wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM Semester 3 - Laras Bahasa

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Laras bahasa ialah

a)

ciri penggunaan bahasa mengikut konteks budaya

b)

ciri penggunaan bahasa berdasarkan makna

c)

ciri penggunaan bahasa mengikut bidang

d)

ciri penggunaan bahasa mengikut tempat

2.

Laras bahasa sesuatu wacana dapat dikenal pasti daripada

a)

penggunaan istilah

b)

penggunaan kata panggilan

c)

penggunaan gaya pengucapan

d)

penggunaan bentuk yang tidak seragam

3.
  • Maklumat tersusun, jelas, dan eksplisit
  • Menggunakan graf, carta, dan jadual


Perkara-perkara di atas berkaitan dengan laras

a)

undang-undang

b)

ekonomi

c)

sains

d)

iklan

4.
  • Wujud pentafsiran
  • Banyak istilah daripada bahasa asing


Hal-hal di atas ada kaitannya dengan laras


I -- agama

II -- sastera

III -- ekonomi

IV -- undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Penerbangan tambah murah terbaik di dunia. Kepuasan anda merupakan komitmen kami.


Penyataan di atas merupakan contoh

a)

laras bahasa iklan

b)

laras bahasa sains

c)

laras bahasa sastera

d)

laras bahasa ekonomi

6.

Yang manakah ciri laras sains?

a)

Kurang mementingkan ketepatan bahasa

b)

Mengutamakan keobjektifan, kejelasan dan kepersisan

c)

Maklumatnya disampaikan secara tersusun, jelas, dan tersurat

d)

Banyak menggunakan kata nama, dan kurang menggunakan kata adjektif

7.

Yang manakah BUKAN contoh laras bahasa iklan?

a)

Century kini lebih berkuasa.

b)

Kami menentukan mutu, anda menentukan gaya.

c)

UNIMAS akan mengambil lebih ramai pensyarah baharu.

d)

Untuk rupa yang segak, sealiran dengan dekad 90-an, tirulah saya.

8.

Sejurus selepas itu, Volvo merah keluar dari pekarangan rumah besar itu dengan angkuhnya. Enjin yang keras meraung-raung memecahkan kesunyian malam yang baru bermula.


Wacana di atas merupakan penggunaan laras

a)

sains

b)

agama

c)

sastera

d)

ekonomi

9.

Yang manakah perbezaan antara laras bahasa agama dengan laras bahasa undang-undang?

a)

Menjelaskan hukum

b)

Banyak kata pinjaman

c)

Mementingkan pembuktian

d)

Menekankan hal pengajaran atau nasihat

10.
  • Menggunakan istilah teknikal
  • Disampaikan secara formal dan objektif
  • Memperlihatkan keintelektualan


Ciri-ciri di atas memperlihatkan laras bahasa

a)

sastera

b)

ekonomi

c)

akademik

d)

media massa

11.

Ciri-ciri laras bahasa ialah


I -- menggunakan istilah khusus

II -- berbeza mengikut tajuk bidang

III -- memperlihatkan kelainan binaan ayat

IV -- menerapkan gaya pengucapan tertentu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Ciri utama laras resipi adalah seperti yang berikut, KECUALI

a)

banyak menggunakan kata nama

b)

mengandungi arahan atau perintah

c)

menggunakan graf, jadual, dan statistik

d)

mementingkan kesan emotif kepada khalayak

13.

Persamaan antara laras bahasa iklan dengan laras bahasa sastera kreatif terletak pada

a)

unsur mempengaruhi audiens

b)

pentafsiran tentang ayat yang digunakan

c)

tidak mementingkan ketepatan tatabahasa

d)

memberikan pengajaran kepada pengguna

14.

Yang manakah ciri laras sukan?

a)

Mengutamakan kesan emotif kepada khalayak

b)

Menggunakan kosa kata yang puitis

c)

Mementingkan penyusunan ayat

d)

Menitikberatkan aspek nahu

15.
  • alibi
  • habeas corpus


Istilah-istilah di atas melambangkan penggunaan laras

a)

undang-undang

b)

teknologi

c)

ekonomi

d)

sains