wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU T2: LATIHAN PENGUKUHAN TATABAHASA 1

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Persembahan Falvin yang __________ mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton.

a)

menarik

b)

bertenaga

c)

mempersona

d)

bersemangat

2.

Sherly sangat terkejut mendengar berita kemalangan yang menimpa suaminya sehingga tiada ___________ perkataan pun yang terluah daripada mulutnya.

a)

sebaris

b)

sepatah

c)

sepucuk

d)

sepotong

3.

Ilham untuk penulisan novelnya __________ secara tiba-tiba apabila dia terjaga daripada tidur pada waktu malam.

a)

terbit

b)

datang

c)

pulang

d)

terpacul

4.

__________ iban pada zaman dahulu sanggup menggadaikan nyawa mereka daripada menyerah kalah kepada pihak musuh demi mempertahankan negara.

a)

Perwira

b)

Seniman

c)

Pendekar

d)

Pahlawan

5.

Semangat__________ dan persaudaraan perlu dipupuk tanpa mengira kaum dan bangsa.

a)

toleransi

b)

perpaduan

c)

persefahaman

d)

perkauman

6.

Lister cuba mententeramkan perasaan isterinya yang sedang __________.

a)

bersedih

b)

kesedihan

c)

disedihkan

d)

menyedihkan

7.

Jinny membuat laporan polis setelah beberapa kali __________ oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

a)

diminta

b)

disuruh

c)

diugut

d)

diarah

8.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Pandangannya yang tajam menakutkan saya.

II Atuk selalu mengasah parangnya agar tajam.

III Perkataan yang tajam itu telah mengguris hati saya.

IV Kritikan pengarang tentang penulisan buku itu sungguh tajam.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV sahaja

9.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Pengarah urusan itu telah menolak cadangan

timbalannya.

II Bayi dalam kandungan itu menolak perut ibunya.

III Kami akan menolak ke Tapah pada pagi esok.

IV Fahmi menolak kotak itu ke tepi dinding.

a)

I dan IV

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV sahaja

10.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


I Bunga yang kembang pada pagi itu amat cantik.

II Akibat makan terlalu banyak, badan Sabariah menjadi kembang.

III Span yang direndamkan di dalam air akan menjadi kembang.

IV Kembang hati Mala apabila semua orang memuji kekacakan suaminya.

a)

I, II dan III sahaja

b)

I, III dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

11.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.


Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan ialah…

a)

bunga disunting, perdu dibuang.

b)

pipit hendak menjadi enggang.

c)

bagai pinang di belah dua.

d)

seperti lembu dicucuk hidung.

12.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.


Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali

a)

seperti kacang lupakan kulit.

b)

seperti tikus jatuh ke beras.

c)

habis madu sepah dibuang.

d)

seperti ulat lupakan daun.

13.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.


Air dicencang tidak akan putus. Carik- carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Peribahasa ini bermaksud

a)

sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan.

b)

melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

c)

berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

d)

melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri sahaja.

14.

Tuliskan kesalahan ejaan pada ruangan jawapan yang disediakan.


Badan kita memerlukan istirehat yang cukup untuk kecerdasan minda dan kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian.

(a)  

15.

Tuliskan kesalahan ejaan pada ruangan jawapan yang disediakan.


Pengambilan makanan yang berlemak perlu dikurangkan supaya kandungan kolestrol dapat dikurangkan.

(a)