wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab Haba Tingkatan Dua

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Haba ialah suatu bentuk tenaga.Apakah unit S.I untuk tenaga?

a)

Joule

b)

Darjah Celcius

c)

Kilometer

d)

Ampere

2.

Unit S.I bagi suhu adalah Kelvin, K. Walau bagaimanapun, unit suhu yang biasa digunakan adalah darjah celcius,ºC.

Apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu?

a)

Stetoskop

b)

Voltmeter

c)

Termometer

d)

PH,meter

3.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan pengaliran haba.

a)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu rendah ke kawasan yang bersuhu tinggi

b)

Haba adalah suatu bentuk tenaga yang mengalir daripada kawasan bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah.

4.

Haba boleh mengalir melalui beberapa kaedah atau keadaan iaitu konduksi, perolakan dan sinaran. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.


i. Kaedah- konduksi, Medium- pepejal

ii. Kaedah- perolakan, Medium- bendalir

iii. Kaedah- sinaran, Medium- vakuum (tanpa medium)

iv. Kaedah- perolakan, Medium- pepejal

a)

A. i, ii dan iii

b)

B. i, iii dan iv

c)

C. i, ii dan iv

d)

D. ii, iii dan iv

5.

Ali menjerit kerana terkejut sebaik sahaja tangannya tersentuh cerek panas. Bagaimanakah cara atau kaedah pengaliran haba dari cerek yang panas ke tangan Ali?

a)

Konduksi

b)

Perolakan

c)

Sinaran

6.

Emak memasak sup ayam di dapur. Selepas beberapa minit, sup mula mendidih. Kelihatan ketulan-ketulan ayam di dalam periuk itu saling tenggelam dan timbul. Sehinggalah semua ketulan ayam kelihatan terapung setelah dimasak selama 20 minit. Apakah kaedah pengaliran haba yang berlaku di dalam periuk itu berlaku sehingga membolehkan semua ketulan ayam empuk dan sedia untuk dimakan?

a)

Sinaran

b)

Perolakan

c)

Konduksi

7.

Ahmad diminta untuk mengangkat pakaian dari ampaian oleh ibunya. Cahaya matahari sepanjang hari telah mengeringkan semua pakaian yang dijemur. Pilih padanan cara pengaliran haba dan medium yang betul.

a)

A. Kaedah- sinaran,

Medium- pepejal

b)

B. Kaedah- sinaran,

Medium- vakuum (tanpa medium)

c)

C. Kaedah- Perolakan,

Medium- bendalir

d)

D. Kaedah- Konduksi,

Medium- pepejal

8.

Situasi yang manakah melibatkan perolakan haba?

a)

Meleburkan logam di dalam relau

b)

Mendidih air di dalam cerek

c)

membentuk titisan embun di atas sehelai daun

d)

Memanaskan badan di hadapan pendiang

9.

Rajah menunjukkan Anas memanaskan air di dalam periuk di atas unggun api. Apakah cara pengaliran haba yang diwakili oleh Y dan Z?

a)

Y: konduksi, Z: sinaran

b)

Y: Konduksi, Z: perolakan

c)

Y: sinaran, Z: konduksi

d)

Y: perolakan, Z: konduksi

10.

Permukaan yang manakah adalah pemantul haba yang terbaik?

a)

merah

b)

putih

c)

hitam

d)

kelabu

11.

Yang manakah merupakan aplikasi prinsip penyerapan dan pembebasan haba?Pilih 2

a)

pakaian bomba

b)

termometer makmal

c)

seterika elektrik

d)

kelalang termos

12.

Pilih pernyataan yang betul berkaitan pengaliran haba.

a)

Ais disaluti habuk gergaji untuk menghalang haba daripada mencairkan ais dengan cepat

b)

Konduktor haba digunakan untuk menghalang haba daripada keluar atau memasuki sesuatu bahan

13.

Rajah di atas menunjukkan sebuah iglu. Mengapakah Eskimo tinggal di dalam iglu yang diperbuat daripada ais?

a)

Ais merupakan penebat haba yang baik.

b)

Ais menghalang kehangatan di dalam iglu keluar ke udara luar.

c)

Ais merupakan konduktor haba yang baik.

14.

Rajah menunjukkan sebuah bikar yang mengandungi hablur manganat (VIII) dipanaskan menggunakan penunu Bunsen.Selepas beberapa lama, air di dalam bikar bertukar menjadi ungu. Mengapa?

a)

Apabila dipanaskan bendalir mengembang dan menjadi kurang tumpat.

b)

Apabila dipanaskan bendalir mengecut dan menjadi lebih tumpat.

15.

Pilih pernyataan yang benar.

a)

Perolakan ialah proses pengaliran haba melalui ruang udara tanpa medium

b)

Apabila gas dipanaskan arus perolakan terbentuk

c)

Air yang panas lebih tumpat dan turun ke bawah membentuk arus perolakan.

16.

Berikan dua contoh aplikasi yang memindahkan haba melalui arus perolakan.

a)

Cerek elektrik

b)

Peti sejuk

c)

Merkuri dalam termometer

d)

Pemanasan bumi oleh Matahari

17.

Rajah di atas menunjukkan perubahan fizikal bagi air. Nyatakan proses yang menyerap haba.

a)

Pendidihan

b)

Peleburan

c)

Kondensasi

d)

Pembekuan

18.

Rajah di atas menunjukkan sebuah teko yang berwarna putih. Mengapakah teko dibuat daripada warna putih?

a)

Mengurangkan kehilangan haba.

b)

Warna putih merupakan penyerap haba yang baik.

c)

Air di dalam teko akan tahan panas lebih lama.

d)

Haba dapat menyerap masuk ke dalam teko dengan cepat

19.

Rajah ini menunjukkan kabel elektrik. Apakah yang terjadi kepada kabel elektrik pada cuaca sejuk?

a)

Kabel elektrik akan meregang.

b)

Kabel elektrik mengembang apabila disejukkan

c)

Kabel elektrik mengecut apabila sejuk.

d)

Kabel elektrik menjadi lebih longgar

20.

Rajah di atas menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji pemindahan haba. Susun rod berdasarkan kekonduksian haba dalam urutan menaik.

a)

Kaca, Besi, Aluminium,Kuprum

b)

Kuprum, Aluminium, Kaca, Besi

c)

Kaca, Aluminium, Kuprum, Besi

d)

Kaca, Besi, Kuprum, Aluminium