Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TINGKATAN 1
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu
menyerahkan
mengurniakan
menyampaikan
menganugerahkan
________ universiti itu perlu mendaftar atas talian untuk kertas peperiksaan yang ingin diduduki oleh mereka
setiap orang pelajar
setiap-tiap pelajar
Tiap-tiap pelajar
Tiap pelajar
Suasana malam di tepi pantai itu sungguh indah kerana _______ di langit ________.
bintang-bintang...berkerdipan
bintang-bintang...kerdip
bintang...berkedip
bintang...kerdip
Doktor Tania mengesahkan bahawa pesakit itu menghidap penyakit tibi hasil _______ pemeriksaan yang telah dilakukannya.
dari
setelah
daripada
selepas
Joseph dan rakan-rakannya menggantung beberapa _____mercun di sepanjang jalan untuk dibakar pada malam tahun baharu nanti
untai
rawan
pucuk
papan
"Pihak kerajaan akan menyediakan pelbagai kemudahan asas di taman perumahan ini untuk ______ penduduk,"kata wakil rakyat itu.
keselesaan
kemesraan
kebahagiaan
keharmonian
Sultan Perak mencemar duli bersama-sama permaisuri _______ ke kawasan pedalaman untuk melihat kehidupan rakyat.
baginda
tuanku
patik
beta
Penunggang motosikal itu disaman oleh polis dalam suatu ____ jalan raya kerana tidak mempunyai lesen memandu.
hentian
sekatan
tahanan
halangan
Pak Salleh berasa sedih kerana sebahagian daripada tanaman pisang di kebunnya telah ______ oleh monyet liar.
dimusnahkan
dihancurkan
dihapuskan
dilupuskan
Badan kakak yang berisi semakin ______ sejak berjoging dan melakukan senaman.
kecil
susut
surut
kering
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai
membaca jambatan ilmu
semakin membaca bertambah ilmu didada
ilmu pelita hati
sikit-sikit lama- lama jadi bukit
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar bersiri tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
bersatu teguh bercerai roboh
usaha tangga kejayaan
di mana ada kemahuan, disitu ada jalan
bersatu padu usaha jaya
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
muafakat membawa berkat
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
usaha tangga kejayaan
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat
bersukan pasti menyihatkan tubuh badan
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
bermandi peluh
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
seperti kucing dengan anjing
bagai mencurah air ke daun keladi
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya
bagai kerbau terkejut oleh gong
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
mulut becok
mulut murai
mulut bocor
mulut satu lidah bertopang
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
air dicencang tidak akan putus
carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum jua
bagai mencurai air ke daun keladi
kasih ibu membawa ke syurga
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
bukit sama didaki,lurah sama dituruni
bersatu bertambah mutu
seperti gula dengan semut
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda,kita perlulah berhati-hati semasa mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya
barang yang dikata,itulah kota
baru bertatih sudah hendak berlari
bayang disangka tubuh
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.
seperti pahat dengan penukul
bagai itik pulang petang
banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya
bapa borek anak rintik
