wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T4 IBADAH : SOALAN OBJEKTIF

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah syarat wajib haji kecuali

a)

Islam.

b)

baligh.

c)

berakal.

d)

mumayyiz.

2.

Ibadat ini mengingatkan kembali sejarah Siti Hajar mencari air untuk puteranya Ismail.


Pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

sa'i.

b)

tawaf.

c)

wukuf.

d)

bercukur.

3.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?

a)

Mempunyai kesempatan masa

b)

Menyelesaikan semua hutang

c)

Mempunyai kenderaan pergi dan balik

d)

Mampu menyediakan tambang perjalanan

4.

Masa bercukur bagi orang yang mengerjakan umrah ialah apabila selesai

a)

melakukan tawaf.

b)

mengerjakan sa'i.

c)

melakukan wukuf.

d)

melontar Jamratul Aqabah.

5.

Perkara yang membezakan antara rukun haji dengan umrah ialah

a)

niat.

b)

tawaf.

c)

wukuf di Arafah.

d)

bermalam di Mina.

6.

Tidak sah haji sekiranya tertinggal salah satu daripadanya.


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

sunat haji.

b)

rukun haji.

c)

wajib haji.

d)

makruh haji.

7.

Bilakah waktu bermula bagi jemaah haji untuk melaksanakan ibadah wukuf di Arafah?

a)

Selepas terbit fajar pada 10 Zulhijjah.

b)

Selepas gelincir matahari 11,12 dan 13 Zulhijjah.

c)

Di antara gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah

d)

Di antara gelincir matahari pada 10 Zulhijjah hingga terbit fajar 13 Zulhijjah.

8.

WAJIB UMRAH


▶️ R

▶️ Meninggalkan larangan semasa ihram


Berdasarkan rajah di atas, R ialah

a)

tawaf di Baitullah.

b)

berniat ihram di miqat.

c)

bermalam di Muzdalifah.

d)

melontar di Jamratul Aqabah.

9.

Apakah yang dimaksudkan dengan miqat?

a)

Tempat memulakan tawaf.

b)

Tempat memulakan wukuf

c)

Sempadan antara Mekah dan Madinah yang telah ditetapkan

d)

Sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat haji atau umrah

10.

Antara yang berikut, yang manakah bukan miqat makani ibadat haji?

a)

Tan'im

b)

Yalamlam

c)

Zulhulaifah

d)

Qarnul Manazil

11.

Antara yang berikut, yang manakah perkara makruh semasa sembelihan?

a)

Melakukan sembelihan pada siang hari

b)

Menggunakan alat atau pisau yang tumpul

c)

Menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat

d)

Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang

12.

Putus urat halkum dan marih


Pernyataan di atas merujuk kepada syarat sah _____.

a)

penyembelih

b)

alat sembelihan

c)

binatang yang disembelih

d)

lokasi penyembelihan binatang

13.

Antara yang berikut, yang manakah syarat sah binatang sembelihan?

a)

Halal dimakan

b)

Alat sembelihan yang tajam

c)

Penyembelih beragama Islam

d)

Mempunyai nyawa mustaqirrah

14.

Hukum melakukan sembelihan adalah

a)

harus.

b)

sunat.

c)

wajib.

d)

makruh.

15.

Mengikut syariat Islam, syarat binatang yang disembelih mestilah

a)

binatang yang cukup umur.

b)

mati dengan sekali sembelihan.

c)

menggunakan benda yang tajam.

d)

niat sembelihan semasa menyembelih.

16.

Berikut ialah perkara-perkara sunat semasa sembelihan KECUALI

a)

menyebut nama Allah SWT.

b)

melakukan sembelihan di siang hari.

c)

menghadapkan binatang sembelihan ke arah kiblat.

d)

melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih.

17.

Berikut ialah sunat-sunat korban KECUALI

a)

memilih binatang yang gemuk.

b)

menyembelih sendiri bagi lelaki.

c)

menghadapkan binatang ke arah kiblat.

d)

memasak masakan manis dan dibuat jamuan.

18.

Hukum melakukan korban bagi orang yang bernazar ialah

a)

wajib.

b)

harus.

c)

sunat.

d)

sunat muakkad.

19.

Antara syarat sah korban ialah

a)

memilih binatang yang gemuk.

b)

menyembelih sendiri bagi lelaki.

c)

melakukan sembelihan pada waktunya.

d)

membaca basmallah ketika menyembelih.

20.

Pilih pernyataan yang BENAR mengenai korban.

a)

Menyembelih binatang ternakan tertentu

b)

Satu pertiga daripada daging dibuat jamuan

c)

Dagingnya sunat dimasak manis sebelum dibahagikan

d)

Satu pertiga daripada daging diagihkan kepada bukan Islam

21.

Berikut ialah hikmah disyariatkan korban KECUALI

a)

mengagungkan syiar Islam.

b)

menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim.

c)

menyuburkan sifat pemurah dan menjauhi sifat bakhil.

d)

tanda bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat.