WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 4 (KATA NAMA)
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Beberapa anggota __________ telah dihantar untuk memadamkan kebakaran di pasar raya itu.
bomba
polis
tentera
pertahanan awam
Pihak kerajaan telah mengharamkan __________ iklan-iklan yang berunsurkan keganasan dan kerosakan akhlak di televisyen.
siaran
paparan
terbitan
pameran
Jari emak luka kerana terkena pisau yang tajam sewaktu memotong __________ nipis-nipis.
cili
kelapa
durian
rambutan
Ayah kekenyangan setelah makan dua __________ bubur kacang.
mangkuk
pinggan
gelas
cawan
Binatang buas seperti singa dan harimau mempunyai __________ yang sangat tajam dan kuat.
taring
mulut
geraham
gigi
__________ sekolah pada tahun lepas terdapat banyak gambar-gambar tokoh sejarah.
majalah
akhbar
buku
kertas
__________ yang digunakan oleh Pak Maun untuk membuat lubang itu telah patah kerana batangnya telah reput.
penggali
penyapu
penggosok
pengukur
Rumah Haji Mastuki telah disita kerana lima tahun tidak membayar __________ kepada pihak majlis perbandaran.
cukai
sewa
denda
tambang
Puteri Aleesya ternampak __________ burung di atas pokok semasa dia pulang dari rumah kawannya.
sarang
reban
rumah
sangkar
____________ tenunan Terengganu amat halus buatannya.
Songket
Tanjak
Tikar
Batik
Mana satu bukan kata nama am ?
rumah
Sekolah Kebangsaan SRI Benut
kucing
buku
Mana satu kata nama am ?
klinik
Klinik Mohammad
Johor Bahru
Balai Polis Parit Raja
Jiran saya bernama Encik Ahmad. _______ seorang yang baik hati dan peramah.
Dia
Beliau
Mereka
Patik
Zainon bekerja sebagai ____________ di syarikat penerbangan itu sejak tahun 1982.
olahragawati
jururawat
pramugari
siswi
Sungguhpun Zakiah bijak dalam mata pelajaran ______________, namun dia lemah dalam mata pelajaran ________________.
bahasa melayu ... matematik
Bahasa Melayu ... Matematik
bahasa melayu ... Matematik
Bahasa melayu ... matematik
Kejayaan ________________ menumpaskan beberapa kes pecah rumah dan kongsi gelap mendapat liputan meluas media di seluruh negara.
Doktor Abu
Inspektor Adam
Encik Mahmood
Pak Cik Sani
Ketika berada di puncak ________________, saya berasa gayat.
Menara Kuala Lumpur
menara Kuala Lumpur
Menara Kuala lumpur
menara kuala lumpur
Kami dipelawa oleh _____________ untuk memakan buah rambutan di dusunnya.
Pak Samad
pak cik Samad
pak samad
Pak cik samad
Jika air ___________________ terus-menerus naik, keselamatan penduduk di kawasan pinggir sungai itu akan terancam.
Sungai Perak
Sungai perak
sungai Perak
Apabila terlihat dahan buah yang telah masak di seberang sungai itu. ____________ yang sedang dalam kelaparan, memanggil ________________ untuk helah dia mengira bilangan buaya di dalam sungai untuk dilaporkannya kepada Raja Salaiman.
Sang Kancil ... Sang Bedal
sang kancil ... sang bedal
sang kancil ... Sang Bedal
Egong tinggal di negeri _____________ yang terkenal dengan jolokan Negeri di ____________________.
Sabah ... Bawah Bayu
Sabah ... bawah bayu
sabah ... bawah bayu
Malaysia pernah menjulang ___________________ yang merupakan trofi keagungan badminton pada tahun 1992.
Piala Thomas
Piala thomas
piala Thomas
piala thomas
Anak bongsu _____________________ bekerja sebagai seorang arkitek di sebuah syarikat antarabangsa.
Encik Hakim
encik Hakim
Encik hakim
enche hakim
Encik Amran menerima Anugerah _________________ di syarikatnya pada tahun lalu.
Pekerja Cemerlang
pekerja cemerlang
pekerja Cemerlang
Kenny seorang murid yang pintar. ______ belajar di kelas 4 Hijau.
Hamba
Patik
Saya
Dia
“ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Dewi pada waktu rehat nanti” kata Chelsea kepada Siti.
Beta
Saya
Patik
Kami
“Bolehkah _____ tunjukkan jalan ke pejabat pos?” kata Ivan kepada gadis itu.
mereka
kamu
beliau
dia
“ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya," kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
Kami
Beliau
Saya
Kita
“ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada Sultan.
Hamba
Beta
Baginda
Patik
