Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Kerja

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Emak _________ adunan tepung itu hingga sebati sebelum dijadikan doh-doh kecil.

a)

menguli

b)

melecek

2.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Pak Karim terpaksa ________ padinya secara tradisional kerana jentera penuainya telah rosak.

a)

menuai

b)

menebas

3.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Azilah berasa ______ kerana tidak sempat melihat arwah neneknya buat kali terakhir.

a)

tersentak

b)

terkilan

4.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Lelaki yang dilaporkan hilang dua hari yang lepas itu dijumpai _______ di pantai oleh pasukan penyelamat.

a)

terlantar

b)

terdampar

5.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Rakyat harus ________ hasrat murni kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

a)

mendukung

b)

mengangkat

6.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan semakin ________.

a)

meningkat

b)

memuncak

7.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Syahira sentiasa terkenang akan peristiwa manis semasa _________ di universiti.

a)

menuntut

b)

menjelajah

8.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Penceramah itu __________ pelbagai soalan daripada para pelajar tentang kaedah pembelajaran yang berkesan.

a)

dihujani

b)

dituruni

9.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Peserta ekspedisi mendaki Gunung Nuang itu _______ peta yang dibawa untuk mengelakkan mereka daripada tersesat.

a)

berpandukan

b)

berdasarkan

10.

Pilih kata kerja yang paling sesuai.


Penduduk Kampung Paya Indah __________ parit untuk mengeringkan tanah-tanah paya itu.

a)

menimbus

b)

menggali

11.

Pengawas menegur beberapa orang pelajar yang asyik _________ ketika pengetua sedang berucap.

a)

bermain

b)

berbual

c)

bersyarah

d)

berceramah

12.

Ibu _____ air di dapur bagi menyediakan minum pagi untuk kami sekeluarga.

a)

merebus

b)

menanak

c)

mendidih

d)

menjerang

13.

Semua buku dan majalah lama itu akan ____________ ke pusat kitar semula.

a)

ditolak

b)

dihantar

c)

diambil

d)

dibuang

14.

Tulis kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut.


Perdana Menteri telah melancarkan tentang kempen "Tak Nak" bagi membendung tabiat merokok dalam kalangan rakyat.

(a)  

15.

Tulis kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut.


Novel itu telah habis dibaca oleh saya.

(a)  

16.

Tulis kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut.


Penceramah itu memperkenalkan tentang kaedah belajar yang berkesan kepada pelajar-pelajar.

(a)  

17.

Tulis kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut.


Meja itu dialaskan dengan kain yang bercorak.

(a)  

18.

Tulis kesalahan yang terdapat dalam ayat berikut.


Tempat persembunyian penculik itu dikesan berdasarkan pada maklumat yang diberikan oleh orang ramai.

(a)  

19.

Pilih kata kerja yang sesuai.


Malini ________ bilik stor yang gelap dengan lampu picit untuk mencari barang.

a)

menyuluh

b)

menerangi

20.

Pilih kata kerja yang sesuai.


Walaupun sudah tua, datuk saya masih kuat ______ basikal ke masjid.

a)

membonceng

b)

mengayuh