Font size
WorksheetsSejarah dan apresiasi seni visual
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Self-portrait, 1954 merupakan karya seni daripada tokoh yang bernama Mohamed Hoessein Enas yang menggunakan media...
cat air
cat minyak
pastel
pensel warna
Di negara kita, Seni Ragam Hias terdapat pada pengangkutan seperti berikut kecuali;
perahu
kereta lembu
beca
motosikal
Seni Ragam Hias merupakan karya seni rupa yang diambil daripada motif flora, fauna, geometri, figuratif dan ...
semesta
alam benda
awan larat
khayalan
Apakah tujuan penubuhan Persatuan Pelukis Malaysia, 1979?
Memperkenalkan seni lukis kepada masyarakat
Menggabungkan seni lukis dan seni reka
Menyatupadukan pelukis-pelukis di Malaysia
Menyebarkan ilmu seni kepada masyarakat
Perahu yang dikenali sebagai kolek mempunyai ukiran di bahagian kepala yang digelar ....... dan berfungsi sebagai .....
Ayam jantan , penyangkut tali perahu
Bangau , penyangkut galah panjang dan pukat
Ikan kekek , pencari arah mata angin
awan kepul , pemegang sauh perahu
Antara berikut, yang manakah merupakan komponen perahu yang digunakan untuk menyangkut galah panjang dan pukat ?
Okok
Badan
Koyan
Bangau
___________ adalah alat domestik tradisional yang digunakan untuk mengukur, mengeruk dan mengikis isi kelapa.
Rehal
Kukuran
Acuan putu
Jebak puyuh
___________ adalah alat domestik yang menggunakan motif bunga atau daun.
Rehal
Kukuran
Acuan putu
Jebak puyuh
_______________ adalah Tukang Ulung Perahu Tradisional yang menghasilkan perahu yang kaya dengan nilai-nilai tradisional Melayu.
Hasni bin Ali
Shafie bin Jusoh
Rohani binti Md. Piah
Mohamed Hoessein Enas
Pernyataan manakah menjelaskan maksud seni ragam hias ?
Hiasan dalam seni kraf atau karya seni
Hiasan merupakan karya seni rupa
Hiasan merupakan hasil hiasan
Hiasan yang pelbagai ragam
Sistem pengangkutan tradisional melalui air menjadi tidak efisien pada hari ini kerana _________________________.
sistem perhubungan air berbahaya
campur tangan penjajah dan teknologi
kos sistem pengangkutan air yang mahal
alat pengangkutan darat telah dimajukan
Apakah jenis permainan tradisional yang amat popular dimainkan oleh golongan wanita dan kanak-kanak pada masa lapang ?
Gasing
Congkak
Sepak raga
Layang-layang
Beca, kereta lembu dan (a) adalah pengangkutan tradisional yang mempunyai seni ragam hias.
Apakah tujuan seni ragam hias ?
Memaparkan nilai estetik.
Menunjukkan kebolehan pengkarya.
Menggambarkan kehidupan masyarakat.
Menunjukkan perasaan dan pengalaman.
Alatan jebak puyuh dan perahu berukir kepala bangau menggambarkan kemahiran orang Melayu. Apakah kemahiran tersebut ?
Memenuhi pasaran.
Menunjukkan minat.
Kebolehan membuat barang hiasan.
Kemahiran dalam bidang pertukangan kayu.
