Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

UJIAN PSV TING 3

Total questions: 50

Worksheet time: 37mins

Name
Class
Date
1.

Apakah definisi pakaian dari segi aspek budaya?

a)

pakaian dikaitkan dari segi aspek agama dan kepercayaan

b)

pakaian dikaitkan dengan upacara dan adat istiadat.

c)

pakaian dikaitkan dari segi perayaan sesuatu kaum

d)

pakaian dikaitkan dari segi kenegerian

2.

Apakah jenis pakaian yang digayakan dengan perhiasan diri berdasarkan foto 1?

a)

Baju Kebaya

b)

Baju Riau Pahang

c)

Baju Kurung Kedah

d)

Baju Kurung Teluk Belanga

3.

Apakah jenis perhiasan berdasarkan foto 2 ?

a)

Dokoh

b)

Sugu Tinggi

c)

Pemanis Dahi

d)

Cucuk Sanggul

4.

Antara berikut yang manakah merupakan perhiasan kepala bagi lelaki etnik Kadazan ?

a)

Sia

b)

Sigal

c)

Siung

d)

Ketapu

5.

Padanan yang manakah tepat bagi pakaian tradisional lelaki dan wanita mengikut kaum dan etnik?

I. Doti - Sari

II. Gagung - Sia

III. Ketapu - Siung

IV. Samhu - Ceongsam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Sejarah membuktikan bahawa lukisan bermula pada dinding-dinding gua.

a)

Betul

b)

Salah

7.

Media yang digunakan untuk lukisan ialah

a)

pensel, marker, pen, charcoal, pastel

b)

pensel, marker, pen, charcoal, buncho

c)

marker, pen, pensel, akrilik, buncho

d)

akrilik, buncho, cat air, pensel

8.

Media yang tertua sekali digunakan dalam lukisan ialah

a)

Arang

b)

Pastel

c)

Kapur

d)

Pensil

9.

Motif lukisan di dinding - dinding gua berkisar pada kehidupan seharian dan .....

a)

aktiviti manusia

b)

pengembaraan manusia

c)

penjelajahan manusia

d)

bercucuk tanam

10.

Perkembangan sejarah seni lukis tempatan pascamerdeka bermula pada era ____________

a)

1940-an

b)

1950-an

c)

1960-an

d)

1970-an

11.

Pada era ____________ pelukis tempatan masa tersebut masih mengekalkan gaya seni moden Barat, turut menjadikan kesenian tradisi Islam sebagai sumber inspirasi dalam berkarya.

a)

1990-an

b)

1980-an

c)

1970-an

d)

1960-an

12.

Apakah nama era seni lukis moden pada tahun 1990-an?

a)

era Pluralis

b)

era Perintis

c)

era Naturalis

d)

era Imperialis

13.

Hasil karya era seni kontemporari melalui penerokaan aplikasi media ______________

a)

campuran

b)

baharu

c)

konvensional

d)

lukisan digital

14.

Siapakah pelukis karya bertajuk Antara Dua Hidangan?

a)

Din Omar

b)

Idris Salam

c)

Khalil Ibrahim

d)

Rohaizad Shaari

15.

Apakah nama teknik berdasarkan gambar foto 1?

a)

Teknik Impasto

b)

Teknik Percikan

c)

Teknik Hard-Edge

d)

Teknik Scumbling

16.

Antara berikut yang manakah merupakan karya Sulaiman Esa?

a)

Seusia

b)

Ke Arah Tauhid

c)

Antara Dua Hidangan

d)

Pantai Timor - East Coast I

17.

Pernyataan di atas merujuk kepada seni aliran

a)

Kiubisme

b)

Impresionisme

c)

Ekspresionisme

d)

Abstrak ekpresionisme

18.

Apakah jenis teknik dalam penghasilan cat minyak?

I. Glazing

II. Impasto

III. Scumbling

IV. Alla Prima

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah ciri utama dalam seni arca?

a)

Digunakan sebagai hiasan

b)

Seni yang berbentuk tiga dimensi

c)

Digunakan untuk upacara keagamaan

d)

Boleh dihasilkan dengan pelbagai media

20.

Arca ________ boleh bergerak kerana cantuman hidup pada bahagian sendi-sendinya.

a)

timbulan

b)

luakan

c)

mobail

d)

dinding

21.

Mengapakah plaster of Paris dan lilin digunakan dalam arca acuan?

a)

Bahan ini mudah diperoleh

b)

Bahan ini mudah membeku

c)

Bahan ini memerlukan kos yang rendah

d)

Bahan ini digunakan oleh semua pengarca

22.

Arca ________ merupakan arca yang diperagakan untuk tujuan penghayatan nilai keindahan dan menambahkan ceria ruang tertentu.

a)

kayu

b)

estetik

c)

berfungsi

d)

batu marmar

23.

Antara berikut, yang manakah perintis arca terkenal di Malaysia?

I. Yong Mun Sen

II. Abdullah Arif

III. Anthony Lau

IV. Syed Ahmad Jamal

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Reka bentuk landskap bermaksud .....

a)

Aktiviti mereka bentuk produk.

b)

Perancangan bagi menghias ruang landskap.

c)

Peranan seorang pereka bentuk membina idea.

d)

Seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesuatu ruang dan mereka bentuk bahagian untuk menjadikan keadaan lebih selesa.

25.

Apakah kepentingan pereka bentuk landskap?

a)

Memastikan udara segar

b)

Meningkatkan kualiti tumbuhan

c)

Menentukan tumbuhan untuk ditanam

d)

Memastikan ruang landskap yang dibina mengikut spesifikasi

26.

Gambar tersebut merujuk kepada konsep?

a)

Bali

b)

Jepun

c)

Melayu

d)

Inggeris

27.

Kenyataan tersebut adalah merujuk kepada konsep ...

a)

Bali

b)

Jepun

c)

Melayu

d)

Inggeris

28.

Konsep berikut menggunakan pokok dan bunga bagi ciri-ciri dalam konsep taman landskap?

a)

Bali dan Melayu

b)

Jepun, Bali dan Melayu

c)

Inggeris, Bali dan Melayu

d)

Inggeris, Jepun dan Melayu

29.

Hiasan dalaman bermaksud ...

a)

aktiviti mereka bentuk ruang taman

b)

peranan seorang pereka bentuk membina idea

c)

seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesebuah ruang

d)

sesuatu yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk

30.

Bagaimanakah elemen cahaya dapat mempengaruhi sesebuah ruang?

a)

Memberi keselesaan

b)

Meningkatkan suhu ruang

c)

Menimbulkan rasa kesan pertalian dengan prinsip lain

d)

Memberi kesan terhadap unsur-unsur warna, tekstur dan corak

31.

Bagaimanakah prinsip perincian berfungsi?

a)

Membesarkan ruang

b)

Memberi kesan emosi

c)

Penambah seri pada ruang

d)

Memudahkan pergerakan penghuni

32.

Berikut merupakan elemen dalam hiasan dalaman kecuali ...

a)

ruang

b)

corak

c)

jalinan

d)

skala dan kadar banding

33.

Antara berikut, yang manakah peranan seorang pereka hiasan dalaman?

I. Merancang perpindahan

II. Menentukan objektif rekaan

III. Mencipta dan menghasilkan kemasan pada ruang

IV. Menghasilkan perabot yang dapat dijual kepada pengguna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Dalam seni reka bentuk industri, prototaip bermaksud ...

a)

Model baharu

b)

Satu siri awal pengeluaran produk yang dihasilkan

c)

Hasil akhir yang diperoleh untuk diperbanyakkan

d)

Bentuk benda sebenar yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk sebenar dikeluarkan

35.

Perabot konsep retro berlandaskan reka bentuk perabot tahun ...

a)

1920-an sehingga 1990-an

b)

2000-an sehingga 2010-an

c)

1920-an sehingga 1970-an

d)

1910-an sehingga 1970-an

36.

Merujuk kenyataan di sebelah, ia menjelaskan konsep...

a)

Retro

b)

Klasik

c)

Moden

d)

Ultramoden

37.

Reka bentuk industri ialah satu aktiviti atau proses kerja untuk menyelesaikan masalah, mengembangkan idea secara kreatif dan ...

a)

Inovatif

b)

Kemasan

c)

Membina objek

d)

Mencantumkan barangan

38.

Apakah kepentingan kemahiran teknikal bagi peranan pereka bentuk industri?

a)

Melakar idea

b)

Membina idea baru

c)

Memastikan produk berfungsi

d)

Mampu menyelesaikan masalah

39.

Apakah yg dimaksudkan dengan bersuji?

a)

Berulang-ulang

b)

Bersulam-sulam

c)

Berbunga-bunga

d)

Berbenang-benang

40.

Apakah nama proses tekatan berdasarkan gambar?

a)

Melukis motif

b)

Melakar corak

c)

Menjahit mempulur

d)

Memotong mempulur

41.

Apakah yang dimaksudkan dengan kelarai?

a)

Corak bunga pada seni ukiran

b)

Corak atau motif flora pada seni batik

c)

Corak atau motif fauna pada seni tekat

d)

Corak yang terbentuk daripada proses menganyam

42.

Lagang dalam proses menganyam bermaksud..

a)

membentuk kelarai

b)

menyediakan tulang anyaman

c)

mematikan tepi anyaman tikar

d)

mengukur panjang daun anyaman

43.

Melayur daun mengkuang di atas bara api bertujuan untuk ....

a)

melicinkan daun

b)

mewarnakan daun

c)

melembutkan daun

d)

mengeringkan daun

44.

Manakah antara berikut merupakan definisi dan fungsi tipografi yang benar?

a)

Istilah-istilah yang terdapat dalam tipografi mempunyai banyak perkaitan dengan istilah yang diguna pakai dalam komputer.

b)

Berasal daripada bahasa Latin, iaitu "typos" bermaksud tanda atau huruf manakala "graphikos" ialah melukis.

c)

Teknik dalam menghasil dan menyusun jenis taip dalam ayat untuk dibaca.

d)

Berfungsi menghasilkan tulisan yang sempurna untuk berkomunikasi serta sebagai satu bentuk ekpresi seni.

45.

Antara berikut, yang manakah jenis taip yang telah dipelajari?

I. Khat

II. Huruf besar

III. Konotasi taip

IV. Simbol matematik

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

46.

Onomatopoeia, konotasi taip, personifikasi taip dan figura taip digunakan bagi menghasilkan....

a)

Seni Kolaj

b)

Ekspresi diri

c)

Klasifikasi taip

d)

Tipografi ekspresi

47.

Penjelasan tersebut merujuk kepada klasifikasi taip...

a)

Old Style

b)

San Serif

c)

Slab Serif

d)

Transitional

48.

Siapakah ilmuwan berbangsa Arab yang telah berjaya menjalankan eksperimen dan menulis tentang ilmu optik yang membawa kepada penemuan kamera obskura?

a)

Ibn Sina

b)

Ibn Khaldun

c)

Ibn al-Haytham

d)

Abu Nasr al-Farabi

49.

Manakah antara berikut merupakan jenis kamera?

a)

DSLR

b)

Teleskop

c)

Teropong

d)

Telefon pintar

50.

Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri kamera format bingkai penuh?

I. Format medium

II. Terdapat dalam medium digital dan filem

III. Bersaiz 34 mm x 26 mm pada filem gulung

IV. Lebih besar daripada sensor telefon pintar

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV