wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

"Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara."


Pernyataan manakah yang menyokong cabaran mengekalkan kedaulatan negara tersebut?

a)

Kemajuan teknologi makumat dan komu

nikasi memberikan kesan terhadap penyebaran berita atau maklumat yang tidak sahih.

b)

kebanyak rakyat menyebarkan maklumat tanpa mengetahui sumbernya sahih ataupun tidak.

c)

Hal ini, menggugat kedaulatan negara apabila maklumat yang disebarkan boleh menyebabkan kebimbangan rakyat.

2.

Berikut merupakan cabaran-cabaran mengekalkan kedaulatan negara kecuali...

a)

Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara

b)

Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara.

c)

Generasi muda yang kurang semangat patriotik terhadap negara

d)

Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan luar negara.

e)

Semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat.

3.

Lengkapkan ayat berikut menggunakan pilihan jawapan yang tepat dibawah;


Taraf ekonomi yang tidak ___________ menjadikan rakyat sibuk menambah pendapatan dan mencari ___________ semata-mata.

a)

seimbang, kekayaan

b)

bagus, pendapatan

c)

mantap, duit

d)

maju, harta

4.

Taraf ekonomi yang tidak seimbang dalam kalangan rakyat akan menyebabkan rakyat kurang menitikberatkan hal berkenaaan patriotisme dan menjaga kedaulatan negara.

a)

Setuju

b)

Tidak setuju

5.

Rakyat Malaysia tidak kira latar belakang ekonomi dan sosial perlu berganding bahu untuk mengekalkan kedaulatan yang dimiliki.

a)

Setuju

b)

Tidak setuju

6.

Generasi muda merupakan modal insan yang akan menentukan hala tuju dan memacu perkembangan negara pada masa hadapan.

a)

Tidak setuju

b)

Setuju

7.

Apakah tindakan anda sekiranya menerima khabar angin di media sosial?

a)

Mengesahkan ketepatan berita tersebut

b)

Membiarkan status kesahihan berita dan turut menyebarkan di media sosial

c)

Menunggu sehingga berita tersebut disahkan oleh pihak bertanggungjawab

d)

Tidak berkongsi maklumat tersebut

8.

Mengapakah generasi muda penting terhadap sesebuah negara?

a)

Modal insan yang menentukan jatuh atau bangun sesebuah kerajaan

b)

Masih kuat dan bertenaga

c)

Banyak idea dan ringan tulang

d)

Bakal menjadi peneraju dan pelapis negara

9.

Apakah tindakan sebagai seorang rakyat Malaysia yang mendengar hasutan untuk menjatuhkan negara?

a)

Perlu memantapkan semangat cintakan negara

b)

Melaporkan kepada pihak bertanggungjawab supaya tindakan segera dapat diambil

c)

Menerima hasutan dan menjatuhkan kedaulatan negara

d)

Tidak mahu ambil kisah hal negara dan lebih percayakan orang luar

10.

Berikut adalah kesan-kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara...

a)

Campur tangan kusas asing

b)

Perpaduan dan keharmonian terjejas

c)

Tradisi dan norma masyarakat semakin dilupakan

d)

Aktiviti ekonomi negara terbantut

e)

Ketidakstabilan politik negara

11.

Nyatakan 3 kesan pengabaian tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.

a)

Rakyat saling bermusuhan

b)

Pembangunan negara maju

c)

Pembangunan negara terjejas

d)

Negara menjadi tidak aman

12.

Apakah campur tangan kuasa asing dalam isu pentadbiran negara?

a)

Mengehadkan kuasa

b)

Keputusan yang dibuat berdasarkan kepentingan kuasa asing

c)

Keputusan yang dibuat berdasarkan kepentingan rakyat tempatan

d)

Penindasan terhadap penduduk tempatan

13.

Apakah kesan perkembangan ekonomi yang perlahan terhadap negara?

a)

Negara tidak dapat membangunkan kemudahan sosial kepada rakyat

b)

Kurang peluang pekerjaan

c)

Ramai rakyat hidup merempat

d)

Taraf hidup rakyat rendah

14.

Apakah yang anda faham tentang prinsip Rukun Negara?

a)

Prinsip Rukun Negara di Malaysia

b)

Satu prinsip yang dibentuk untuk membentuk perpaduan

c)

Satu prinsip yang dibentuk untuk membentuk keperibadian mulia rakyat

d)

Satu prinsip yang dibentuk untuk membentuk taat setia kepada Raja dan Negara

15.

Kepentingan Rukun Negara kepada sesebuah negara ialah...

a)

Menjaga kedaulatan negara daripada dicerobohi

b)

Menjaga keharmonian rakyat Malaysia

c)

Memastikan negara tidak dijajah oleh kuasa asing

d)

Memastikan rakyat Malaysia bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan

16.

Cara menunjukkan sebagai seorang warga negara yang baik ialah..

a)

Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa

b)

Berusaha membangunkan ekonomi dan pembangunan negara

c)

Melakukan sesuatu perkara kerana beranggapan kebebasan ditangan rakyat semata-mata.

17.

Wajarkah tindakan seseorang pelajar tidak menghormati nyanyian lagu 'Negaraku'?

a)

Wajar. Keselesaan dan kemegahan diri lebih penting.

b)

Tidak wajar. Lagu 'Negaraku' merupakan identiti negara yang perlu dihormati

18.

Apakah yang anda faham dengan lirik lagu " Biar putih tulang jangan putih mata"?

a)

Tidak sanggup berkorban untuk kepentingan dan keharmonian negara.

b)

Sanggup berkorban apa sahaja untuk mempertahankan negara walaupun dengan bergadai nyawa dan darah.

19.

Mengapa kita perlu mempertahankan kedaulatan negara?

a)

Kedaulatan negara adalah maruah sesebuah negara

b)

Negara yang berdaulat akan kaya dan rakyatnya mementingkan diri.

c)

Negara yang berdaulat mempunyai sistem pentadbiran yang kukuh atas kerjasama rakyat dan pemimpin.

20.

Berikan cara melibatkan diri dalam akiviti yang mengukuhkan kedaulatan negara.

a)

Mendaftarkan diri dalam anggota RELA untuk membantu menjaga keselamatan negara.

b)

Mendaftarkan diri dalam askar wataniah untuk menjaga keamanan negara.

c)

Menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara.

d)

Menyokong segala usaha kerajaan dalam mengekalkan kedaulatan negara

e)

Memburukkan kepimpinan pemimpin negara di medai sosial

21.

Terdapat berapa bidang dalam Pendidikan Moral KSSM ?

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

22.

Pilih bidang yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Moral Tingkatan 4 KSSM.

a)

Insan Bermoral

b)

Jati Diri Moral

c)

Moral dan Kenegaraan

d)

Moral, Peraturan dan Undang-undang

23.

Berapakah nilai moral yang terdapat dalam Pendidikan Moral KSSM?

a)

17

b)

18

c)

19

d)

16

24.

Antara nilai-nilai berikut,yang manakah merupakan nilai universal?

a)

Tanggungjawab

b)

Terima kasih

c)

Bekerjasama

d)

Hormat

25.

Nilai Patriotisme bermaksud ____________ dan ____________ kepada raja dan negara.

a)

bangga, taat setia

b)

cinta, sayang

c)

hormat, akur

d)

takut, bantah

26.

Nilai Patriotisme bermaksud ____________ dan ____________ kepada raja dan negara.

a)

bangga, taat setia

b)

cinta, sayang

c)

hormat, akur

d)

takut, bantah

27.

Maksud nilai ini ialah bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.

a)

Toleransi

b)

Baik hati

c)

Hemah tinggi

d)

Rasional

28.

Nilai ini bermaksud kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan orang lain dengan bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.

a)

Baik hati

b)

Kejujuran

c)

Kesederhanaan

d)

Toleransi

29.

Ibu bapa perlu menunjukkan sikap penyayang, prihatin dan teladan yang baik kepada semua anggota keluarganya.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

30.

Kita mestilah sentiasa menjaga nama baik dan maruah keluarga dimana sahaja kita berada.

a)

Tidak wajar

b)

Wajar

31.

Kita perlu mengambil berat tentang kebajikan anggota keluarga.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

32.

Kita hanya perlu menghormati anggota keluarga yang lebih tua daripada kita.

a)

Tidak wajar

b)

Wajar

33.

Anggota keluarga yang sakit dan uzur perlu disisihkan dan dibiarkan sendirian.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

34.

Sikap saling memaafkan antara anggota keluarga adalah amalan yang mulia.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

35.

Kita perlu membanding bezakan anggota keluarga yang kaya dengan yang miskin.

a)

Tidak wajar

b)

Wajar

36.

Kita boleh meninggikan suara dan marah sesuka hati dengan anggota keluarga yang telah melakukan kesalahan.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

37.

Kita tidak perlu meraikan hari istimewa dalam keluarga kerana boleh membawa kepada pembaziran wang dan tenaga.

a)

Wajar

b)

Tidak wajar

38.

Kita perlu meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga seperti pergi beriadah dan berkelah bersama-sama.

a)

Tidak wajar

b)

Wajar

39.

Setiap warganegara Malaysia diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing-masing terhadap sesuatu perkara tetapi isu-isu sensitif tidak boleh dipersoalkan.


Berdasarkan pernyataan tersebut, warganegara Malaysia perlu mengamalkan nilai kebebasan ketika menyuarakan pendapat mereka. Nyatakan maksud bagi nilai tersebut.

a)

Bebas melakukan sesuatu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang

b)

Hak untuk hidup dan kebebasan diri

c)

Kesamarataan

d)

Kebebasan bersuara

40.

Berikan TIGA isu sensitif yang tidak boleh dipersoalkan oleh warganegara Malaysia

a)

Isu kewarganegaraan

b)

Isu kedaulatan raja

c)

Isu bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

d)

Tarian Kebangsaan

41.

Warganegara Malaysia haruslah peka dengan isu-isu sensitif ketika menyuarakan pendapat mereka mengenai sesuatu perkara. Berikan tiga sebab warganegara Malaysia perlu bertindak sedemikian

a)

Mengelakkan pergaduhan rakyat berbilang kaum

b)

Menjamin keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum

c)

Mengekalkan keamanan negara

d)

hak kesamarataan dijulang

42.

Selain hak kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, nyatakan dua hak warganegara Malaysia.

a)

hak terhadap harta

b)

hak terhadap pendidikan

c)

Hak berpakaian

d)

Hak kebebasan beragama

43.

Maklumat berikut berkaitan dengan perhimpunan haram.

Terdapat warganegara yang menyertai perhimpunan haram untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap sesuatu perkara.

Apakah batasan hak sebagai warganegara yang tidak dipatuhi oleh individu tersebut?

a)

Hak kebebasan bercakap

b)

Hak untuk berhimpun dan berpersatuan

c)

Hak kebebasan diri

d)

Hak kesamarataan

44.

Wajarkah warganegara yang menyertai perhimpunan haram untuk menunjukkan bantahan terhadap sesuatu perkara? Ramalkan tiga kesan jika perhimpunan haram tersebut terus berlarutan.

a)

Politik negara menjadi tidak stabil

b)

Pelancong asing tidak akan melawat ke negara kita

c)

keharmonian hidup rakyat terjejas

d)

Hak bersuara rakyat terjamin

45.

Cadangkan dua langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang warganegara untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

a)

Tidak mengambil apa- apa tindakan

b)

Membuat laporan polis

c)

Tularkan di media sosial

d)

Membuat aduan rasmi kepada pihak bertanggungjawab

46.

Senaraikan dua faedah jika warganegara Malaysia sanggup berkhidmat di negara sendiri.

a)

Memajukan negara dalam pelbagai bidang

b)

Menyumbang kepakaran kepada negara

c)

Mengurangkan penggangguran

d)

Membazirkan potensi diri

47.

“Brain drain” merupakan penghijrahan warganegara Malaysia yang mempunyai kemahiran tertentu dan pengetahuan tinggi ke negara lain. Terangkan dua kesan terhadap negara jika keadaan “brain drain” terus berlaku.

a)

Sumber pekerja yang mahir dan berpengetahuan tinggi berkurangan

b)

Menjejaskan ekonomi negara

c)

Kekosongan pekerjaan dapat diisi oleh warganegara asing

d)

Ekonomi akan lebih kukuh

48.

Pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah negara sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pilihan raya dijalankan secara sulit melalui prosedur yang telus dan teratur.


Nyatakan tiga tujuan pilihanraya dijalankan di negara kita.

a)

Menentukan pemindahan kuasa kerajaan tanpa melibatkan pertumpahan darah

b)

Memilih pemimpin negara yang berkaliber

c)

Mewujudkan sebuah kerajaan demokrasi

d)

dapat memilih ahli politik yang disukai

49.

Malaysia mengamalkan dasar luar untuk berbaik-baik dengan negara semua negara di dunia.

a)

Ya

b)

Tidak

50.

Lima bilah keris pada Jata Negara merupakan lambang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu...

a)

Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Perlis & Negeri Sembilan

b)

Melaka, Johor, Perak, Perlis & Kedah

c)

Kelantan, Johor, Sabah, Sarawak, Perak

d)

Johor, Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu