wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji kertas kefahaman BM tahun 6

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

"Bilakah _____ akan menjalani latihan bola sepak?" tanya Akmal kepada rakan sepasukannya.

a)

kita

b)

anda

c)

kami

d)

kalian

2.

" Kamu pasti ____ menjawab semua soalan jika kamu mengulang kaji pelajaran dengan tekunnya." kata Cikgu Amri kepada murid-muridnya.

a)

pernah

b)

dapat

c)

sedang

d)

baru

3.

Mak Munah asyik berbual dengan jirannya hingga ____ nasi yang dimasaknya di atas dapur.

a)

tengik

b)

lemau

c)

hangus

d)

hangit

4.

"Pengawal, izinkan ____ masuk menghadap ______ sultan untuk melaporkan kes kecurian di pelabuhan Melaka," kata Temenggung kepada pengawal istana.

a)

patik...baginda

b)

hamba...baginda

c)

patik...tuan hamba

d)

hamba...tuan hamba

5.
a)

menerima menghadap

b)

menjunjung titah

c)

merafak sembah

d)

mencemar duli

6.

Bulu tangkis yang dipukul oleh Malek jatuh di penjuru _____.

a)

jejari

b)

kekuda

c)

tetulang

d)

gelanggang

7.

Sebagai tetamu, kita perlu menjaga ____ ketika menghadiri sesuatu majlis untuk menjamin kelancaran majlis tersebut.

a)

tatasusila

b)

tatatertib

c)

tatakerja

d)

tatacara

8.

Mazri _____ idea untuk menyiapkan karangan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayunya.

a)

kekeliruan

b)

kebuntuan

c)

keberatan

d)

kepekaan

9.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.


Beliaulah yang menjadi ____ dalam projek khidmat masyarakat itu.

a)

ulat buku

b)

puteri lilin

c)

telinga lintah

d)

tulang belakang

10.

Pak Tahir bekerja keras untuk menanggung kos pengajian anaknya di universiti.

Pilih perkataan sinonim bagi menanggung.

a)

mengatasi

b)

membiayai

c)

memenuhi

d)

merangkumi