wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SENI TEKAT

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah prinsip asas dalam seni tekat?

a)

proses menjahit manik pada semua jenis kain

b)

satu proses bersuji, menjahit menggunakan benang emas atau benang perak secara berulang-ulang menggunakan mempulur

c)

satu proses menjahit mempulur di atas kain

d)

satu proses sulaman di atas kain baldu gelap menggunakan cuban

2.

Tekat timbul benang emas juga dikenali sebagai .....

a)

tekat gubah

b)

tekat motif

c)

tekat bersuji

d)

tekat bunga raya

3.

Apakah motif seni tekat yang digunakan dalam penghasilan kipas tangan tersebut?

a)

Motif Bunga Lawang

b)

Motif Daun Asam Batu

c)

Motif Bunga Anggerik

d)

Motif Bunga Kekwa

4.

Apakah jenis motif yang digunakan dalam gambar yang ditunjukkan?

(a)  

5.

Menggunakan acuan yang diperbuat daripada kertas nipis yang ditebuk dengan motif atau reka corak.


Apakah jenis seni tekat ini?

(a)  

6.

Apakah nama proses tekatan berdasarkan gambar tersebut?

a)

Melukis motif

b)

Melakar corak

c)

Menjahit mempulur

d)

Memotong mempulur

7.

Apakah jenis alat yang digunakan dalam proses yang ditunjukkan dalam gambar?

a)

Kemanga

b)

Cuban

c)

Sangga

d)

Mempulur

8.

Yang manakah antara berikut merupakan alatan seni tekat?

a)

Cuban

b)

Pemidang kayu berkaki

c)

Benang emas atau perak

d)

Gam kanji

9.

Apakah tujuan penggunaan kain baldu berwarna gelap?

a)

Supaya hasil tekatan benang emas tahan lama.

b)

Supaya mempulur mudah dikenakan pada kain dasar.

c)

Memudahkan kerja-kerja menekat dengan benang emas.

d)

Supaya has tekatan benang emas atau perak nampak jelas dan bercahaya.

10.

Alat dan bahan ini diperlukan semasa menghasilkan tekat gubah.

a)

Manik

b)

Kain Baldu

c)

Mempulur

d)

Benang Merah

11.

Apakah nama alat dalam gambar yang ditunjukkan?

a)

Benang putih

b)

Cuban

c)

Pemidang kayu berkaki

d)

Mempulur

12.

Susun mengikut tertib yang betul untuk proses seni tekat.


I Menjahit mempulur

II Meregang kain dasar

III Menyediakan pemidang

IV Proses menekat

a)

I, II, III, IV

b)

II, III, I, IV

c)

III, I, II, IV

d)

III, II, I, IV

13.

Apakah fungsi mempulur dalam tekat timbul benang emas?

a)

Menyulam motif tekat pada kain dasar

b)

Meregang kain lapik untuk memudahkan proses menekat

c)

Mengetatkan kedudukan tekat benang emas pada mempulur

d)

Mengukuhkan dan menimbulkan motif supaya sulaman tekat kelihatan menonjol keluar daripada kain dasar

14.

Apakah bahan yang disapu pada bahagian belakang kain dasar bagi mengelakkan hasil tekat berkedut dan kurang kemas selepas siap?

a)

Gam Kayu

b)

Glu Panas

c)

Gam Kanji

d)

Pewarna

15.

Antara berikut, pilih TIGA hasil seni tekat timbul benang emas.

a)
b)
c)
d)
16.

Manakah maksud yang tepat bagi alat yang dipanggil Cuban?

a)

Alat yang digunakan untuk memasukkan benang pada jarum

b)

Alat yang digunakan untuk memotong mempulur

c)

Alat yang digunakan untuk menggulung benang

d)

Alat yang berbentuk palang atau bercabang digunakan untuk menggulung benang

17.

Istilah kemaga merujuk kepada....

a)

Kertas tebal yang dilukis dengan bentuk motif tekat

b)

Tiga keping kad manila yang dilapis dan dimampatkan untuk menghasilkan mempulur

c)

Kad manila dengan motif pelbagai flora

d)

Alat pemegang mempulur pada kain baldu

18.

Benang ijuk merujuk kepada...

a)

Serat bewarna hitam pada pangkal pelepah enau

b)

Benang emas untuk menjahit mempulur

c)

Benang putih yang digunakan untuk memlilit mempulur

d)

Benang yang digunakan dalam tekat timbul benang emas

19.

Apakah proses penyediaan mempulur berikut.....

a)

Melicinkan mempulur dengan menggunakan lilin

b)

Memotong motif mempulur

c)

Melakar dan menyurih motif pada kemaga

d)

Menjahit mempulur

20.

Berikut adalah proses menekat yang betul...

a)

Benang emas direntaskan atas mempulur, proses menekat dilakukan secara berulang, jahitan benang putih disisipkan ke bawah mempulur dan proses diulang sehingga siap.

b)

Mempulur digam di atas kain baldu, dijahit dan disilang diatas benang emas dan proses ini diulang sehingga siap.

c)

Benang putih dijahit melalui bawah mempulur sehingga proses siap.

d)

Benang sutera merah dijahit di atas motif yang digunakan sehingga siap.