia

15.

Maklumat di bawah merupakan hasil kutipan kerajaan.


· Bayaran denda penalti

· Bayaran lesen dan permit

· Faedah dan pulangan pelaburan kerajaan


Maklumat di atas berkaitan dengan....

a)

Hasil cukai

b)

Hasil bukan cukai

c)

Hasil cukai langsung

d)

Hasil cukai tak langsung

16.

Apakah strategi kerajaan dalam melaksanakan belanjawan kurangan semasa ekonomi mengalami deflasi

a)

Menurunkan kadar cukai

b)

Mengetatkan syarat sewa beli

c)

Menurunkan perbelanjaan kerajaan

d)

Menjual surat berharga kerajaan

17.

Apakah tujuan kerajaan melaksanakan dasar kewangan menguncup?

a)

Meningkatkan pelaburan dalam ekonomi

b)

Meningkatkan kuasa beli pengguna

c)

Menambahkan bekalan wang dalam ekonomi

d)

Mengatasi masalah inflasi

18.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan alat dasar kewangan?

a)

Nisbah rizab berkanun

b)

Kadar biasa

c)

Perbelanjaan kerajaan

d)

Kadar cukai

19.

Manakah yang bukan alat dasar kewangan?

a)

Kadar faedah

b)

Surat jaminan kerajaan

c)

Perbelanjaan kerajaan

d)

Syarat sewa beli

20.

Apakah kesan jika kerajaan meningkatkan perbelanjaan kerajaan ?

a)

Keluaran negara merosot.

b)

Permintaan dalam pasaran menurun.

c)

Tingkat pelaburan menurun.

d)

Pertambahan peluang pekerjaan.