Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TINGKATAN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Alatan perlindungan yang manakah digunakan untuk melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap?

a)
b)
c)
d)
2.

Satu kebakaran dalam makmal sains melibatkan logam reaktif seperti natrium dan kalium. Apakah jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?

a)

Alat pemadam kebakaran air

b)

Alat pemadam kebakaran buih

c)

Alat pemadam kebakaran serbuk kering

d)

Alat pemadam kebakaran karbon dioksida

3.

Apakah langkah yang perlu dilakukan apabila melihat seseorang yang sedang memegang leher dengan kedua-dua tangan dengan keadaan bibir dan muka kebiruan dan mengalami kesukaran bernafas?

a)

Jalankan Heimlich Manoeuvre

b)

Hentak belakang individu tersebut

c)

Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR)

d)

Panggil 999 untuk menghubungkan anda kepada ambulans

4.

Apakah fungsi alat dalam gambar ini?

a)

Menentukan suhu badan

b)

Menentukan tekanan darah

c)

Mendapatkan bacaan indeks jisim badan

d)

Mendapatkan suhu dan tekanan bilik

5.

Termometer jenis apakah ini?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer inframerah

d)

Termometer rektal

6.

Apakah termometer yang paling sesuai untuk mendapatkan suhu bayi?

a)

Termometer klinik

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer inframerah

7.

Seorang pelajar baru sahaja selesai berlari. Apakah kemungkinan bacaan nadi pelajar ini?

a)

45 per minit

b)

65 per minit

c)

85 per minit

d)

105 per minit

8.

Salah satu simptom bagi pesakit COVID19 (2019 Novel Coronavirus) ialah demam melebihi 3 hari. Oleh sebab itu, saringan kesihatan dibuat bagi mengelakkan penularan virus COVID19 dengan cara mengambil suhu badan pesakit di kawasan-kawasan berpopulasi tinggi seperti lapangan terbang dan pusat membeli-belah. Antara termometer berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk membuat saringan suhu badan manusia bagi mengelakkan penularan penyakit ini?

a)
b)
c)
d)
9.

Antara berikut, faktor manakah mempengaruhi kadar denyutan nadi seseorang individu?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Aktiviti

d)

Cuaca

10.

Antara berikut, kaedah manakah paling sesuai untuk memastikan indeks jisim badan dalam keadaan terbaik?

(Tandakan lebih daripada satu jawapan)

a)

Tidak makan pada waktu malam dan tengah hari

b)

Mengurangkan makanan bergoreng

c)

Bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

d)

Makan makanan yang kaya dengan protein dan pelawas sahaja