wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BMT501 GURINDAM 12 (ULANGKAJI)

Total questions: 50

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Tema bagi Gurindam Dua Belas ialah....

a)

nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri .

b)

nasihat kepada murid agar memelihara budi pekerti.

c)

menjaga tutur kata akan mendapat banyak menfaat.

d)

menjaga kepentingan mengawal nafsu makan.

2.

Mengapa pengarang menasihati kita agar menjaga pertuturan?

a)

Supaya terhindar daripada mendengar perkara-perkara yang tidak baik.

b)

Supaya dapat memelihara imej diri

c)

Supaya tidak menggores peraaan orang lain.

d)

Supaya dapat mengawal keinginan untuk melihat perkara-perkara yang tidak baik.

3.

Berikan persoalan-persoalan yang terdapat dlam Gurindam Dua Belas.

a)

Persoalan kepentingan mengawal nafsu makan

b)

Persoalan kepentingan memelihara pendengaran.

c)

Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.

d)

Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.

4.

Mengapakah kita harus berfikiran rasional dalam setiap tindakan?

a)

Agar tidak timbul penyesalan pada kemudian hari.

b)

Agar terhindar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.

c)

Agar boleh menyebabkan kita menjadi malas.

d)

Agar dapat mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan.

5.

Pengarang menggalakkan kita mengamalkan sikap bersederhana dalam mengambil makanan...mengapa?

a)

Kerana makan banyak akan menyebabkan kita menjadi malas.

b)

Kerana akan dapat mengawal nafsu makan.

c)

Kerana dapat mengelakkan pembaziran.

d)

Kerana akan dapat merasai bagaimana kehidupan orang yang tidak mendapat makanan.

6.

Nilai-nilai yang terdapat dalam Gurindam Dua Belas ialah....

a)

kebijaksanaan

b)

kesabaran

c)

kesederhanaan

d)

berbudi bahasa

7.

Perut yang sentiasa dipenuhi dengan makanan akan membawa kepada munculnya kelakuan yang kurang baik. Mengapa?

a)

Akan menjadikan kita malas

b)

Akan menjadikan kita sakit perut.

c)

akan menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik

d)

Akan menyebabkan obesiti.

8.

Apakah maksud rangkap 7?

a)

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

b)

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

c)

Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang dilarang

d)

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

9.

Pengarang menasihati agar menjaga tangan....Mengapa?

a)

Elak bersikap panjang tangan

b)

Elak mengambil barang bukan hak.

c)

Elak melakukan perkara yang berfaedah.

d)

Elak menerima rasuah

10.

Kesemua adalah anggota diri yang disebut dalam Gurindam Dua Belas KECUALI...

a)

Tangan

b)

Kaki

c)

Kepala

d)

Perut

11.

Apakah maksud bagi rangkap ke-5?

a)

Manusia suka mengikut hawa nafsu tanpa hirau kesannya.

b)

Amar Maarof Nahi Mungkar

c)

Mengawal nafsu boleh hindar melakukan perkara terlarang

d)

Pentingnya pelihara anggota diri.

12.

Jadilah seorang yang (a)   apabila menuturkan kata-kata

13.

Antara pengajaran yang ada dalam gurindam adalah

a)

Jangan mengikut hawa nafsu ketika makan agar tidak membawa kemudaratan.

b)

Kita hendaklah sayang akan anggota diri.

c)

Kita mestilah rajin dalam memelihara anggota diri

14.

Apabila terpelihara lidah
nescaya dapat daripadanya faedah

Berdasarkan foto filem Hang Jebat, Hang Jebat terbunuh  akibat fitnah,  nilai yang cuba dibawa oleh penyajak ialah

a)

berhati-hati

b)

berterus-terang

c)

keyakinan bertutur

d)

jujur

15.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.


berdasarkan rangkap 4 dalam gurindam 12 fasal ketiga , apakah nilai yang terdapat dalam maksud rangkap tersebut ?

a)

berbudi bahasa

b)

kasih sayang

c)

kejujuran

d)

keyakinan

16.

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap 1 gurindam 12 fasal ketiga?

a)

kita hendaklah menjaga pergaulan agar tidak terjebak dengan gejala sosial

b)

kita hendaklah menjaga mata agar tidak melakukan perkara yang tidak baik

c)

kita hendaklah menjaga pertuturan agar disukai ramai

d)

kita hendaklah menjaga pendengaran agar tidak salah dengar

17.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap 3 gurindam 12 fasal ketiga?

a)

kita hendaklah menjaga pertuturan agar tidak berlaku sengketa

b)

kita hendaklah menjaga pendengaran agar tidak dimarah

c)

kita hendaklah menjaga pergaulan agar disukai ramai

d)

kita hendaklah berkasih sayang agar dirahmati allah

18.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap 5 gurindam 12 fasal ketiga?

a)

kita hendaklah berbudi bahasa agar disukai mayarakat

b)

kita hendaklah menjaga kelakuan agar disukai ramai

c)

kita hendaklah menjaga mulut agar tidak bergaduh

d)

kita hendaklah berhenti sebelum kenyang supaya tidak melakukan perbuatan negatif.

19.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap 7 gurindam 12 fasal ketiga?

a)

kita hendaklah bersederhana agar tidak merana

b)

kita hendaklah menjaga pertuturan agar tidak bergaduh

c)

kita hendaklah menjaga perlakuan agar tidak pergi ke tempat yang berfaedah

d)

kita hendaklah bijaksana dalam sesuatu perkara

20.

Apakah tema dalam gurindam ini??

a)

Nasihat kepada murid agar menjaga diri dan berbudi pekerti

b)

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

c)

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.

d)

Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

21.

Mengapakah kita harus menjaga penglihatan kita?

a)

supaya kita dapat mengelak mata daripada buta

b)

supaya kita dapat mengawal nafsu

c)

supaya kita dapat mengelakkan mata daripada rabun

d)

supaya mata tidak sakit

22.

Berikut merupakan khabar yang harus kita elakkan daripada dengar kecuali

a)

khabar angin

b)

khabar berita

c)

gosip

d)

fitnah

23.

Berikut merupakan kesan jika seseorang menjaga pertuturan kecuali

a)

dia akan dihormati

b)

dapat mengelak diri daripada menyinggung perasaan orang lain

c)

dapat mengelakkan diri daripada bertengkar dengan orang lain

d)

dapat mengelakkan diri daripada tersilap kata

24.

Dalam rangkap empat, apakah yang dimaksudkan dengan memelihara tangan daripada segala berat dan ringan

a)

harus bekerja keras

b)

harus rajin mencari rezeki

c)

mengelakkan diri daripada mencuri

d)

mengelakkan diri daripada membunuh

25.

Berikut merupakan kesan jika kita makan terlalu kenyang kecuali

a)

kita akan sendawa

b)

kita akan berasa senak

c)

berat badan akan meningkat

d)

kita akan gembira

26.

Di manakah anggota tengah manusia?

a)

jantung

b)

buah pinggang

c)

hati

d)

paru-paru

27.

Berikut merupakan perkara perlu kita awasi agar tidak hilang pertimbangan kecuali

a)

perasaan dengki

b)

perasaan marah

c)

perasaan kurang sabar

d)

perasaan gembira

28.

Berdasarkan rangkap keenam, berikut merupakan tempat-tempat yang tidak harus kita kunjungi kecuali

a)

sekolah

b)

disko

c)

pub

d)

kasino

29.

Gurindam di atas menerangkan kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-perkara negatif.


Berikut merupakan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif kecuali

a)

Mempelajari/ menuntut ilmu terutamanya ilmu agama

b)

Bercampur gaul dengan orang/ rakan yang baik

c)

Melakukan aktiviti yang berfaedah pada waktu lapang

d)

Sentiasa merehatkan minda

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh”?

a)

Apabila kenyang, mudah untuk melakukan kemungkaran.

b)

Ketika lapar semua makanan yang dilihat sangat menyelerakan.

c)

Apabila kenyang,mengeluarkan angin yang berlebihan dari badan tanpa kawalan.

d)

Ketika lapar perut akan berbunyi minta untuk diisi.

31.

Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran. Mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?

a)

Agar kotoran tidak terkumpul terlalu banyak dalam telinga.

b)

Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti.

c)

Agar virus yang sukar dilihat dapat dihindari dari badan.

d)

Supaya diri menjadi tumpuan individu yang suka menyampaikan khabar angin

32.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas.

a)

Disamping menjaga kebersihan mulut,kita juga perlu menjaga kebersihan lidah supaya sentiasa bersih.

b)

Lidah dikurniakan untuk merasa makanan dan membolehkan tutur kata dilafazkan dengan lancar.

c)

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat

d)

Semua agama mengajar penganutnya menghormati orang yang lebih tua.

33.

Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar

menjaga tutur kata. Apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar

menuturkan kata-kata negatif?

a)

Tidak digemari rakan yang rosak akhlak

b)

Tidak memutuskan rangkaian sosial

c)

Tidak berlaku kehilangan sahabat

d)

Tidak akan dipercayai

34.

Kemunculan media sosial seperti whatsapp, instagram, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya terutamanya ketika penularan virus COVID-19 yang menular di serata dunia .Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya menerima sesuatu berita yang diragui kebenarannya?

a)

Mengabaikan berita tersebut.

b)

Berkongsi berita tersebut dengan masyarakat.

c)

Menulis berita yang sebenar kepada semua rakan.

d)

Melaporkan berita tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

35.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas.

a)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang kotor mengelakkan penyakit berjangkit.

b)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat aktiviti keagamaan.

c)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorong kepada maksiat.

d)

Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang sunyi dan gelap takut diragut dan dirompak.

36.

Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.Bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan negatif?

a)

Melancong ke luar negara

b)

Mendalami ilmu agama

c)

Berkumpul dengan rakan sebaya

d)

Mengemaskini media sosial setiap masa

37.

"Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh"

Kenapakah perlu mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?

a)

Mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya.

b)

Menjadikan tumbesaran badan terbantut

c)

Memutuskan rangkaian jangkitan

d)

Minda lebih cergas

38.

Apakah tema yang terungkap dalam gurindam ini?

a)

Nasihat menghormati kedua ibu bapa.

b)

Nasihat memelihara anggota diri.

c)

Nasihat menjaga keamanan.

d)

Nasihat menjaga maruah.

39.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap 5 gurindam 12 fasal ketiga?

a)

kita hendaklah berbudi bahasa agar disukai mayarakat

b)

kita hendaklah menjaga kelakuan agar disukai ramai

c)

kita hendaklah menjaga mulut agar tidak bergaduh

d)

kita hendaklah berhenti sebelum kenyang supaya tidak melakukan perbuatan negatif.

40.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.


Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap 7 gurindam 12 fasal ketiga?

a)

kita hendaklah bersederhana agar tidak merana

b)

kita hendaklah menjaga pertuturan agar tidak bergaduh

c)

kita hendaklah menjaga perlakuan agar tidak pergi ke tempat yang berfaedah

d)

kita hendaklah bijaksana dalam sesuatu perkara

41.

Berikut merupakan bentuk gurindam 12 kecuali?

a)

7 rangkap

b)

Setiap rangkap mengandungi 2 baris

c)

Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata

d)

Jumlah perkataan antara 2 hingga 10 perkataan

42.

Seorang rakan anda mengalami musibah apabila rumahnya ditenggelami banjir. Sebagai seorang rakan yang prihati, apakah bentuk-bentuk pertolongan yang boleh anda hulurkan kepadanya? (3 markah)

4 lines
43.

Peribahasa "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa", menuntut kita agar menjaga tutur kata. Kesan buruk jika kita gemar menuturkan kata-kata kesat

a)

tidak akan dipercayai

b)

kehilangan rakan

c)

dijadikan pemimpin

d)

yang palsu jadi benar

44.

Tindakan yang anda ambil jika menerima berita yang diragui kebenarannya (tulis jawapan 1 hingga 3 patah kata)

(a)  

45.

Mata harus dipelihara agar tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh Tuhan. Persoalan ini berkenaan manfaat memelihara

a)

telinga

b)

tutur kata

c)

mata

46.

Hendaklah sentiasa bersederhana ketika memperoleh rezeki. Nilai yang cuba disampaikan ialah

(a)  

47.

"Keluarlah fiil yang tidak senonoh" bermaksud

a)

terbit perangai yang disukai awam

b)

terlihat tingkah laku yang menyenangkan mata memandang

c)

terpapar tata kelaku yang selaras dengan budaya timur

d)

muncul kelakuan yang tidak sopan

48.

Penulis mengingatkan umum agar menjaga pendengaran supaya.....

a)

terhindar daripada sesuatu yang pasti

b)

perselisihan faham dapat dielakkan

c)

deria telinga tahan lebih lama

d)

mudah menyampaikan berita kepada orang lain

49.

Kita disarankan agar mengambil berat tentang penjagaan makanan supaya .....

a)

menjimatkan kos makan

b)

membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan kesihatan dalam pembentangan bajet

c)

minda kita lebih cerdas

d)

"founder" produk kesihatan gulung tikar

50.

Seseorang itu perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak manfaat. Nilai yang cuba disampaikan oleh penyajak ialah....................

a)

kebijaksanaan

b)

berbudi bahasa

c)

kesederhanaan

d)

kesabaran