wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peperiksaan Percubaan Negeri Terengganu Tahun 2020

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pengamalan sifat keterbukaan antara tamadun

Indus dengan tamadun Mesopotamia memberi

manfaat kepada kepada kedua-dua pihak


Apakah kesan pengamalan sifat keterbukaan dalam petikan di atas.

a)

A Penyebaran agama

b)

B Perkembangan bidang tulisan

c)

C Perluasan wilayah pengaruh

d)

D Pertukaran teknologi

2.

Negara kota Anyang terdapatnya istana, kuil dan pusat pentadbiran yang dikelilingi oleh tembok.

Apakah fungsi binaan tembok tersebut?

a)

A Membentuk pembahagian kawasan

b)

B Menstruktur lapisan masyarakat

c)

C Mengukuhkan pertahanan

d)

D Menjadi lambang kekayaan negara

3.

Apakah faktor yang membantu kejayaan Shih Huang Ti dalam menyatukan seluruh wilayah kecil

di China?

I Sokongan daripada rakyat

II Kemajuan bidang perdagangan

III Pemerintahan secara autokratik

IV Penghapusan kuasa bangsawan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

4.

Binaan di atas dikaitkan dengan tamadun

a)

A Yunani

b)

B China

c)

C India

d)

D Rom

5.

Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?

a)

A Pertahanan laut yang kuat

b)

B Pelabuhan yang strategik

c)

C Pertanian merosot

d)

D Persaingan kuasa

6.

Apakah peranan golongan Brahmin dalam kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

A Mentadbir wilayah

b)

B Menjaga keamanan

c)

C Menguruskan pembendaharaan

d)

D Mengetuai upacara keagamaan

7.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar al-Amin?

a)

A Sentiasa dipercayai

b)

B Berpengalaman luas

c)

C Keturunan baginda dihormati

d)

D Bergaul dengan setiap lapisan masyarakat

8.

Apakah kesan pengamalan Sistem Kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

A Pentadbiran pusat menjadi kukuh

b)

B Pengukuhan semangat assabiah

c)

C Kebebasan beragama diamalkan

d)

D Hubungan dengan pihak luar ditingkatkan

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan kota Madinah al-Munawwarah?

a)

A Kota Hijaz

b)

B Kota Yathrib

c)

C Bandar bercahaya

d)

D Bandar kemuliaan

10.

Mengapakah Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah?

a)

A Sifat lemah lembut

b)

B Disokong kaum Ansar

c)

C Keturunan Bani Hasyim

d)

D Seorang hartawan

11.

Siapakah golongan X?

a)

A Mozarab

b)

B Mawali

c)

C Mudejar

d)

D Zimmi

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Ghazi?

a)

A Semangat pahlawan yang sanggup berkorban


b)

B Kumpulan tentera infantri elit dalam sistem ketenteraan

c)

C Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan umat Islam

d)

D Kemahiran bermain senjata dalam peperangan

13.

Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.


 Islam dari Arab

 Islam dari India

 Islam dari China


Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?

a)

A Perluasan kuasa

b)

B Pertukaran kebudayaan

c)

C Kegiatan perdagangan

d)

D Kegiatan kesusasteraan

14.

Ulama mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam tersebar luas di

Asia Tenggara.


Mengapakah ulama bertindak demikian?

a)

A Mematuhi konsep kedaulatan

b)

B Mengetahui kesetiaan rakyat

c)

C Menghormati kuasa mutlak

d)

D Melindungi kepentingan pemerintah

15.

Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai ciri matrilineal.

Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?

a)

A Pelantikan ketua adat

b)

B Keturunan sebelah bapa diutamakan

c)

C Perkahwinan sesama suku

d)

D Anak perempuan mewarisi harta

16.

Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A Menetapkan kadar cukai

b)

B Menguruskan harta kerajaan

c)

C Mengendalikan adat istiadat istana

d)

D Menentukan bidang tugas pembesar

17.

Jadual berkaitan dengan tokoh di Eropah pada abad ke-15.


Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tokoh tersebut?

a)

A Penerokaan kawasan Timur

b)

B Pembukaan pelabuhan baru

c)

C Peperangan sesama mazhab

d)

D Perebutan takhta pemerintahan

18.

Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman Kemuncak Pertengahan.


 Artisan

 Pedagang

 Ahli Perbankan


Apakah faktor kemunculan golongan tersebut?

a)

A Kehadiran orang gasar

b)

B Kelahiran golongan baron

c)

C Pengukuhan institusi parlimen

d)

D Pembukaan bandar besar

19.

Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November

1913 memanfaatkan orang Melayu?

a)

A Memperkenalkan sistem perladangan


b)

B Mengekalkan hak milik

c)

C Mempelbagaikan jenis tanaman

d)

D Meneruskan ekonomi tradisional

20.

Jadual berikut berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan

penjajah Barat.


Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke-19?

a)

A Kekurangan logam

b)

B Kelembapan ekonomi

c)

C Pengenalan wang kertas

d)

D Penggunaan syiling emas

21.

Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui

a)

A peperiksaan

b)

B pemilihan rakyat

c)

C pelantikan maharaja

d)

D persetujuan bangsawan

22.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme

di Asia Tenggara.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

A Kewujudan golongan bangsawan

b)

B Kemunculan ramai golongan intelek

c)

C Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

d)

D Kemasukan kaum imigran tidak terkawal

23.

Apakah tindakan J.W.W Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British

di Pasir Salak, Perak?

a)

A Larangan mengutip hasil hutan

b)

B Menghalang kemasukan imigran

c)

C Campur tangan dalam pentadbiran

d)

D Mengambil alih aktiviti perlombongan

24.

Gambar 1 : Mohammad Eunos Abdullah


Gambar 1 adalah pemimpin Kesatuan Melayu Singapura pada awal abad ke-20.


Antara sumbangan beliau terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

A mewartakan tanah pertanian

b)

B memberi peluang pendidikan

c)

C mendapatkan petempatan khas

d)

D menyediakan tapak perniagaan

25.

Bagaimanakah sempadan kerajaan yang diperintah oleh seseorang raja dalam kerajaan Melayu

tradisional ditentukan?


a)

A Kesetiaan rakyat

b)

B Kekayaan hasil bumi

c)

C Kegiatan perdagangan

d)

D Konsep keutuhan

26.

Senarai berikut menunjukkan negara bangsa yang baru muncul di Eropah selepas Perang Dunia

Pertama.


 Czechoslovakia

 Finland

 Poland


Apakah peristiwa yang menyebabkan kemunculan negara bangsa baru ini?


a)

A Persidangan Damai Paris

b)

B Perjanjian Versailles

c)

C Penyatuan Etnik Prusia

d)

D Persekutuan Yugoslavia

27.

Berikut ialah tiga unit pentadbiran yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu sebelum Perang

Dunia Kedua.


 Negeri-Negeri Selat (NNS)

 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

 Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB)


Mengapakah British menggabungkan ketiga-tiga unit pentadbiran tersebut dalam Perjanjian Malayan

Union 1946?

I Melicinkan pentadbiran

II Menghapuskan pengaruh komunis

III Memajukan penduduk tempatan

IV Menjimatkan kewangan kerajaan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

28.

Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.


Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak?

a)

A Percanggahan dengan Perlembagaan 1941

b)

B Penghapusan hak istimewa peribumi

c)

C Penipuan terhadap pembesar

d)

D Penentangan Majlis Negeri

29.

Mengapakah British bersetuju memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada tahun 1951?

I Merangka perlembagaan baru

II Mengiktiraf sistem pemerintahan beraja

III Memberi pendedahan ke arah berkerajaan sendiri

IV Mengurangkan tekanan oleh Parti Komunis Malaya

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

30.

Bagaimanakah Tunku Abdul Rahman mengadakan kerjasama antara UMNO dan MCA untuk

menghadapi pilihan raya Majlis Perbandaran?


a)

A Membuka keahlian UMNO kepada orang Cina

b)

B Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

c)

C Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya

d)

D Melantik Jawatankuasa Pilihan Raya

31.

Pada bulan September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno di Indonesia.


Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap Malaysia?

a)

A Golongan radikal memberontak

b)

B Kedaulatan negara tergugat

c)

C Dasar Konfrontasi tamat

d)

D Hubungan luar terhad

32.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.


Mengapakah peristiwa tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew?

a)

A Menghalang kemajuan perdagangan

b)

B Menggugat kemerdekaan negeri

c)

C Menjejaskan perpaduan kaum

d)

D Mengukuhkan kuasa British

33.

Maklumat berikut berkaitan dengan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.


Berdasarkan peraturan pilihan raya di Malaysia, mengapakah kedua-dua calon tersebut layak

bertanding?

a)

A Tiada perniagaan

b)

B Memiliki kekayaan

c)

C Bukan penjawat awam

d)

D Memiliki ramai penyokong

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan parti politik di Sarawak sehinggga tahun 1963.


Apakah tujuan penubuhannya?

a)

A Mendapatkan kemerdekaan

b)

B Melahirkan rasa taat setia

c)

C Melindungi kaum bumiputera

d)

D Menyatupadukan penduduk

35.

Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong berdasarkan

sistem tersebut?

I Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara

II Berhak membatalkan sesuatu undang-undang

III Bertindak atas nasihat Perdana Menteri

IV Boleh menggunakan kuasa budi bicara

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

36.

Maklumat di bawah berkaitan dengan penubuhan agensi dalam Rancangan Malaya Pertama.


Agensi yang dimaksudkan adalah

a)

A Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

b)

B Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

c)

C Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

d)

D Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MARDI)

37.

Mengapakah Buku Merah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Kedua?

a)

A Menilai pelaksanaan rancangan pembangunan negara

b)

B Mengawal mutu perkhidmatan pegawai kerajaan

c)

C Memantau pengurusan kewangan negara

d)

D Memeriksa tahap kesihatan penduduk

38.

Antara langkah kerajaan untuk memajukan bahasa Melayu adalah dengan

I melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

II menggunakan bahasa Melayu di peringkat pra sekolah

III menggalakan mahkamah menggunakan bahasa Melayu

IV menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

39.

Logo di bawah berkaitan dengan salah satu pertubuhan yang dianggotai Malaysia pada tahun 1957

demi keamanan dunia.


Pertubuhan yang dimaksudkan adalah

a)

A Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

b)

B Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

c)

C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

d)

D Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

40.

Lakaran Peta 1


Lakaran peta menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia dan keluasannya.


Apakah tujuan penubuhan kawasan koridor tersebut?

a)

A Menggalakkan pembangunan industri

b)

B Mengawal kemasukan pendatang asing

c)

C Membentuk masyarakat bermaklumat

d)

D Membangunkan kawasan berprestasi rendah