Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN ULANGKAJI FEQAH TAHUN 6 SPPIM

Total questions: 72

Worksheet time: 47mins

Name
Class
Date
1.

"Ziarah ke Baitullah dengan niat, cara, tempat dan waktu dengan syarat-syarat yang tertentu serta menunaikan segala yang wajib"


Pernyataan di atas berkaitan pengertian

a)

Haji

b)

Umrah

c)

Haji Ifrad

d)

Ihram

2.

Apakah hukum mengerjakan haji?

a)

Wajib kepada semua orang Islam sekali seumur hidup

b)

Wajib kepada semua orang Islam sekali seumur hidup jika mampu

c)

Harus kepada semua orang Islam

d)

Fardu kifayah kepada semua orang Islam

3.

Haji termasuk dalam rukun __________ yang kelima.

a)

Haji

b)

Iman

c)

Islam

d)

Umrah

4.

Manakah syarat-syarat wajib haji?

a)

Islam, mumaiyiz, baik bacaan Al-Quran

b)

Islam, mumaiyiz, menggunakan air

c)

Islam, berakal, mumaiyiz, merdeka

d)

Islam, berakal, mumaiyiz, merdeka, mampu

5.

Pilih jenis-jenis berkemampuan yang betul.

a)

Mampu dengan sendiri

b)

Mampu dengan sendiri dan mampu dengan pertolongan orang lain

c)

Mampu dengan pertolongan orang lain

d)

Mampu dengan sendiri, pertolongan orang lain dan tabung haji

6.

Berikut yang mana berkaitan mampu dengan diri sendiri

a)

Mampu mengupah orang menunaikan haji

b)

Mampu membadalkan haji

c)

Mampu membuatkan haji untuk orang meninggal dunia

d)

Mampu membayar tambang pergi dan balik serta perbelanjaan di sana

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan aman dalam perjalanan pergi dan balik?

a)

Tiada peperangan

b)

Ada Covid 19

c)

Ada wabak

d)

Ada jem

8.

# Uzur

# Sakit yang tiada harapan sembuh

# Orang yang telah meninggal dunia


Pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

Syarat sah umrah

b)

Mampu dengan sendiri

c)

Mampu dengan pertolongan orang lain

d)

Orang yang diharuskan berbuka puasa

9.

Berapakah jenis-jenis haji?

a)

5

b)

4

c)

3

d)

2

10.

Pilih jenis-jenis haji yang betul.

a)

Badal, Ifrad, Qiran

b)

Wajib, Sunat, Tamattuq

c)

Wajib, Sunat, Badal

d)

Ifrad, Tamattuq, Qiran

11.

Apakah pengertian dam?

a)

Ibadah gantian berbentuk menyembelih ayam

b)

Ibadah gantian berbentuk menyembelih binatang ternakan atau berpuasa

c)

Ibadah gantian berbentuk nazar

d)

Ibadah gantian berbentuk zakat

12.

Manakah jenis haji yang dikenakan dam?

a)

Tamattuq dan Qiran

b)

Ifrad dan Tamattuq

c)

Wajib dan Qiran

d)

Sunat dan Ifrad

13.

# Memakai ihram dengan niat

# Wuquf di Arafah

# Tawaf

# Saie

# Bercukur

# Tertib


Kenyataan di atas tentang

a)

Syarat wajib umrah

b)

Syarat sah haji

c)

Rukun umrah

d)

Rukun haji

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan rukun?

a)

Perkara yang wajib dilakukan semasa sesuatu ibadah

b)

Perkara yang wajib dilakukan sebelum sesuatu ibadah

c)

Perkara yang harus dilakukan semasa sesuatu ibadah

d)

Perkara yang harus dilakukan sebelum sesuatu ibadah

15.

Bilakah waktu umat Islam berniat Ihram haji?

a)

7 Zulhijjah di Miqat

b)

8 atau 9 Zulhijjah di Miqat

c)

8 atau 9 Zulkaedah di Miqat

d)

8 atau 9 Syawal di Miqat

16.

Di manakah tempat miqat bagi penduduk Mekah?

a)

Tan'im

b)

Hudaibiyah

c)

Rumahnya

d)

Qarnul Manazil

17.

Berapa lamakah tempoh waktu umat Islam perlu berada di Arafah?

a)

Gelincir matahari 9 Zulhijjah - terbit fajar 10 Zulhijjah

b)

Terbit matahari 9 Zulhijjah - terbit fajar 10 Zulhijjah

c)

Gelincir matahari 9 Zulhijjah - terbit matahari 10 Zulhijjah

d)

Terbit matahari 9 Zulhijjah - terbenam matahari 10 Zulhijjah

18.

Apakah amalan yang dilakukan semasa berada di Arafah?

a)

Membaca buku

b)

Bertahalil

c)

Bersilaturrahim

d)

Mengutip anak batu

19.

Berapakah bilangan minimum biji batu kecil yang perlu dikumpul di Muzdalifah?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

20.

Hari Tasyrik jatuh pada

a)

8, 9, 10 Zulhijjah

b)

9, 10, 11 Zulhijjah

c)

10, 11, 12 Zulhijjah

d)

11, 12, 13 Zulhijjah

21.

Jamrah terbahagi kepada 3 iaitu

a)

Jamratul 'Ula, Jamratul Wustah, Jamratul Akhirah

b)

Jamratul 'Ula, Jamratul Wustah, Jamratul Aqabah

c)

Jamratul Taqdim, Jamratul Wustah, Jamratul Takhir

d)

Jamratul 'Ula, Jamratul Wustah, Jamratul Wasal

22.

Apakah pengertian Umrah?

a)

Menziarahi Baitullah dengan niat, cara, tempat dan waktu dengan syarat-syarat tertentu

b)

Menziarahi Baitullah untuk mengerjakan Wuquf, Tawaf dan Saie dengan syarat-syarat tertentu

c)

Menziarahi Baitullah untuk mengerjakan Tawaf dan Saie dengan syarat-syarat tertentu

d)

Menziarahi Baitullah untuk mengerjakan yang sunat dengan syarat-syarat tertentu

23.

"Wajib keatas setiap umat Islam sekali seumur hidup"


Pernyataan di atas berkaitan dengan hukum mengerjakan

a)

Solat

b)

Zakat

c)

Haji

d)

Umrah

24.

Jenis-jenis Umrah terbahagi kepada 2 iaitu

a)

Wajib dan Sunat

b)

Wajib dan Harus

c)

Wajib dan Badal

d)

Wajib dan Ifrad

25.

Pilih pernyataan yang benar.

a)

Umrah Sunat dikerjakan semasa musim haji

b)

Umrah Wajib dikerjakan di luar musim haji

c)

Umrah Sunat dikerjakan di luar musim haji

d)

Umrah Sunat dikerjakan semasa bulan Zulhijjah

26.

# Islam

# Berakal

# Mumaiyiz

# Merdeka


Pernyataan di atas tenttang

a)

Syarat sah solat

b)

Syarat wajib haji

c)

Syarat sah haji

d)

Syarat sah umrah

27.

Berikut yang manakah berkaitan dengan rukun umrah?

a)

Ihram-Wuquf-Tawaf-Saie-Bercukur-Tertib

b)

Miqat-Tawaf-Saie-Bercukur-Tertib

c)

Miqat-Wuquf-Tawaf-Saie-Bercukur-Tertib

d)

Ihram-Tawaf-Saie-Bercukur-Tertib

28.

Apakah yang dimaksudkan dengan melakukan tawaf?

a)

Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali mengikut arah jam

b)

Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali mengikut arah lawan jam

c)

Berjalan berulang alik sebanyak 7 kali

d)

Mengelilingi Kaabah sebanyak 3 kali mengikut arah lawan jam

29.

Apakah maksud Saie?

a)

Berjalan berulang alik sebanyak 7 kali dari Bukit Soffa ke Marwah mengikut arah jam

b)

Berjalan berulang alik sebanyak 7 kali dari Bukit Soffa ke Marwah mengikut arah lawan jam

c)

Berjalan berulang alik sebanyak 7 kali dari Bukit Soffa ke Marwah

d)

Berjalan berulang alik sebanyak 7 kali dari Bukit Marwah ke Soffa

30.

Bagaimanakah cara bercukur bagi orang yang tiada rambut?

a)

Disunatkan melalukan mata pisau di kepala

b)

Memotong mana-mana bahagian bulu

c)

Diwajibkan melalukan mata pisau di kepala

d)

Mencukur janggut

31.

Ihram ialah

a)

Pakaian yang berjahit yang dipakai oleh kaum lelaki

b)

Pakaian yang tidak berjahit yang dipakai oleh kaum lelaki

c)

Pakaian yang tidak berjahit yang dipakai oleh kaum perempuan

d)

Pakaian yang berjahit yang dipakai oleh kaum perempuan

32.

Berikut adalah larangan semasa ihram bagi lelaki kecuali

a)

Menutup kepala

b)

Memakai pakaian berjahit

c)

Memakai sarung tangan

d)

Memakai stokin

33.

# Menghidu wangian ke dalam hidung

# Memakai minyak rambut di janggut

# Akad nikah mewakilkan orang lain


Pernyataan di atas tentang

a)

Larangan semasa ihram bagi perempuan

b)

Larangan semasa ihram bagi lelaki

c)

Larangan semasa solat

d)

Larangan semasa ihram

34.

Apakah pengertian solat hajat?

a)

Solat untuk meminta sesuatu hajat yang baik

b)

Solat untuk meminta sesuatu hajat yang tidak baik

c)

Solat untuk meminta rezeki yang luas

d)

Solat untuk meminta petunjuk

35.

Bilakah waktu untuk mengerjakan solat hajat?

a)

Sepertiga malam sahaja

b)

Bila-bila masa

c)

Pengakhiran malam

d)

Permulaan malam

36.

Mengapakah kita digalakan mengerjakan solat hajat?

a)

Untuk mendapat pahala

b)

Supaya dimakbukan Allah

c)

Untuk melatih memohon pertolongan kepada Allah ketika susah dan senang

d)

Supaya disayangi Allah

37.

Solat hari raya Aidilfitri adalah solat yang dikerjakan pada

a)

pagi hari raya Aidiladha

b)

terbit fajar hari raya Aidiladha

c)

terbit fajar hari raya Aidilfitri

d)

pagi hari raya Aidilfitri

38.

Berapakah bilangan rakaat solat hari raya?

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

39.

Bilakah waktu mengerjakan solat hari raya Aidilfitri?

a)

pagi 1 Zulhijjah

b)

pagi 1 Syawal

c)

terbit fajar 1 Syawal

d)

terbit fajar 1 Zulhijjah

40.

Mengapakah kita disunatkan melambatkan mengerjakan solat hari raya Aidilfitri?

a)

Memberi peluang bermaaf-maafan dengan ahli keluarga

b)

Menziarahi kubur

c)

Memberi peluang kepada orang membayar zakat

d)

Memberi peluang untuk bersarapan di rumah

41.

Apakah pengertian solat hari raya Aidiladha?

a)

Solat yang dilakukan di petang hari raya Aidiladha

b)

Solat yang dilakukan di malam hari raya Aidiladha

c)

Solat yang dilakukan di terbit fajar hari raya Aidiladha

d)

Solat yang dilakukan di pagi hari raya Aidiladha

42.

Mengapakah kita perlu mempercepatkan mengerjakan solat hari raya Aidiladha?

a)

Melakukan ibadah korban

b)

Menziarahi ahli keluarga

c)

Bermaaf-maafan dengan ahli keluarga

d)

Menikmati juadah hari raya

43.

Berikut adalah fadilat mengerjakan solat hari raya kecuali

a)

Menegak syiar Islam

b)

Mengeratkan ikhuwah Islamiyah

c)

Menampung kekurangan solat fardu

d)

Menambahkan ketaqwaan kepada Allah

44.

Berapakah bilangan takbir pada rakaat pertama dan kedua dalam solat hari raya?

a)

4 dan 5

b)

7 dan 5

c)

5 dan 3

d)

7 dan 3

45.

"Solat bersenang-senang yang dikerjakan selepas solat Isyak pada bulan Ramadan"


Kenyataan di atas tentang pengertian

a)

Solat Rawatib

b)

Solat Tahajud

c)

Solat Witir

d)

Solat Tarawih

46.

Bilakah waktu mengerjakan solat Tarawih?

a)

Selepas solat Isyak hingga terbit fajar dalam bulan Ramadan

b)

Sebelum solat Isyak hingga terbit fajar dalam bulan Ramadan

c)

Selepas solat Isyak hingga terbit matahari dalam bulan Ramadan

d)

Selepas solat Maghrib hingga terbit fajar dalam bulan Ramadan

47.

Pilih pernyataan yang benar tentang bilangan rakaat solat Tarawih.

a)

Minimum 11 rakaat, maksimum 20 rakaat

b)

Minimum 8 rakaat, maksimum 23 rakaat

c)

Minimum 8 rakaat, maksimum 20 rakaat

d)

Minimum 11 rakaat, maksimum 23 rakaat

48.

"Solat yang dilakukan sebelum duduk di dalam masjid dan sebagai tanda menghormati masjid"


Pernyataan di atas tentang

a)

Solat Rawatib

b)

Solat tahiyatul musollah

c)

Solat tahiyatul surau

d)

Solat tahiyatul masjid

49.

Bilakah waktu mengerjakan solat Tahiyatul Masjid?

a)

Sebelum duduk dalam masjid

b)

Setelah duduk dalam masjid

c)

Sebelum duduk dalam surau

d)

Setelah duduk dalam masjid

50.

Berapakah bilangan rakaat solat Tahiyatul Masjid?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

5

51.

Dimanakah tempat untuk mengerjakan solat Tahiyatul Masjid?

a)

Surau

b)

Masjid

c)

Musollah

d)

R&R

52.

"Solat bilangan rakaatnya ganjil"


Apakah solat yang dinyatakan?

a)

Solat witir

b)

Solat Hari Raya Aidilfitri

c)

Solat Hajat

d)

Solat Tahajud

53.

Bilakah waktu mengerjakan solat Witir?

a)

Selepas solat Tarawih hingga terbit fajar

b)

Selepas solat Maghrib hingga terbit fajar

c)

Selepas solat Isyak hingga terbit fajar

d)

Selepas solat Tahajud hingga terbit fajar

54.

Berapakah bilangan rakaat yang afdal untuk mengerjakan solat Witir?

a)

1 rakaat 1 salam

b)

3 rakaat 2 salam

c)

5 rakaat 2 salam

d)

11 rakaat 6 salam

55.

" Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas"


Pernyataan di atas tentang bacaan surah dalam solat Witir pada rakaat

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

56.

"Solat sunat yang dikerjakan setelah terjaga daripada tidur pada waktu malam walaupun hanya sekejap"


Pernyataan di atas berkaitan solat

a)

Witir

b)

Dhuha

c)

Rawatib

d)

Tahajud

57.

Bilakah waktu afdal untuk melakukan solat tahajud?

a)

Selepas solat Isyak

b)

Permulaan malam

c)

Pertengahan malam

d)

Pengakhiran malam

58.

Berikut merupakan adab-adab mendirikan solat tahajud kecuali

a)

Mulakan dengan makan sahur

b)

Berniat sebelum tidur untuk bangun solat

c)

Bersugi sesudah bangun

d)

Tidur seketika apabila mengantuk

59.

Mengapakah kita digalakan melakukan solat tahajud?

a)

Supaya dipuji oleh ibu bapa

b)

Dapat mendekatkan diri kepada Allah

c)

Dapat pahala

d)

Disayangi oleh ibu bapa

60.

# Mendapat keampunan

# Permintaan dimakbulkan

# Mendapat petunjuk daripada Allah


Penyataan di atas berkaitan

a)

Adab-adab solat tahajud

b)

Cara mengerjakan solat tahajud

c)

Fadilat solat tahajud

d)

Fadilat solat rawatib

61.

Apakah solat sunat yang dikerjakan setelah naik matahari hingga gelincir matahari?

a)

Solat rawatib

b)

Solat tahajud

c)

Solat witir

d)

Solat dhuha

62.

Bilakah waktu mengerjakan solat Dhuha?

a)

7.00 pagi - 12.30 tengah hari

b)

8.00 pagi - 12.30 tengah hari

c)

8.00 pagi - 1.15 petang

d)

7.00 pagi - 4.00 petang

63.

Manakah merupakan fadilat solat Dhuha?

a)

Sebagai menghormati masjid

b)

Mengeratkan ukhuwah

c)

Dimasukan ke syurga melalui pintu "Dhuha"

d)

Menegakkan syiar Islam ke seluruh dunia

64.

Kita disunatkan membaca _______ pada rakaat pertama dan surah _______ pada rakaat kedua.

a)

Ayat Kerusi ....... An-Nas

b)

Ad-Dhuha ....... Al-Ikhlas

c)

Ad-Dhuha ....... Al-Kafirun

d)

Ayat Kerusi ....... Al-Ikhlas

65.

Apakah maksud solat rawatib?

a)

Solat 2 rakaat sebelum atau selepas solat fardu

b)

Solat sunat yang dikerjakan setelah terjaga daripada tidur

c)

Solat yang bilangan rakaatnya ganjil

d)

Solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang baik

66.

Berapakah bilangan rakaat bagi solat rawatib?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

5

67.

Pilih solat rawatib yang dikerjakan selepas solat fardu.

a)

Subuh dan Asar

b)

Maghrib

c)

Zohor dan Isyak

d)

Zohor dan Asar

68.

أصلي سنة الظهر ركعتين قبلية لله تعالي


Penyataan di atas merujuk kepada niat

a)

Solat rawatib sebelum Asar

b)

Solat rawatib sebelum Subuh

c)

Solat rawatib selepas Zuhur

d)

Solat rawatib sebelum Zuhur

69.

Berikut merupakan fadilat solat Rawatib kecuali

a)

Dimurahkan rezeki

b)

Menambah pahala

c)

Menampung kekurangan pada solat fardu

d)

Diharamkan neraka kepada orang yang mengerjakan solat 4 rakaat sebelum & selepas solat Zohor

70.

Manakah contoh menampung kekurangan pada solat fardu?

a)

Kentut

b)

Terlupa bilangan rakaat

c)

Terlupa membaca tahiyat akhir

d)

Menahan daripada membuang air kecil dan besar

71.

Apakah maksud waktu Istiwa'?

a)

Waktu matahari kekuningan

b)

Waktu matahari berada dikedudukan paling tinggi

c)

Waktu matahari terbenam

d)

Waktu naik matahari hingga kadar segalah

72.

"Solat yang digalakkan dilakukan untuk mendapat pahala"


Penyataan di atas berkaitan

a)

Pengertian solat sunat

b)

Fadilat solat sunat

c)

Kelebihan solat sunat

d)

Pengertian solat Dhuha