wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA SPM 2020

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Berikan peribahasa yang mempunyai maksud berikut.

'Persahabatan yang sangat karib kerana hidup saling memerlukan dan bantu-membantu'

a)

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

b)

genggam bara api, biar sampai jadi abu

c)

Menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak

d)

ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk

2.

Berikan peribahasa yang sama maksud dengan:

'setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga'

a)

Seperti duduk di dalam duri

b)

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

c)

Sirih pulang ke gagang

d)

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

3.

Pilih 2 peribahasa yang sesuai dengan maksud berikut:

'Apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu, dia pasti akan menemui cara untuk mendapatkannya.'

a)

bagaimana ditanam, begitulah ditunai

b)

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

c)

Bertanam tebu di bibir mulut

d)

genggam bara api, biar sampai jadi abu

4.

Peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak' ialah:

a)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

b)

seperti hujan jatuh ke pasir

c)

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

d)

seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung

5.

Maksud peribahasa ' seperti rusa masuk kampung' ialah

a)

Pendapat yang dikemukakan secara bertulis kadangkala lebih berbisa daripada dipotong dengan pedang.

b)

Orang yang selalu cemburu

c)

Setiap orang tidak dapat mengelak daripada membuat kesilapan

d)

tercengang-cengang kehairanan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat baharu

6.

'Nasihat yang tidak dihargai atau melakukan sesuatu kerja yang sia-sia.' ialah maksud bagi peribahasa berikut:

a)

didengar ada, dipakai tiada

b)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

c)

seperti hujan jatuh ke pasir

d)

masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri

7.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama dengan 'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama' ialah:

a)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

b)

ada udang di sebalik batu

c)

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

d)

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang jua

8.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat berikut:

'Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi musim tengkujuh.'

a)

Gagak pulang ke benua

b)

Seperti cacing kepanasan

c)

sediakan payung sebelum hujan

d)

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

9.

Rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dengan berpendapatan lumayan masih berhasrat untuk bekerja di negara sendiri.

Peribahasa yang sesuai ialah:

a)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

b)

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

c)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

d)

hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri

10.

Mei Ling: Selain itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan

kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita

lakukan itu.


Rajesh: Saya setuju dengan pendapat Mei Ling itu.

Peribahasa yang sesuai ialah:

a)

setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga

b)

seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit

c)

Malu bertanya sesat jalan

d)

belut pulang ke lumpur

11.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

'Menurut sahaja kehendak orang lain.'

a)

perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

b)

di mana ada gula di situ ada semut.

c)

seperti lembu dicucuk hidung.

d)

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

12.

Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah.

'Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya.'

a)

seperti lembu dicucuk hidung

b)

perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan

c)

di mana ada gula di situ ada semut.

d)

bagai aur dengan tebing

13.

Berikan maksud peribahasa di bawah.

'Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.'

a)

belakang parang jika diasah nescaya menjadi tajam

b)

ada beban batu digalas.

c)

kata sepakat tercapai dengan rundingan/perbincangan/mesyuarat.

d)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

14.

Tiga peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut ialah:

a)

Bagai cincin dengan permata

b)

Bagai aur dengan tebing

c)

bagai pinang dibelah dua

d)

Bagai bulan dengan matahari

15.

Dua peribahasa yang sesuai ialah:

a)

Belakang parang, kalau diasah nescaya tajam

b)

menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

c)

Rumah siap pahat berbunyi

d)

menconteng arang di muka

16.

'Seseorang yang ada ilmu jika tidak digunakan tidak akan mendatangkan faedah'

Peribahasa yang sesuai ialah...

a)

Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

b)

Anjing ditepuk menjongket ekor

c)

Ayam berinduk, sirih berjunjung

d)

Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau

17.

Maksud peribahasa 'untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan' ialah:

a)

mementingkan anak lelaki

b)

orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

c)

Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya.

d)

suami isteri yang saling mencintai

18.

'Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu'

Peribahasa yang sesuai ialah:

a)

biar mati anak, jangan mati adat

b)

yang lama dikelek, yang baharu didukung

c)

yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

d)

kacang lupakan kulit

19.

Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.

Peribahasa yang sesuai ialah:

a)

Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.

b)

Ukur baju di badan sendiri.

c)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

d)

mata pena lebih tajam daripada mata pedang

20.

Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

Peribahasa yang sesuai ialah:

a)

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

b)

Bagai tanduk diberkas.

c)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

d)

Seperti burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung.