Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S1 Q1

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Antara tugas berikut, yang manakah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa budi bicara baginda?

a)

Melantik Timbalan Yang di-Pertuan Agong

b)

Melantik Speaker Dewan Rakyat dan Setiausaha Parlimen

c)

Menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen

d)

Meminta untuk diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

2.

Yang manakah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal pentadbiran negara?

a)

Mengisytiharkan darurat

b)

Melantik Perdana Menteri

c)

Melantik anggota Jemaah Menteri

d)

Menjalankan tugas atas nasihat Perdana Menteri

3.

Yang manakah persamaan kuasa antara Sultan dengan Yang di-Pertuan Agong?

a)

Melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam

b)

Memperkenankan pengisytiharaan darurat dalam Persekutuan

c)

Memberikan anugerah bintang kebesaran, pangkat, dan gelaran

d)

Memberikan perkenan pelantikan Perdana Menteri dan Kabinet

4.

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan

a)

Ahli Suruhanjaya

b)

Peguam Negara

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Hakim Negara

5.

Yang manakah pelantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan pemecatannya dibuat melalui satu tribunal

a)

Ketua Audit Negara

b)

Ketua Polis Negara

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat

d)

Ketua Hakim Negara

6.

Bidang kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong meliputi

a)

Pesalah yang dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Sesyen

b)

Pesalah yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di Mahkamah Tinggi Putrajaya

c)

Pesalah yang dihukum penjara oleh Mahkamah Bumiputera Sarawak

d)

Seorang raja yang dihukum oleh Mahkamah Khas Raja-Raja

7.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas-tugas Majlis Raja-Raja?

a)

Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong

b)

Melantik menteri-menteri Kabinet

c)

Memberikan nasihat tentang pelantikan Ketua Audit Negara

d)

Menyetujui atau tidak menyetujui pembubaran Parlimen

8.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Majlis Raja-Raja?

a)

Berkuasa untuk membuat undang-undang Islam

b)

Berhak untuk mempertimbangkan soal-soal tentang dasar negara

c)

Mengadili tuduhan terhadap Raja-raja

d)

Memupuk hubungan yang rapat antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan persekutuan

9.

Majlis Raja-Raja boleh memberikan nasihat dalam pelantikan

a)

Ketua Hakim Negara

b)

Anggota Dewan Negara

c)

Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

d)

Perdana Menteri

10.

Siapakah yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja?

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Timbalan Yang di-Pertuan Agong

c)

Perdana Menteri

d)

Raja-raja Melayu secara bergilir-gilir

11.

Antara pindaan Perlembagaan yang berikut, yang manakah memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja?

a)

Keistimewaan Parlimen

b)

Pengubahan sempadan kawasan pilihan raya

c)

Soal pengguguran kedudukan istimewa orang-orang Melayu

d)

Memperketat Akta Keselamatan dalam Negeri

12.

Yang manakah tugas berikut memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Melantik Perdana Menteri

b)

Memecat Ketua Hakim Negara

c)

Mengubah tatacara persidangan Parlimen

d)

Memperkenan sesuatu amalan agama Islam

13.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?

a)

Mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja

b)

Mencatat minit mesyuarat Majlis Raja-Raja

c)

Mengumumkan keputusan penting Mesyuarat Majlis Raja-Raja

d)

Menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri

14.

Yang manakah merupakan pegawai tertinggi dalam perkhidmatan awam?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Setiausaha Negara

c)

Ketua Setiausaha Parlimen

d)

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam

15.

Jawatankuasa Perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dipengerusikan oleh

a)

Menteri Besar

b)

Perdana Menteri

c)

Ketua Setiausaha Negara

d)

Setiausaha Kerajaan Negeri

16.

Yang manakah benar tentang Jabatan Audit Negara?

a)

Bertanggungjawab kepada Parlimen

b)

Mengaudit akaun awam Persekutuan

c)

Saraannya ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

d)

Membentangkan laporan audit kepada Kabinet secara berkala

17.

Yang manakah fungsi suruhanjaya perkhidmatan?

a)

Melantik ahli suruhanjaya perkhidmatan

b)

Mengesahkan jawatan seseorang penjawat awam

c)

Menyediakan kemudahan dan kebajikan kepada kakitangan

d)

Mengambil tindakan tatatertib kepada kakitangan yang bermasalah

18.

· Mengaudit akaun Persekutuan, Negeri dan Pihak

Berkuasa Awam

· Membuat laporan tentang akaun


Pernyataan di atas merujuk kepada tugas

a)

Juruaudit Negara

b)

Menteri Kewangan

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Juruwang Syarikat Swasta

19.

Kabinet dianggotai oleh

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Perdana Menteri

c)

Timbalan Perdana Menteri

d)

Speaker Dewan Rakyat

20.

Yang manakah benar tentang badan eksekutif negara?

a)

Badan eksekutif tertinggi ialah Kabinet

b)

Ketua eksekutif ialah Perdana Menteri

c)

Kuasa eksekutif dipegang oleh Perdana Menteri

d)

Pelaksanaan tugas eksekutif ialah Yang di-Pertuan Agong

21.

Antara berikut, yang manakah merupakan tugas setiausaha Jemaah Menteri?

a)

Memanggil mesyuarat Jemaah Menteri

b)

Mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri

c)

Memberikan cadangan dan pendapat dalam mesyuarat Jemaah Menteri

d)

Menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri kepada badan- badan pelaksana

22.

Yang manakah benar tentang Kementerian?

a)

Setiap Kementerian boleh mengurus sendiri kewangannya

b)

Ketua Pentadbir Utama ialah Ketua Setiausaha Kementerian

c)

Kementerian bertanggungjawab kepada Jabatan Perdana Menteri

d)

Semua Kementerian mempunyai suruhanjaya perkhidmatan sendiri

23.

Yang manakah tentang Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

a)

Menjalankan penyelidikan sosioekonomi yang difikirkan perlu

b)

Mengawal dan menilai pencapaian program dan projek pembangunan

c)

Menyelaras dan mengesan pelaksanaan projek-projek pembangunan negara

d)

Memastikan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan pembangunan negara

24.

Yang manakah agensi yang menjadikan pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampain Perkhidmatan Awam Negara?

a)

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)

b)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

c)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

d)

Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

25.

Yang manakah tanggungjawab agensi-agensi pusat?

a)

Membantu perancangan ekonomi negara

b)

Membekalkan kewangan kepada agensi-agensi yang mengurus

c)

Membuka cawangan di setiap negeri

d)

Menggubal dasar-dasar kerajaan bagi pihak kabinet