NEW
Font size
WorksheetsPemahaman
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk Aedes yang menyebabkan virus demam denggi kepada manusia. Kita sering kali alpa dan memandang enteng tentang wabak denggi sehingga ada dalam kalangan ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi.
Apakah maksud rangkai kata memandang enteng?
mengambil mudah
membuat senang
menjadi remeh
melihat renyah
Acap kali kita mendengar bahawa pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian. Hal ini demrkian kerana antibodi badan mangsa sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.
Mengapakah pesakit yang mengalami demam denggi bagi kali kedua berdepan dengan risiko kematian?
Risiko kematian sentiasa ada bagi setiap pesakit yang diserang vims denggi.
Pesakit pernah menghidap demam denggi dan simptom-simptom lain.
Antibodi badan pesakit sudah lemah dan tidak mampu melawan serangan virus denggi.
Pesakit telah mengalami demam panas yang berpanjangan dan patiet darah pesakit semakin berkurangan
Demam denggi bermuia dengan pesakit mengalami demam panas diikuti dengan simptom-sinrptom lain seperti sakit kepala, sakit sendi dan sakit pada bahagian beiakang mata serta ruam merah di kulit. Apabila platlet darah pesakit demam denggi semakin berkurangan secara berterusan, tekanan darah akan menjadi rendah, denyutan nadi juga semakin laju dan akhirnya berlaku kematian.
Berikut merupakan gejala-gejala demam denggi berdasarkan petikan kecuali
ruam merah di kulit
sakit kepala
demam selesema
sakit sendi
Demi memastikan keluarga bebas daripada demam denggi, kita mestilah memastikan keselamatan di dalam rumah. Sebagai contoh, tingkap dan pintu mestilah ditutup menjelang waktu senja. Selain itu, kita juga boleh menggunakan lingkaran elektrik atau penyerap cecair bagi menghalang serangga seperti nyamuk aedes masuk ke dalam rumah.
Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan demam denggi?
menggunakan cecair anti denggi
menutup pintu dan tingkap pada waktu malam
menggunakan lingkaran elektrik
memastikan keselamatan di dalam dan di luar rumah
Berdasarkan petikan pada soalan 1 hingga 4, apakah mesej yang hendak disampaikan dalam petikan tersebut?
demam denggi boleh membawa maut
peranan keluarga penting dalam mencegah demam denggi
kesihatan amat penting untuk mengelakkan demam denggi
mencegah demam denggi lebih baik daripada merawat
kecanggihan teknologi maklumat telah mengubah landskap penyebaran maklumat secara giobal. Kewujudan media baharu seperti laman sosial Facebook, Twitter dan Youtube telah memberikan impak yang positif terhadap masyarakat global.
Berikut adalah antara platform media sosial, kecuali...
youtube
wikipedia
Rangkaian media sosial telah memberikan akses kepada semua pengguna Intemet untuk berhubung dengan lebih cepat daripada cara tradisional. Mesej penting dapat dihantar secara dalam talian pada bila-bila masa kerana sifatnya yang mudah diakses dengan kemudahan Internet. Tindakan seperti ini sekali gus dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos daripada terpaksa membuat penghantaran melalui pos.
Berikut merupakan manfaat media sosial kepada pengguna, kecuali...
pengguna dapat berhubung dengan lebih cepat
pengguna terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan kemudahan Internet
pengguna dapat menghantar mesej penting dengan mudah
pengguna dapat menjimatkan masa daripada membuat penghantaran melalui pos
Media sosial turut menjadi dasar untuk menjalankan aktiviti pemiagaan secara dalam talian. Peniaga dapat mempromosikan produk-produk melalui media sosial seperti Wechat dan Facebook. Mereka juga dapat berinteraksi dengan pelanggan secara langsung tanpa batasan masa dan geografi.
Mengapakah media sosial kini menjadi pilihan para peniaga dalam talian?
Peniaga mudah mendapat pelanggan
Peniaga dapat menjual produk sekelip mata
Peniaga tidak perlu membuat promosi untuk menjual produk
Peniaga dapat menjual produk mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
Media sosial juga digunakan sebagai medium hiburan oleh golongan remaja untuk meredakan tekanan yang dialami oleh mereka. Reka bentuk dan gaya persembahan media sosial yang interaktif membuatkan pengguna tidak mudah berasa jemu terutama golongan
remaja.
Mengapakah media sosial menjadi pilihan golongan remaja?
Media sosial menambah tekanan yang dialami remaja
Persembahan media sosial yang interaktif menjemukan remaja
Persembahan media sosial yang interaktif membosankan remaja
Media sosial mengurangkan tekanan yang dialami remaja
Berdasarkan petikan pada soalan 6 hingga 10, apakah idea utama yang dibincangkan dalam petikan tersebut?
Keburukan media sosial
Kepentingan media sosial kepada remaja
Manfaat media sosial kepada pengguna
Keajaiban media sosial
