wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif dan Inventif

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Maksud masalah bukan inventif ialah

a)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

b)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

2.

Maksud masalah inventif ialah

a)

Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

b)

Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan apabila usaha penambahbaikan dilakukan

3.

Contoh masalah inventif ialah

a)

Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat.

b)

Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan

4.

Contoh masalah bukan inventif ialah

a)

Penutup balang kuih yang tidak ketat menyebabkan biskut lemau. Penutup balang kuih ditambah baik, namun timbul masalah baharu, iaitu penutup terlalu ketat.

b)

Pisau tumpul untuk menyiang ikan. Pisau diasah menjadi tajam. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa kesan sampingan

5.
  1. Meja tidak dapat menampung berat beban.
  2. Kaki meja digantikan dengan kaki yang diperbuat daripada besi sebagai penambahbaikan.
  3. Sebelum penambahbaikan, dua orang dah boleh angkat meja tersebut.
  4. Tetapi selepas penambahbaikan 4 orang perlu alihkan meja tersebut kerana menjadi lebih berat.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif

6.
  1. Alatan tidak berfungsi dengan baik
  2. Masalah dikenal pasti
  3. Proses penambahbaikan alatan
  4. Alatan dapat digunakan semula
  5. Tiada kesan sampingan


Proses di atas merujuk

a)

Masalah inventif

b)

masalah bukan inventif

7.

Antara berikut yang manakah merujuk kepada masalah bukan inventif?

a)

Periuk memasak tanpa pemegang

b)

Meja belajar berkaki kayu

c)

Pisau pemotong ayam yang tumpul.

8.

Aminah, Nadia, Jamila berkongsi payung yang kecil pada hari hujan dan menyebabkan baju mereka basah. Oleh itu Nadia menukarkan payung yang lebih besar, namun masalah baru timbul iaitu payung tersebut lebih berat dan menyebabkan tangan menjadi lenguh apabila memegangnya.

Nyatakan jenis masalah di atas

a)

Masalah inventif

b)

Masalah bukan inventif