wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PERIBAHASA (BAHASA MELAYU)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bagi peribahasa yang terdapat dalam gambar?

a)

Hujan lebat yang turun menyebabkan cendawan tumbuh subur.

b)

Sesuatu yang muncul terlalu banyak pada sesuatu masa.

c)

Seseorang yang sangat rajin berusaha.

2.

Nur Syafeeqa tidak disukai oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang __________________ .

a)

ringan tulang.

b)

kaki bangku.

c)

hidung tinggi.

3.

Tan Chong hanya mampu melihat sahaja rakan-rakannya bermain futsal kerana dia seorang ___________________ .

a)

kaki bangku

b)

panjang tangan

c)

berat tulang.

4.

Pak Abu menyesal tidak menerapkan akhlak yang baik kepada anaknya dari kecil lagi. Barulah dia sedar bahawa hendak ___________________________ kerana bukan mudah untuk mengubah sikap buruk setelah anaknya dewasa.

a)

kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

5.

Nyatakan maksud bagi peribahasa kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

a)

Kalau takut berhadapan dengan risiko, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang sukar.

b)

Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.

c)

Bertanya sesuatu yang sudah pun diketahui.

6.

Pada setiap petang Aina akan berjumpa dengan _______________nya yang segak bergaya itu.

a)

anak buah

b)

buah hati

c)

buah tangan

7.

Seseorang yang tidak mengetahui perkembangan dunia luar sering dipanggil ____________________________.

a)

bagai katak dan tempurung.

b)

bagai tempurung menutup katak.

c)

bagai katak di bawah tempurung.

8.

"Betulkah Amin telah ditangkap polis semalam?" tanya Ali.

"Eh, bukankah kamu yang membuat laporan polis itu! Kenapa bertanya pula?" kata Ahmad.


Apakah peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas?

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

b)

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

c)

Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.

9.

Apakah peribahasa yang betul bagi gambar ini?

a)

Seperti anjing dengan kucing.

b)

Seperti itik pulang petang.

c)

Seperti katak di bawah tempurung.

10.

Pilih peribahasa yang tepat untuk maksud berikut:


Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan atau pergaduhan.

a)

Seperti kacang melupakan kulit.

b)

Seperti anjing dengan kucing.

c)

Air dicencang tidak akan putus.