wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK T3 - BAB 1

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah bilangan fasa dalam pembangunan atur cara?

a)

3

b)

4

c)

5

d)

6

2.

Manakah antara berikut, merupakan urutan fasa pembangunan atur cara yang betul?

a)

Reka bentuk atur cara - Pengekodan - Analisis Masalah - Pengujian dan penyahpepijatan ralat - Dokumentasi

b)

Analisis masalah - Reka bentuk atur cara - Pengekodan - Pengujian dan penyahpepijatan ralat - Dokumentasi

c)

Pengekodan - Dokumentasi - Reka bentuk atur cara - Analisis masalah - Pengujian dan penyahpepijatan ralat

d)

Pengujian dan penyahpepijatan ralat - Reka bentuk atur cara - Analisis masalah - Dokumentasi - Pengekodan

3.

Apakah konsep pemikiran yang digunakan dalam fasa pembangunan atur cara agar sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah?

a)

Pemikiran kritis

b)

Pemikiran kreatif

c)

Pemikiran aras tinggi

d)

Pemikiran komputasional

4.

Berapakah bilangan maksimum teknik pemikiran komputasional yang boleh digunakan dalam setiap fasa pembangunan atur cara?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

Tiada had

5.

Pengatur cara akan mengenal pasti masalah, keperluan sistem dan perisian serta sasaran pengguna. Apakah fasa yang terlibat?

a)

Analisis masalah

b)

Reka bentuk atur cara

c)

Pengekodan

d)

Dokumentasi

6.

Dalam fasa analisis masalah, masalah yang besar akan dipecahkan kepada bahagian-bahagian masalah yang lebih kecil. Apakah teknik pemikiran komputasional yang telah digunakan?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

7.

Suatu masalah telah menunjukkan bahawa kedua-dua pemboleh ubah bagi bahagian kecil masalah adalah sama. Apakah teknik pemikiran komputasional yang merujuk kepada situasi ini?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

8.

Semasa penulisan kod arahan, pengatur cara perlu mengambil kira tentang penggunaan pemboleh ubah yang betul, kod arahan input, formula yang digunakan dan kod arahan output. Apakah teknik pemikiran komputasional yang telah digunakan?

a)

Teknik pengitlakan

b)

Teknik pengecaman corak

c)

Teknik peniskalaan

d)

Teknik leraian

9.

Aleesa ditugaskan untuk membina atur cara bagi mengira isipadu botol minuman berbentuk silinder. Menggunakan teknik pengecaman corak, apakah perbezaan yang terdapat pada pemboleh ubah?

a)

Tinggi botol minuman

b)

Nilai pemalar pi (3.142...)

c)

Nilai isi padu botol minuman

d)

Formula mengira isi padu botol minuman

10.

Hamidi bercadang untuk membina atur cara bagi mengira bayaran bil elektrik berdasarkan jadual berikut. Apakah input yang diperlukan untuk membina atur cara?

a)

Amaun bayaran bil

b)

Bayaran bil terdahulu

c)

Formula mengira bayaran bil

d)

Bacaan meter (kWj) bulan semasa dan dahulu

11.

Maklumat berikut menunjukkan kod arahan Phyton bagi mengira purata markah bagi dua ujian bulanan. Didapati terdapat ralat dalam kod tersebut. Apakah punca ralat berlaku?

a)

Ketiadaan inden

b)

Tiada simbol hash (#) pada komen

c)

Penggunaan pemboleh ubah tidak ditakrif

d)

Kesalahan menggunakan operator matematik

12.

Rajah berikut menunjukkan jenis-jenis dokumentasi. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang fungsi X?

a)

Mereka bentuk antara muka (interface)

b)

Memberi maklumat tentang algoritma atur cara

c)

Memapakarkan maklumat perisian yang digunakan

d)

Memudahkan penyenggaraan sesuatu atur cara