NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa 3
Total questions: 20
Worksheet time: 6mins
"__________ sekeluarga akan melancong ke Pulau Tioman semasa cuti sekolah bulan hadapan," kata Encik Imran kepada jirannya.
Dia
Anda
Kalian
Kami
Burung murai itu membuat sarang di __________ dahan pokok.
celah
tengah
pangkal
belakang
Usaha __________ obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula sejak bayi lagi.
melarang
mencegah
membasmi
menghalang
Murid yang memenangi tiga butir pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Seri Puteri itu merupakan atlet yang __________ .
berbakat
berpotensi
berkemahiran
berketerampilan
Hang Tuah merupakan __________ sangat terkenal semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
seniman
pahlawan
sasterawan
dermawan
Usaha __________ rumah mangsa-mangsa gempa bumi yang rosak teruk itu sedang giat dijalankan di negara jiran.
mengemas kini
membaik pulih
mengubah suai
menambah baik
Feri yang terbakar di Jeti Kuala Perlis itu sudah digunakan lebih daripada 20 tahun untuk menghantar penumpang ke Pulau Langkawi. Tiada Kesalahan.
terbakar
daripada
menghantar
Tiada kesalahan
Para peserta kem kecemerlangan itu berikrar akan memberikan komitmen yang sepenuhnya demi untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tiada kesalahan.
berikrar
memberikan
demi untuk
Tiada kesalahan
I) Amira memiliki markah yang paling tinggi dalam ujian itu.
II) Artis popular itu memiliki bakat seni yang luar biasa.
III) Azmi memiliki kemahiran dalam seni pertahanan diri.
IV) Azura berjaya memiliki segulung ijazah daripada universiti tersohor itu.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
I) Sungguh pesat bunyi enjin pesawat tentera itu.
II) Haikal berlari dengan pesat sekali menuju ke garisan penamat.
III) Kawasan itu pesat membangun selepas pembukaan sebuah taman tema.
IV) Teknologi digital di seluruh dunia berkembang dengan sangat pesat.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
Ibu bapa perlu menyediakan mini perpustakaan ke rumah bagi menggalakkan anak-anak membaca.
perpustakaan mini di
perpustakaan mini ke
mini perpustakaan di
mini perpustakaan ke
Masyarakat digesa supaya membudayakan amalan kitar semula demi untuk melestarikan alam sekitar.
agar melestari alam sekitar
untuk melestarikan alam sekitar
supaya melestari alam sekitar
demi untuk melestarikan alam sekitar
Modul latihan karangan itu telah ditambah baik dari semasa ke masa oleh Cikgu Siti.
dari masa ke semasa
daripada masa ke semasa
dari semasa ke semasa
dari semasa ke masa
Rancangan hiburan yang disiarkan oleh kebanyakan stesen televisyen semakin bermutu dan selaras dengan selera penonton.
Selera penonton rancangan televisyen semakin selaras dengan mutu hiburan yang disiarkan oleh kebanyakan stesen televisyen.
Kebanyakan stesen televisyen menyiarkan rancangan hiburan yang lebih bermutu dan sesuai dengan kehendak penonton.
Penonton hendak menonton hiburan yang disiarkan oleh stesan televisyen yang bermutu dan sesuai dengan selera mereka.
Penonton hendak melihat kebanyakan stesen televisyen semakin bermutu dan menyiarkan rancangan hiburan mengikut kehendak mereka.
Matlamat Kempen Membaca tidak akan tercapai sekiranya ibu bapa atau pihak sekolah tidak menyediakan bahan bacaan yang bermutu.
Kempen Membaca oleh guru atau ibu bapa tidak akan tercapai matlamatnya jika tiada buku atau majalah yang bermutu.
Bahan bacaan yang bermutu penting untuk mencapai matlamat Kempen Membaca yang diadakan sama ada di sekolah atau di rumah.
Ibu bapa atau pihak sekolah perlu membeli bahan bacaan yang bermutu agar matlamat Kempen Membaca dapat dicapai di sekolah atau di rumah.
Pihak sekolah atau ibu bapa dapat memainkan peranan untuk mencapai matlamat Kempen Membaca dengan menyediakan bahan bacaan yang bermutu.
Tanaman tutup bumi ditanam di ladang getah dan kelapa sawit untuk mengelakkan hakisan tanah.
Hakisan tanah di ladang getah dan kelapa sawit dapat dielakkan dengan menanam tanaman tutup bumi.
Tanaman yang menutup bumi dapat mengelakkan ladang getah dan kelapa sawit daripada dihakis oleh tanah.
Untuk menutup bumi, getah dan kelapa sawit ditanam di ladang dan hakisan tanah tidak akan terjadi.
Di ladang getah dan kelapa sawit, tanaman ditanam untuk menutup bumi dan mengelakkan hakisan tanah.
I) Penerbangan ke Dubai terpaksa ditangguhkan oleh kerana cuaca buruk.
II) Ikram terkejut apabila bahunya ditepuk oleh Nathan.
III) Banyak aktiviti kokurikulum yang dapat disertai oleh murid-murid selepas tamat waktu persekolahan.
IV) Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan wau ini?
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II, dan III sahaja
II, III, dan IV sahaja
I) Cikgu Angela mengajar Lee Lian dan Ai Ling tarian tradisional masyarakat Dusun.
II) Keindahan alam semula jadi di Pulau Pangkor sungguh mendamaikan hati para pengunjung.
III) Perlawanan melukis poster itu dimenangi oleh Maisara.
IV) Tukang masak itu memasukkan cili sos ke dalam masakannya untuk menambahkan kelazatan.
I dan II sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Semua murid mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu kerana tanpa usaha yang gigih, kejayan tidak mungkin dapat dikecapi. Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa
seperti api dalam sekam.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Danial sangat gembira apabila kakaknya menghadiahkan sebuah komputer riba yang diidam-idamkan selama ini. Situasi ini sesuai dengan peribahasa
orang mengantuk disorongkan bantal.
pucuk dicita ulam mendatang.
habis madu sepah dibuang.
si buta mendapat tongkat.
