wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

USRAH TKRSM TAHUN 6

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud bersyukur kepada Allah ?

a)

Berserah kepada Allah setelah berusaha dan berdoa.

b)

Berterima kasih kepada Allah di atas segala nikmat yang diberikan.

c)

Cinta kepada Allah mengasihi dan beramal dengan perkara yang disukai Allah.

d)

Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengingati-Nya dan sentiasa merasa diawasi-Nya.

2.

Bagaimanakah cara untuk bermuraqabah kepada Allah ?

a)

Selalu ingatkan Allah S.W.T.

b)

Tidak memandang dengan nikmat-nikmat dunia.

c)

Menguatkan semangat dan menerima takdir Allah S.W.T

d)

Berjanji dengan Allah untuk meninggalkan perbuatan dosa.

3.

Antara berikut ialah cara-cara meminta ampun dan taubat kepada Allah S.W.T.


I. Menyesal perbuatan dosa yang dilakukan

II. Memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh

III. Berazam kuat untuk meninggalkan perbuatan dosa itu dan tidak mengulanginya.

IV. Jika kesalahan berkaitan dengan manusia hendaklah memohon kemaafan daripada orang tersebut.

a)

I , II , III , dan IV

b)

I, III, dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

I dan II sahaja

4.

Antara yang berikut adalah perkara-perkara yang berkenaan dengan tawadhu’ kecuali

a)

Tiada perbezaan antara kaya dan miskin.

b)

Menerima setiap yang berlaku ada hikmahnya atau pengajaran di sebaliknya.

c)

Tawadhu’ bermaksud merendah diri terhadap apa yang dikurniakan Allah.

d)

Apa yang diberi oleh Allah adalah pinjaman sahaja oleh itu tidak boleh merasa bangga bagi yang kaya dan merasa rendah diri bagi yang miskin.

5.

Mengapakah kita perlu bertaubat kepada Allah S.W.T ?

a)

Allah memberi nikmat kepada kita.

b)

Semua yang ada pada kita hanya pinjaman.

c)

Sebagai manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan mahupun dosa.

d)

Jangan mudah bersangka buruk dengan Allah.

6.

Antara perbuatan yang menandakan kita sentiasa ________________ Allah ialah berzikir. Berzikir boleh menenangkan __________________.

a)

mengingati ... hati

b)

takut ... kehidupan

c)

khuatir ... perasaan

7.

Orang yang _______________ kepada Allah memandang ganjaran di akhirat adalah lebih utama daripada ____________________ dunia.

a)

cinta ... ganjaran

b)

ingkar ... habuan

c)

kufur ... bertawakal

8.

Dosa ialah perkara atau amalan yang ________________ dengan syariat Allah sama ada terkesan di hati ataupun tidak.

a)

disuruh

b)

diganjari

c)

bertentangan

9.

Sentiasa merasai _________________ dua malaikat yang __________________ kebaikan dan keburukan dalam setiap detik kehidupan.

a)

ketiadaan ... merekod

b)

kehadiran ... mencatatkan

c)

ketenangan ... mengosongkan

10.

___________________ ialah reda dengan ujian kerana sudah pasti ada hikmahnya disebaliknya.

a)

Berbaik sangka

b)

Pemurah

c)

Tawaduk