wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGGUNAAN PERKATAAN YANG BETUL 01

Total questions: 12

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

I. Gulai ikan itu tawar kerana kakak terlupa untuk membubuh garam semasa memasak.

II. Dia berasa tawar hati untuk menyertai sebarang pertandingan menulis esei anjuran pihak sekolah.

III. Warna baju yang dipakai oleh Hazim sudah tawar kerana lama dipakai.

IV. Nyanyian penyanyi baharu itu sangat merdu sehingga berjaya tawar hati para pendengar.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

2.

I. Biskut yang dibiarkan terdedah di atas meja itu keras kerana telah dimasuki angin.

II. Hariq murid yang keras hati dan tidak pernah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.

III. Besi padu itu sukar dilentur walaupun dibakar dengan api kerana sangat keras.

IV. Tapak tangan lelaki itu keras kerana kuat bekerja sejak usia muda.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

3.

I. Kakak menegur Adli supaya tidak mengusik adik mereka yang sedang lena.

II. Kami tidak pernah mengusik barang-barang di dalam bilik ayah.

III. Drama itu berjaya mengusik perasaan saya sehingga menitiskan air mata.

IV. Ibu mengambil sebatang senduk lalu mengusik bubur di dalam periuk.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

4.

I. Jangan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga melukakan hati orang lain.

II. "Kesatlah air matamu," kata Puan Nabiha kepada anaknya yang sedang menangis.

III. Haiwan seperti kodok mempunyai kulit yang kesat dan menggerutu.

IV. Bandar Tanah Merah mengalami pembangunan yang kesat sejak setahun yang lalu.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

5.

I. Mazni membuang banyak barang yang tidak berguna semasa mengemas rumah.

II. "Jadilah manusia yang berguna kepada negara," pesan datuk kepada cucu-cucunya.

III. Pokok kelapa dan pokok getah merupakan contoh pokok berguna.

IV. Beg kertas itu boleh berguna bagi menggantikan beg plastik.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, II dan III sahaja

6.

I. Azie selesa berbaring di atas tilam yang lembut itu.

II. Dia mudah memaafkan orang kerana hatinya lembut.

III. Tutur kata yang lembut sangat menyenangkan hati.

IV. Nasi yang dimasaknya menjadi lembut kerana terlebih air.

a)

I dan IV sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

7.

I. Belum sudah-sudah lagi kerja yang dilakukan oleh Encik Mansor.

II. "Sudah-sudahlah, jangan menangis lagi," kata Aira kepada AIna.

III. Tidak sudah-sudah keluarga Yusuff ditimpa nasib malang.

IV. Nasi yang ditanak oleh emak belum sudah-sudah lagi.

a)

I dan II sahaja

b)

III dan IV sahaja

c)

I,II dan III sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

8.

I. Buah-buah rambutan yang dipetik oleh nenek pagi tadi belum terikat.

II. Tangan gadis itu terikat pada sebatang pokok di tebing sungai semasa ditemui oleh pihak polis.

III. Murid-murid yang diberi biasiswa oleh syarikat swasta itu terikat dengan syarat-syarat yang dikenakan.

IV. Mak Kiah melepaskan lembunya yang terikat pada sebatang pokok di belakang rumahnya.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II,III dan IV sahaja

9.

I. Kura-kura itu menyorok di dalam kulitnya apabbila dipegang oleh Aidil.

II. Roti itu tidak boleh dimakan lagi kerana telah ditumbuhi kulit.

III. Beg tangan itu mahal harganya kerana dibuat daripada kulit buaya dan buatan luar negara pula.

IV. Model yang menghiasi kulit depan majalah itu mempunyai banyak peminat kerana wajahnya yang cantik.

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, III dan IV sahaja

10.

I. Suhu pada hari ini menjangkau 35 darjah Celsius.

II. Darjah pencapaian negara kita dalam bidang industri berat amat memberangsangkan.

III. Darjahnya dalam masyarakat adalah tinggi menyebabkan beliau dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

IV. Ibu membeli kasut sekolah baharu untuk adik yang akan memasuki darjah satu pada tahun depan.

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

I, II dan III sahaja

d)

I dan IV sahaja

11.

I. Petani itu berehat sambil mengecap peluh yang membasahi mukanya.

II. Kami berpeluang untuk mengecap batik ketika melawat pusat kraf tangan itu.

III. Amerika Syarikat mengecap beberapa buah negara di Asia Tengah sebagai pusat pengganas.

IV. Sejak kecil lagi, Suzy tidak pernah mengecap kebahagian hidup.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

12.

I. Lelaki itu mengalah setelah gagal mematahkan hujah lawan.

II. Jangan mudah mengalah apabila berhadapan dengan cabaran hidup.

III. Pasukan yang mengalah dalam pertandingan itu akan dikenakan denda.

IV. Perbicaraan akan menentukan orang yang mengalah dalam kes itu.

a)

I dan II sahaja

b)

II dan IV sahaja

c)

III dan IV sahaja

d)

I, II dan IV sahaja