Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TAHUN 4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Semasa mengagihkan cenderamata kepada semua penduduk yang hadir, Yi Cheng dan Latha memberikan cenderamata kepada _______________________
seorang ahli keluarga sahaja.
setiap keluarga mengikut bilangan anak jiran.
penduduk yang dikenali rapat sahaja.
Kita hendaklah memberikan layanan yang sama kepada semua anak jiran tanpa mengira kaum.
Benar
Salah
Dalam suatu pertandingan melukis, Radzi mengumpulkan kertas lukisan yang siap sahaja. Adakah tindakan Radzi adil?
Ya
Tidak
Veron bertugas mengagihkan makanan kepada semua penduduk yang hadir dalam karnival tersebut. Dia memberikan makanan ______________________________ .
mengikut giliran yang beratur di kaunter makanan.
kepada jiran baiknya yang beratur di belakang barisan.
kepada adiknya yang tidak beratur.
Nyatakan contoh tindakan adil terhadap jiran. Pilih 2 jawapan yang betul.
Adil dan saksama dalam mengagihkan sesuatu tugas.
Tidak pilih kasih dalam melayan anak-anak jiran.
Mengutamakan jiran yang lebih rapat.
Memberikan cenderamata kepada jiran tertentu sahaja.
Mengapakah kita perlu bersikap adil terhadap jiran?
Mewujudkan hubungan yang renggang sesama jiran.
Mewujudkan hubungan yang lebih mesra sesama jiran.
Mewujudkan rasa tidak puas hati dengan jiran.
Apakah yang akan berlaku sekiranya anda bersikap tidak adil dengan jiran?
Mewujudkan rasa tidak puas hati jiran.
Hubungan semakin erat sesama jiran.
Jiran gembira dan berpuas hati.
Berikut adalah maksud bersikap adil, kecuali
tidak memihak atau sama rata.
tidak ada yang lebih dan tidak ada yang kurang.
tidak ada pilih kasih.
tidak memberi peluang kepada orang lain.
Kesan sekiranya bersikap tidak adil dengan jiran adalah seperti berikut, kecuali
tidak disayangi oleh jiran.
tidak akan rasa bersalah dengan jiran.
tidak akan gembira dengan jiran.
Kamu ternampak banyak tin-tin kosong di belakang rumah jiran yang menyebabkan banyak nyamuk aedes membiak. Apakah tanggungjawab kamu sebagai jiran?
Memarahi jiran
Menegur dan mengajaknya bersama-sama membersihkannya
Buat tidak tahu dan turut menambah lagi tin-tin kosong di belakang rumah jiran
