wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hebat 2 Tatabahasa PT3

Total questions: 16

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

Kerja-kerja membaiki jambatan yang runtuh itu diketuai oleh seorang _________ perunding sebuah syarikat kontraktor.

a)

jurutera

b)

jurureka

c)

jurubatu

d)

jurumudi

2.

Gunung berapi itu dijangka akan meletus pada ____________ masa sahaja kerana gunung itu sedang mengeluarkan debu yang sangat panas.

a)

tiba-tiba

b)

bila-bila

c)

siapa-siapa

d)

mana-mana

3.

Ketua pasukan bola sepak itu sedang ______________ piala yang menjadi rebutan semua pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu.

a)

memikul

b)

menatang

c)

menjulang

d)

menjunjung

4.

Apabila diminta untuk memberikan pandangannya ___________ kenaikan harga barang, gadis itu mengemukakan hujah yang bernas.

a)

akan

b)

dalam

c)

kepada

d)

tentang

5.

Beberapa orang doktor sedang melakukan _____________ untuk mengetahui punca kematian mangsa kemalangan jalan raya itu.

a)

uji kaji

b)

soal selidik

c)

bedah siasat

d)

imbas kembali

6.

Pendapatan yang diperoleh (A) daripada penjualan (B) kelapa itu diberikan (C) oleh Pak Mamat kepada isterinya. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

7.

Tembakan (A) yang dilepaskan oleh pemburu (B) itu tersisih (C) daripada sasaran. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

8.

Hadiah yang amat berharga (A) itu adalah bagi (B) ibu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang kelima puluh (C) kelmarin. Tiada kesalahan (D)

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

9.

Jumlah peserta yang mengambil (A) bahagian dalam acara olahraga (B) itu ialah (C) lapan orang sahaja. Tiada kesalahan (D).

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Kek yang segar di atas meja itu dibuat oleh emak.

b)

Kata-kata peransang daripada ayah masih segar dalam ingatan saya

11.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

a)

Abang gemar memancing ikan pada masa senang terutamanya pada hujung minggu.

b)

Saya tidak senang akan sikapnya yang suka bercakap besar.

12.

Kita tidak wajar memperkecilkan kebolehan orang lain kerana masing-masing ada kelebihannya.

a)

memperkecil kebolehan

b)

memperkecilkan akan kebolehan

c)

memperkecil-kecil akan kebolehan

d)

Tiada kesalahan

13.

Pandangan Tuk Hashim semakin kabur dari masa ke semasa seiring dengan peningkatan usianya.

a)

dari masa ke masa

b)

daripada masa ke semasa

c)

daripada semasa ke semasa

d)

Tiada kesalahan

14.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kedua orang yang dituduh telah mencuri motosikal di kawasan itu juga dipercayai warga asing.

b)

Sejak pagi tadi penduduk di Kampung Pengkalan Raja terputus bekalan air.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kecetekan ilmu pengetahuan dapat diatasi dengan pembacaan bahan-bahan ilmiah.

b)

Kain sutera itu mahal harganya kerana ianya diimport dari China.

16.

Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai.


[ seperti katak di bawah tempurung ]

a)

hanya mengetahui suatu perkara

b)

mempunyai pengetahuan yang sedikit

c)

menyembunyikan pengetahuan yang dimiliki

d)

mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu perkara