wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SISTEM BAHASA SIRI 1

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

"__________ mohon ampun kerana gagal melaksanakan titah tuanku," kata Paduka Ali kepada Sultan Yusri Syah.

a)

Beta

b)

Saya

c)

Patik

d)

Hamba

2.

Pakar forensik itu _______ laporan autopsi yang telah diterima untuk mengenal punca sebenar kematian mangsa tersebut.

a)

menilai

b)

meneliti

c)

menganalisis

d)

memerhatikan

3.

"kamu ______ mendapat gred purata terkumpul sekurang-kurangnya 3.75 sekiranya ingin menyambung tajaan JPA untuk peringkat ijazah," kata Encik Siva kepada anaknya.

a)

telah

b)

boleh

c)

harus

d)

masih

4.

Kanak-kanak yatim itu bergembira ________ suasana hari raya yang mulia atas sumbangan para dermawan.

a)

di

b)

pada

c)

demi

d)

dalam

5.

"________, malangnya nasib lelaki itu kerana telah kehilangan kedua-dua belah kakinya dalam kemalangan jalan raya!" kata Lina kepada Syamila.

a)

Cis

b)

Wah

c)

Amboi

d)

Aduhai

6.

Adik mengutip duit syiling yang _________ di atas lantai.

a)

tabur

b)

menabur

c)

bertabur

d)

bertaburan

7.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Saudara-mara dan sahabat handai mula menziarahi datuk Azim yang sakit kuat di hospital.

b)

Beberapa buah rumah di kampung itu mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut yang kuat malam tadi.

c)

Siew Leng kuat menghadapi semua dugaan yang menimpanya sejak ibu bapanya meninggal dunia.

d)

Lelaki yang kuat itu dapat merebahkan lawannya dalam pertandingan gusti.

8.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Kini ramai di antara pendatang asing fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

b)

Banyak perbezaannya antara Johan dengan Johar walaupun mereka merupakan pasangan kembar.

c)

Teoh duduk mencelah di antara Hasnah dengan Dewi di dewan kuliah itu kerana tidak tahan sejuk.

d)

Mereka berbincang antara adik-beradik untuk menyelesaikan isu tanah pusaka tinggalan arwah ibu bapa mereka.

9.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Buku cerita saya yang hilang sejak minggu lepas masih belum saya temukan.

b)

Setiap murid harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

c)

Susanti didenda kerana lewat menghantar buku karangannya kepada Cikgu Aini.

d)

Oleh kerana tidak mengulang kaji pelajarannya, Suzi gagal dalam mata pelajaran Sains.

10.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


Selepas berlaku perselisihan faham itu, mereka tidak lagi bertegur sapa.

a)

jauh panggang dari api

b)

air dicencang tiada putus

c)

antan patah, lesung hilang

d)

berkerat rotan, berpatah arang

11.

Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali

a)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

b)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

c)

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

d)

orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa

12.

"Fokuskan perhatian ________ terhadap perlawanan ini jika ingin menjadi johan peringkat kebangsaan," kata jurulatih itu kepada semua pemain bola sepak.

a)

anda

b)

awak

c)

kalian

d)

engkau

13.

Tujuan utama _____ ini dijalankan adalah untuk mendapatkan persepsi masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam di negara kita.

a)

kaji selidik

b)

soal jawab

c)

soal selidik

d)

maklum balas

14.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh guru _____ murid-murid mampu mengubah persepsi mereka terhadap kepentingan ilmu pendidikan.

a)

bagi

b)

pada

c)

untuk

d)

terhadap

15.

"Fikirlah ______ sebelum mengambil keputusan untuk bertukar kursus," kata Faridah kepada rakan karibnya.

a)

luas-luas

b)

dalam-dalam

c)

terang-terang

d)

masak-masak

16.

"_______, cantiknya pantai pada waktu senja begini!" kata adik kepada ayah.

a)

Nah

b)

Wah

c)

Aduh

d)

Amboi

17.

Polis telah menangkap ______ perompak yang telah memecah masuk ke sebuah kedai emas di jalan Lahat dua hari lepas.

a)

sekawan

b)

sepasukan

c)

seangkatan

d)

segerombolan

18.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Daging itu masih mentah lagi dan perlu dimasak selama 20 minit.

b)

Pemuda yang masih mentah dalam dunia perniagaan itu ditipu oleh rakan kongsinya.

c)

Daun salad biasanya boleh dimakan mentah.

d)

Dia mentah dengan sikap rakannya yang asyik suka mengarah.

19.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput.

b)

Zali menghantar buku latihan bila dimarahi oleh Cikgu Yusri.

c)

Cekodok ikan bilis yang digoreng oleh ibu sedap dimakan dengan sos cili.

d)

Tidak terangkat oleh saya kotak yang berat itu.

20.

Pilih ayat-ayat yang betul.

a)

Beratus orang hadir ke majlis perkahwinannya dengan penyanyi terkenal di Malaysia.

b)

Murid itu mendapat hadiah daripada gurunya kerana lulus dalam ujian Matematik.

c)

Hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada pemuda itu kerana menggelapkan wang syarikat.

d)

Kejayaan Leomord untuk mendapat keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan 3 banyak bergantung kepada usahanya sendiri.